KELENGKAPAN UNTUK KE TASKA DAN TADIKA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Persediaan kelengkapan ke taska dan tadika. Finally anak mek dah pun masuk tadika dan taska. Perasaan nak kata gembira ada jugak sebab anak dah masuk sekolah. Perasaan sedih dan risau pun ada jugak sebab tak pernah tinggalkan mereka dengan orang lain selain mak mertua. Tapi dengan umur Amani empat tahun rasanya elok kalau dia berada di bawah pengawasan pihak tadika sebab di sana mereka lebih terlatih untuk educate kanak-kanak. Untuk Amzar pula, pun mek rasa terbaiknya berada di bawah jagaan taska untuk perkembangan sensory dan lain-lain yang berkaitan.


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA

Sebagai ibu yang kali pertama menghantar anak ke taska dan tadika, tentunya pembacaan, pertanyaan melalui kawan-kawan - dalam tempoh seminggu sebelum hantar memang dah banyak google dan banyak juga bertanya pada kakitangan taska dan tadika yang mek nak hantar tu. Tentunya korang nak tahu kan apa soalan yang mek tanya. So di bawah ini mek jelaskan sekali dengan jawapan yang mek dapat.

1. Dalam beg anak-anak, nak letak apa?


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA

Dalam beg anak-anak kena ada semua ini :

~ Diapers 3-5 keping sehari
~ 2 - 3 pasang baju persalinan
~ Selipar untuk ke toilet
~ Plastik bag untuk letak baju kotor
~ Tuala mandi
~ Kelengkapan selepas mandi (kalau ada ubat alergic kena bagi juga)
~ Bekalan susu

2. Makanan / bekal kena sediakan tak?


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA

Untuk taska dan tadika yang mek mohon ni, makanan atau bekal tidak digalakkan. Sarapan, makan tengahari dan minum petang telah disediakan oleh pihak taska dan tadika. Jadi ibu bapa tak perlu nak sediakan makanan kepada anak. Kalau ada anak yang alergic pada satu dua makanan, sila senaraikan kepada pihak taska dan tadika supaya mereka tahu. Kang alergic nanti susah pulak.

3. Persediaan emosi anak-anak?

Emosi kanak-kanak tak boleh nak kawal. Kalau dia nak menangis dia akan menangis juga. Cuma, mek memang banyak kali cakap dengan Amani dan Amzar yang diaorang kena bangun pagi, mandi dan ikut mek pergi ke tempat kerja. Nanti mek akan letak diaorang dekat sekolah. Di situ ramai kawan, ramai cikgu dan banyak mainan. Memang hari-hari cakap pada diaorang supaya dia alert dan tahu. Pernah juga mek bawa dia ke tempat tadika kononnya tunjuk pada diaorang yang sini lah sekolah diaorang nanti. Komunikasi itu penting. Memang keep repeated the same thing sehingga hari diaorang daftar taska dan tadika.

4. Persediaan kewangan macam mana?

Kewangan tu, alhamdulillah mek dengan spouse bahagi dua je jumlah keseluruhan. Pandai-pandai la korek tabung ke, menyimpan dari awal ke. Untuk mek, mek dah sediakan duit masuk ke taska dan tadika ni sejak November 2018 supaya nanti dapat gaji Disember 2018 takadalah rasa banyak sangat nak kena belanja. Spouse mek pula ambil duit bonus sahaja. Jadi rasanya masing-masing ada kaedah masing-masing dalam menentukan cara nak simpan duit untuk perbelanjaan anak sekolah.

5. Lain-lain tips sebelum daftarkan anak ke taska dan tadika.


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA

Yang ni mek pun baru perasan sebenarnya. Sebelum ni mek tak titik beratkan pun soal-soal seperti :

~ Taska dan tadika wajib berdaftar dengan JPN dan KKM
~ BerCCTV
~ Feedback yang baik serta rating yang tinggi (recommendation daripada orang lain)
~ Ruang taska dan tadika yang mesra kanak-kanak

Pada mulanya mek berkenan dengan taska dan tadika untuk Amani dan Amzar ini atas faktor jarak dengan tempat kerja. Dalam 10 minit mek boleh sampai ke taska dan tadika tersebut. Maknanya kalau ada kecemasan, mek rasa itu lah yang terbaik disekitar kawasan pejabat mek. Pun begitu, bila mek dah mula daftarkan anak, mek dibawa untuk tengok surrounding taska dan tadika. Ketika itu kakitangan taska dan tadika tersebut memberi penerangan kepada mek. Antara yang menjadi kriteria pilihan ibu bapa adalah taska dan tadika berdaftar dengan KKM dan JPN. Bila berdaftar dengan KKM dan JPN, kalau terjadi apa-apa isu mudah sikit kita nak panjangkan. Dan pemantauan berkala daripada pihak kementerian memang sangat memuaskan. 

