Pesta Makanan Thai Malay Kelantan 2018

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek dan juga yang baca entry ni ...

Sapo anok jati oghe kelatey? Gituuu. Memang kalau anak jati Kelantan akan suka dengan makanan Thai sebab dengan kepedasan dan cukup rasa dalam setiap hidangannya, memang aroi mak mak - sedap sangat sangat !

Pada 29 Jan. hingga 04 Feb. 2018 berlansungnya Pesta Makanan Thai Malay di perkarangan Stadium Muhammad ke IV (berhadapan KTC) yang mana pesta kali ini menyajikan semua makanan daripada Thailand dan memang penjualnya pun orang Thailand kappppp.

Mek berkesempatan untuk pergi pesta ni dengan kawan-kawan office dan juga spouse mek. Mek takde nyempat nak ambik semua gambar gerai dan makanan. Tapi mek sempat snap gambar gerai yang mek beli makananya. Meh mek tunjuk kat korang :


Kedai Nasi Khoumok


Ada 3 variasi


Variasi 1 - Nasi Khoumok Minyak


Coconut Shake - kalah Klebang uols


Coconut Shake Blended


Told ue babe


Pulut Mangga dan Pulut Durian

Overall, mek agak berpuas hati dengan pesta kali ni sebab yang sebelum ni nama je pesta Thai tapi yang jualnya orang Kelantan jugak. Yang ni memang totally orang Thailand Sawadee. Korang kalau nak mengunjungi this pesta, amat dialu-alukan. Open from 11am till 10pm. Ingat ye, sampai 04 Feb. 2018 sahaja.

Yang dah pergi tu, meh la komen kat bawah ni ❤


Sekian ..



Jalan-jalan Cari Pizza @ Dominos ! 100 yang Terawal Dapat Pizza Percuma !

Salamualaikum sahabat blogger mek ..


Tak excited ke baca tajuk entry mek kali ni? Betul ke Dominos nak bagi pizza percuma? Jawapannya YA! Tapi kenapa? Banyak betul persoalan korang, kan? Sama macam mek mula-mula tahu pasal Dominos Jalan-jalan Cari Pizza ni. Mana mek tahu tu pastinya medium FB sebab dekat page Dominos dia dah bagi siap-siap tarikh dan masa yang dia orang akan lancarkan program ni.

Sebelum mek panjagkan lagi cerita mek ni, meh mek ceritakan kenapa Dominos nak bagi kita semua pizza free. 

1. Ucapan terima kasih kepada para pelanggan 

Pihak Pengurusan Dominos ingin tunjukkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kita semua sebab keep support Dominos untuk terus keluarkan piza yang best-best, seiring memenuhi kehendak pelanggan.

2. Mendekati para pelanggan

Team Dominos juga buat program ni semata-mata nak mendekati kita - penggemar piza. Sebab apa? Sebab bila mereka dengar sendiri pujian / komen daripada pelanggan, mereka akan rasa puas hati dan jika perlu, penambahbaikan akan dilakukan.

Mek rasa dengan buat program macam ni, sure kita semua akan lebih sokong Dominos, kan? Sempena dengan itu juga, Dominos ada keluarkan piza baru untuk kita semua lebih-lebih lagi bagi mereka yang amat sukakan Cheese !


Tadaaa ! Dominos Cheese Tarikkkk


Close Up Dominos Cheese Tarikkk


Close up Dominos Pepperroni Cheese



Proven ! Cheese dia memang tarikkkk


Tarikkk that Cheese !


Mesti korang tertanya-tanya mana nak dapat Dominos 100 Personal Box For Free  ni kan? Jangan susah hati, korang boleh dapatkan maklumat di FB Dominos @DominosMY . Follow diaorang so korang akan dapat tahu menu dan promosi baru yang diaorang offer. Program ni akan berlansung sampai 03 February 2018. Untuk Kelantan, sorry guys - Dominos Kubang Kerian was the last for us.


Meriah diaorang beratur start jam 2 petang lagi

Selain daripada Dominos Cheese Tarikk, korang juga boleh order Dominos Joyful Box which consists 4 different menu. Yang ni sesuai untuk side dish, sambil sembang dengan kawan-kawan, boleh la try Dominos Chicken Ball, Dominos Drumstick dan dua benda lagi yang mek tak pasti namanya. 


Dominos Joyful Box


Paling mek suka, cheese dia penuh kat dalam, yummy!

Jutaan terima kasih kepada Team Dominos Kubang Kerian dan Pihak Pengurusan Dominos Malaysia sebab sudi terima kunjungan kami Blogger Pantai Timur atau lebih dikenali as #BPT untuk meriahkan lagi program yang dianjurkan. Kami team #bpt rasa sangat seronok dan rasa begitu dihargai sepanjang program ini dijalankan. Dan khususnya Natalia, thanks so much for your kindness. 


Team Dominos Kubang Kerian with #BPT


Team Pengurusan Dominos Kubang Kerian


You guys Rock !!


Last but not least, bring your family to try the Dominos Cheese Tarikkk

Untuk korang yang rasa nak makan Dominos tapi tak nak keluar rumah, just give them a call at 1300-888-333 atau click je www.dominos.com.my untuk membuat pesanan.

Korang yang dah try, nanti komen kat bawah ye ❤

Sekian ..














Secret Recipe : Menu for Lunch 2018

Salam untuk semua sahabat blogger mek dan juga yang membaca entry ni ..

Takde idea nak lunch ape? Secret Recipe ada keluarkan menu untuk korang lunch tanpa korang kena berfikir panjang. Macam mek, selalu sangat mengalami masalah nak pilih menu time lunch. Salah satu punca adalah waktu lunch yang singkat - sejam sahaja. Mana la ada masa nak fikir nak makan apa kecuali that time ada rasa nak makan apa-apa contohnya maggy sup *haha*


Tadaa ! Set bermula RM17.90

2018 ni Secret Recipe keluarkan menu baru untuk lunch. So korang tak payah fikir panjang-panjang bila nak lunch. Pergi je Secret Recipe yang berdekatan dan pilih je daripada set yang telah dicadangkan seperti di atas. 

Mek punya favorite kalau pergi Secret Recipe mesti order Walnut Brownies sebab sedap sangat bagi mek. Mek ni sebenarnya datang la mana-mana kek memang tak tolak tapi paling win adalah Brownies Walnut. 


Senget pulak dia
Tapi walaupun senget tetap habis jugak

Korang feel free ok untuk visit Secret Recipe berdekatan. Have a try menu yang diaorang suggestkan. Mana tahu kena dengan selera korang, lain kali boleh repeat lagi.

Yang dah try menu lunch baru Secret Recipe ada tak? Cer share pengalaman korang ❤


Sekian ..

KayLiz - Granula Oats yang Boleh Fit-kan Anda

Salam semua sahabat blogger ...


Biasa tak dengar pasal Granola Oats ? Granola Oats ni kalau korang google dia akan keluar definisi - Makanan sarapan / snek sarapan yang telah diadun bersama oats, kacang, madu atau apa-apa pemanis lain seperti gula melaka / gula merah yang mana adunan tersebut biasanya dibakar / dipanggang sehingga rangup.



Credit untuk Pinterest


Kalau korang nak tahu, oats juga antara salah satu milkbooster kepada para ibu menyusu, macam mek. Yang umumnya memang ramai tahu oats membantu dalam mengurangkan kolestrol. Bila kolestrol kurang, jantung akan sihat dan korang akan berisiko rendah untuk dapat penyakit jantung. Tapi, berapa ramai yang tahu dan amalkan pengambilan oats?