Mek agak sedikit lega dengan pencerahan yang diberikan oleh kakitangan tersebut dan rasanya itulah tadika dan taska terbaik yang paling dekat dengan mek. Maksudnya, dah la dekat, dapat pula yang high kualiti. Maka tak la bimbang sangat nak letak anak di taska dan tadika. Walaupun harganya agak tinggi, tapi bagi mek masih lagi berbaloi dengan jadual dan pembelajaran yang diberikan kepada anak-anak. Mek sendiri belum tentu boleh ajar anak ikut jadual yang diberikan.

Seperkara lagi, persediaan emosi ibu bapa juga penting. Bapa perlu sokong ibu, ibu perlu sokong bapa. Itu formulanya. Jangan salah sorang jadi berat tulang untuk menolong. Kalau tak memang akan buatkan diri korang stress. Entry tentang Amani dan Amzar ni akan bersambung lagi kisah mereka pada hari pertama persekolahan vs hari ketujuh persekolahan. Stay tuned ❤



#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA


Sekian ..


#PERSEDIAANTASKA
#PERSEDIAANTADIKA
#KELENGKAPANTASKADANTADIKA

ANAK BY ACHEY, SINGLE KEDUA ACHEY YANG BUAT ORANG MENANGIS LAGI

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Anak, single kedua daripada Mohd Nasir Hamzah sebagai penutup bagi tahun 2018. Kenal tak siapa Mohd Nasir? Kalau sebut Achey Kintang Kintung ataupun lebih dikenali dengan Achey Bocey, mesti korang dah nampak gaya lawak yang dibawakan oleh individu ini. Bersuara nyaring, berbakat juga dalam bidang nyanyian, tentunya Achey tak lepaskan peluang untuk menzahirkan luahan hatinya kepada orang tersayang melalui alunan lagu.


#ANAK
#ACHEY

Terdahulu, lagu Yang Terindah berjaya memikat ramai hati netizen yang mana rata-ratanya mengatakan luahan tersebut dilihat begitu tulus kepada isterinya yang bernama Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne. Ramai mengetahui pernikahan Achey dan isterinya hampir lapan tahun lamanya dan menantikan cahaya mata mereka sendiri. 


#ANAK
#ACHEY

Pada ulangtahun kelahiran Achey yang ke 32, isterinya memberi kejutan kepada Achey dengan membawa pulang seorang bayi perempuan, kalau tak silap mek bayi tersebut diberikan nama Tiara. Video klip surprise oleh Anne itu tular di sosial media dan rata-rata sebak melihat rakan video tersebut. Dan kini, Achey menerusi single terbarunya, meluahkan rasa melalui alunan lagu Anak yang dicipta khas untuk anakandanya itu. Jom dengar lagu nukilan Achey kepada Tiara.


#ANAK
#ACHEY

Rasa ini
Kasih ini
Hanyalah untuk kamu seorang

Kesukaran
Kepayahan
Ku lakukan untuk mu wahai sayang

Kasih ku lama telah terpendam
Dan tiba masanya untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti

Dan tiba masanya
Untuk aku luahkan

Oh Anakku
Dari dulu ku ingin bersamamu
Akhirnya kau muncul dalam hidupku
Menjadi penyeri
Menjadi penyuntik
Semangat dalam hidupku

Oh Anakku
Jagalah dirimu selalu
Hormati kedua ibu bapa mu
Dari dulu lagi
Hingga akhir nanti
Sehingga nafas pun terhenti


#ANAK
#ACHEY

Bagi mek, sekali lagi Achey berjaya menyentuh hati para netizen melalui karyanya. Tentunya lagu ini juga merupakan lagu yang tulus daripada hati Achey sendiri. Mek berdoa agak Tiara menjadi yang solehah dan taat pada Achey serta Anne. Moga yang diluar sana, yang agak sama jalan cerita kehidupan dengan Achey, tabah menghadapi dugaan. Allah sebaik-baik perancang ❤


Sekian ..


#ANAK
#ACHEY
#ONTRENDING

TEMBERANG AYDA JEBAT MENJADI BUALAN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Temberang oleh Ayda Jebat, single yang keberapa entah AJ ni keluarkan pada tahun 2018. Menariknya Ayda Jebat ni sama umur dengan mek tapi muka kami kalau bertepek tak nampak macam sama baya pun, kan? Selepas kejayaan beberapa lagu seperti Pencuri Hati, Kamu Sangat Nakal, AJ kembali dengan tajuk lagu yang buatkan orang rasa nak dengar. Temberang? Siapakah yang dimaksudkan dalam lagu tersebut? Jarang pula orang guna perkataan temberang sekarang ni.