Masa Amzar 5 bulan, mungkin disebabkan mek dah start kerja dan time kerja memang sibuk, supply susu mek drop. Mek sedar yang susu mek drop apabila mek pam biasa dapat 700ml sehari, tetiba dapat 500ml sahaja. Sedangkan demand Amzar masa tu adalah 700ml sehari. Tahu tak betapa kalutnya mek untuk tingkatkan susu dan salah satu cara adalah dengan banyakkan pembacaan. Biasanya mek akan guna Pinterest sebab dekat situ ada banyak website yang bagi info pasal penyusuan (tertakluk kepada akaun yang korang follow). Dan macam mek tunjuk kat atas, itu antara sumber yang boleh meningkatkan pengeluaran susu selain menambah sesi pam susu.




Fast delivery !

Tapi tahu saja lah oat ni kan macam errkkk sikit kalau nak makan begitu sahaja. Nak buat overnight oat yang campur-campur buah tu memang la sedap tapi malas plus kos pulak agak tinggi nak buatnya. Macam berkomitmen pulak nak kena buat dia tiap malam sebelum tidur. Dah la nak bangun awal nak pam susu. Korang pun tahukan mek balik kerja sampai rumah pun dah maghrib. So dengan adanya KayLiz Oats ni, mek terus je order sebab KayLiz Oats ni Granola Oats - macam yang mek explain awal tadi. Kan senang, makan aje tak payah fikir untuk overnight-kan dia disamping hasrat untuk meningkatkan bekalan susu tu tercapai.



Packaging KayLiz Oats 


Antara ingredient yang ada dalam KayLiz Oats


Ingredients yang ada dalam KayLiz Oats ni semuanya yang boleh menambahkan susu badan antaranya Chia Seed. No wonder after seminggu mek makan sebagai sarapan dan kudapan jam 10 pagi, memang meningkat susu untuk Amzar. Alhamdulillah. 


Very portable - boleh dikunyah di mana sahaja


Kalau korang nak try KayLiz Granola Oats ni, korang boleh beli dekat www.facebook.com/kaylizHQ atau call je nombor 0196255010 . Harga sepaket hanya Rm17.90 sahaja. Mek sure kalau korang beli, mesti repeat order. Lagi lagi kalau yang berjaya tingkatkan pengeluaran susu dan pengurangan berat badan macam mek *hihi*


Korang yang dah try KayLiz Oats, boleh la drop komen kat bawah ye ❤



Sekian ..


McFlurry Green Tea, Rasa Apa Sebenarnya?

Salam sahabat blogger mek ...

Last weekend mek berkesempatan untuk rasa McFlurry Green Tea yang dikeluarkan khas untuk this becoming CNY. Dan medium yang salurkan info ni sememangnya FB. Untuk pengetahuan korang, mek memang suka sangat dengan aiskrim. So, mane mane aiskrim yang keluar iklan memang mek akan try. Dapat pulak spouse yang supportive, alhamdulillah.

Tanpa lengahkan masa, meh baca review mek.


McFlurry Green Tea

Mek beli ikut drive thru dan balik makan kat rumah. Dah agak cair. Tapi takpe, cair tak kesah sangat sebab takkan hilang rasa tu. Rasanya seharusnya Green Tea ! Manis dia dengan Vanilla McFlurry. Gabungan yang sangat ok, sangat baik dan sangat sesuai. Untuk kali ni, mek recommend jugak korang untuk try McFlurry Green Tea. Tak tahu nak komen apa lagi dah, cuma kalau tambah chocochips tu ehemmmm, lagi best !

Siapa dah try? Boleh share komen dekat bawah ye ❤


Sekian ...

Pok Mat Teh Tarik Madu, Kuala Besar PCB

Salam untuk rakan blogger mek semua ..


Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk menulis blog hari ni. Sebelum sibuk dengan urusan hakiki, boleh la hadap blog ni kejap, update mana yang patot. Mek bet korang yang bekerja macam mek pun alami macam mek jugak, kan? Kekangan untuk on time up entry. Nasib baik la boleh draf siap-siap, tunggu publish je.


Hari ni nak share pasal satu lagi kedai makan yang korang boleh singgah bila datang Kelantan. Ramai jugak dah yang tahu pasal kedai ni sebab pernah tular kat media massa suatu ketika dahulu. Tapi ada jugak yang masih tak tahu, kan? Pok Mat Teh Tarik Madu / Pok Mat Sup Ikan, Kuala Besar PCB. 



Nasi Daging Goreng


Teh Tarik Madu plus Ais Krim Teh Madu


Sup 0


Ini basic menu yang kalau korang datang ke kedai Pok Mat. Kalau nak try sup ikan pon boleh jugak cuma mek tak pernah la try sup ikan sebab mek tak suka *erkk*. Makan macam ni harganya lebih kurang RM14 termasuk air. Kedai ni bukak daripada waktu breakfast sampai lunch sahaja. Dinner tak bukak. Tapi lunch tu sampai jam 2 je la ye. Kalau korang yang jenis lunch kul 3, kena awalkan sikit. 



Kenyang, Alhamdulillah


Korang pernah sampai sini tak? Kalau yang dah pernah, boleh share apa menu yang korang ambik. Kalau tak sampai lagi, tak terliur ke tengok teh tarik madu tu ❤



Sekian ...


Kenny Rogers : RM25 for Two !

Salam rakan blogger sekalian ..




Korang sempat tak grab deals ni? Bila iklan ni keluar kat timelines FB mek, terus snap bagi spouse. Kut kut la kali ni dia terbuka pintu hati nak try. Punya la baik justifikasi mek bagi kat dia yang deals ni agak murah sebab biasa kalau makan set yang ni lebih kurang RM18. 


Alhamdulillah, spouse setuju nak try RED Hot Deals ni. So kami pun singgah ler Aeon Malls Kota Bharu untuk menikmati this deals. Memang beratur tunggu meja. Full house ! Nasib baik anak tak meragam, tunggu dalam 3 minit je, dapat la meja untuk 4 orang. So jom layan gambar yang mek snap. Sat gi baca review mek pulak.



Banana and Vanilla Muffin


Sauce untuk penambah rasa


RED Hot Deals, Black Pepper Sauce


Untuk deals ni, dia tak datang dengan minuman. So korang kena order tepi yang bab minuman. Macam mek ambik air kosong je sebab share dengan Amani. Kang mintak air bergas, dia pulak yang duk putih mata. Spouse ambik air Citrus. Side dishes Hot Deals ni tak boleh tukar, memang tetap - salad, red beans dan mashed potato. That mashed potato letak sos honey tu memang mengancam sebab mashed potato dia kan tawar. 


So korang sempat tak grab deals ni? Any comments? Nanti share kat bawah ye ❤



Sekian ..


Now Everywhere Can Lunch - Set Lunch di The Manhattan Fish Market

Salam untuk semua sahabat blogger mek ...


Disebabkan boss mek away, jadi mek pun saja lah menggedik ajak geng lunch mek makan kat Manhattan sebab dekat FB duk syok iklan value lunch depa. Plus mek tak pernah try Manhanttan ni walaupun diaorang dah bertapak di Kelantan almost 3 - 4 years. Spouse mek lidah semenanjung, tak excited sangat nak try makanan barat - tetiba salahkan spouse padahal kita yang tak pernah ajak *muahaha*


Jom layan gambor dulu sebelum mek cerita pendapat mek ..



Broucher value lunch The Manhattan Fish Market


Menu yang mek ambik - Fried Salmon Belly


Pemakan. Waitress dia tinggi so gambar pun mendongak 


Dan free style


Alhamdulillah, portion yang dia bagi tu memang kenyang dan cukup untuk sorang makan. Cuma value lunch ni tak datang dengan air. Korang boleh mintak air kosong dengan dia. Itu mek rasa free. Nak add on air lain pun boleh just RM3 je. Cuma this lunch set kalau korang yang kena makan nasi on lunch, mek tak recommend as dia kenyang sementara. Macam kita makan KFC la. Kenyang that time tapi tak kenyang sampai ke petang.


Korang pernah layan Manhattan ni tak? Apa pendapat korang? Menu mana yang korang try? Nanti share dekat komen ye ❤



Sekian ..