#AYDAJEBAT
#TEMBERANG

Dalam klip video Ayda Jebat kali ini, secara rasminya di siarkan di Youtube pada 21 Disember 2018 pada jam 8.00 malam. Mek antara yang terawal la kot tengok video Ayda Jebat ni. Dan mek makin nak menyokong statement spouse mek yang mek ni suka lagu rentak catchy. Ternyata, Temberang mampu mengikat hati mek. Walaupun lagu dia agak simple, lirik yang berulang, maksud yang mudah difahami, tapi rasanya lebih baik begitu, kan? So jom dengar lagu Temberang ni macam mana.

Aduh aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aduh aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Bilang pada ku apa kau mahu
Mahu diriku dekat dekat tapi engkau malu
Katakan saja ku yang kau punya
Janji bahagia jangan biar tunggu lama lama

Kerana ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam malam ku mimpi kan kamu

Aku tahu kau suka
Kerana aku juga samaJangan kau temberang 


#AYDAJEBAT
#TEMBERANG


Sekian ..


#TEMBERANGAYDAJEBAT
#TEMBERANG
#TEMBERANGFEVER

PROSPERITY BURGER MCDONALD DAH MUNCUL KEMBALI ! APAKAH PENTANDANYA?

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Prosperity Burger McDonald dah kembali ! Kebanyakkan yang mek tanya, mesti tertunggu-tunggu dengan kehadiran Prosperity Burger ni. Mana taknya, semenjak diperkenalkan, dikeluarkan pula secara bermusim, memang Prosperity Burger ini mendapat kedudukan dihati para peminat McDonald. Mek sendiri secara jujurnya tidak begitu menggemari Prosperity Burger kerana kepedasan sos lada hitamnya yang memang wow ! Pun begitu, tahun ni mek nak juga cuba cabar diri dengan Prosperity Burger McDonald. Mana tahu tetiba terjatuh hati pula.


#PROSPERITYBURGER
#DESSERTMCDONALD

Selain daripada Prosperity Burger, kali ini didatangkan juga secara combo untuk memuaskan anak tekat para netizen iaitu :


#PROSPERITYBURGER
#DESSERTMCDONALD

McFizz sensasi kedinginan air macam orange lemon tapi berpop-pop dalam mulut kita bila diminum. Apa tu mek? Korang kena rasa sendiri la baru tahu rasa pop-pop tu macam mana. McFizz ni memang refreshing, kena makan dengan Prosperity Burger yang pedas lada hitam tu. Another yang baru adalah Twister Fries. Seperti korang sedia maklum, fries yang dihidangkan di McDonald tak penah mengecewakan. Sesedap rasa isi kentang yang lembut digoreng rangup dan keasinan garam. Tabur sikit lada hitam kat atas fries dan nikmatinya sementara masih panas. Yummy !

Tidak dilupakan juga kepada dessert pemanis mulut yang dihidangkan juga kepada semua rakyat Malaysia iaitu :


#PROSPERITYBURGER
#DESSERTMCDONALD


#PROSPERITYBURGER
#DESSERTMCDONALD

Satu peluang yang korang tak boleh lepaskan. Pembelian melalui apps tentunya akan lebih menguntungkan korang. Dengan RM17.95 korang akan dapat semua di atas kecuali Pie Taro tadi. Yang itu korang nak add on pun boleh, kalau tak suka dengan perisa keladi, boleh je kalau tak nak cuba pun. Tapi mek lebih suka kalau cuba dulu sebab baru lah boleh rasa sendiri sedap ke tidak. Mek dulu noob macam tu lah, segala pie McDonald keluarkan tak pernah cuba dengan alasan, tak suka crispy karipap macam tu. Sekali makan Pie Jagung Kastard, nahhhh, mesti nak cuba dan cuba lagi.

Korang dah cuba ke semua yang mek cerita ni? Kalau belum, jom ke McDonald terdekat. Kita cuba dan ambik gambar, upload di FB dan IG. Kalau rajin buat di Youtube sekali. Kehkeh. Yang untung nanti korang, mana tahu gambar korang tular dengan info yang baik. Seronok, kan? Jangan lupa letak link diruangan komen ❤


#PROSPERITYBURGER
#DESSERTMCDONALD


Sekian ..


#PROSPERITYBURGER
#DESSERTMCDONALD
#IMLOVINIT

DIVIDEN ASB PEMBAYARAN BONUS BAGI SIMPANAN 2018

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Dividen ASNB bagi tahun 2018, pengumuman telah pun dibuat pada semalam 21 Disember 2018 (Jumaat). Mek sendiri pun tak tengok pengumumannya secara lansung, hanya mengetahui bila spouse mek tunjuk daripada FBnya. Bila mek tengok rasa macam menurun sahaja dia punya nombor itu. Untuk lebih yakin dengan fakta yang ditunjukkan, maka mek google Dividen ASB dari tahun ke tahun dan ini yang mek jumpa :


#DIVIDENASB2018
#DIVIDENASNB

Memang ada penurunan dan perbezaan daripada tahun sebelum ini. Perbezaan antara 7.25 dengan 7.00 agak ketara juga. Mek nak perincikan cara pengiraannya pun mek tak pandai sangat kalkulatif ASB. Cuma, congak kasar yang mek tahu adalah jika asas simpanan kita RM1,000 selama setahun maka :

2017 dengan 7.25 dapat RM1,072.50
2018 dengan 7.00 dapat RM1,070.00

Itu kalau seribu lah, kalau yang berpuluh ribu tu memang berpeluh juga la perbezaan bonus tahun ni dengan tahun lepas. Apa-apa pun, korang janganlah mengambil tindakan dengan mengalihkan dana pelaburan tersebut ke tempat yang lain (MLM ke, apa-apa je la yang untung cepat). Biar sedikit bonus asal kita tahu dia bersih. Oh dan jangan lupa, dividen ASB ni ada sikit gharar iaitu bonus yang diragui, maka sedekahkan sikit dengan niat untuk membersihkan harta kepada mereka yang lebih memerlukan. InsyaAllah sama-sama kita nikmati kemanisan didunia dan akhirat.


#DIVIDENASB2018
#DIVIDENASNB

Semua urusan bagi ASB akan dibuka semula pada 02 Januari 2019. Boleh nak semak baki ataupun nak draw buat bayar zakat tahunan. Tapi janganlah draw sampai habis ye, simpan sikit untuk kegunaan kecemasan. Mek pun sebenarnya dah lama tak menabung dalam ASB walhal urusan ASB boleh je dibuat dikaunter BSN.


Korang biasanya buat apa dengan dividen ASB? Mek secara jujurnya diamkan disitu sahaja. Nanti dah terdesak baru pergi draw. Simpanan tetap secara bulanan dibuat tetapi secara manual sahaja, bukan melalui potongan gaji. Pun begitu semenjak bulan Julai 2018 mek tak ke kaunter lagi dah. Portion untuk ASB disimpan namun tidak dilaburkan. Macam rugi, kan? Apa pula pandangan korang? ❤


Sekian ..


#DIVIDENASB2018
#DIVIDENASNB
#PELABURANMASAHADAPAN

PENJAGAAN GIGI KANAK-KANAK JANGAN AMBIL MUDAH MUMMY SEKALIAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Penjagaan gigi kanak-kanak oleh para ibu bapa. Topik ni kalau pergi check-up anak di mana-mana klinik sekalipun, tetap doktor perubatan biasa akan nasihatkan kita para ibu bapa untuk pastikan gigi anak-anak diberus dengan ubat gigi yang disyorkan untuk kanak-kanak sekurang-kurangnya sekali sehari. Mek memang selalu sangat dengar nasihat ni. Bukan sebab gigi anak-anak mek tak elok, tapi sebab gigi anak-anak mek elok maka dibuat contoh kepada ibu bapa lain pula.


#TIPSJAGAGIGIANAK
#PENJAGAANGIGIKANAKKANAK

Bangga? Tentunya tidak. Cuma mek rasa dengan cara paksaan mek terhadap anak-anak membuahkan hasil. Korang yang ada anak kecil pastinya tahu macam mana usaha kita sebagai ibu nak bagi anak gosok gigi. Bukan sekadar 'nganga dan berus'. Ianya memerlukan daya fikiran inovatif supaya sesi berus gigi itu tidak bertukar menjadi medan perperangan kecil antara ibu dan anak. Bermula dengan Amani, dia tumbuh gigi sekitar usia sembilan bulan. Ketika itu misi nasihatkan mek untuk lap gigi Amani dengan kain basah ketika dia tidur sebab tak nak bagi 'manis susu' lekat pada gigi yang membolehkan gigi menjadi cepat terhakis. Masa itu, mek tak peduli lansung.

Amani tumbuh gigi dua di atas dan dua di bawah ketika usia dia sekitar setahun. Ketika itu mek mulakan rutin berus gigi untuk Amani. Bagi mek, dua di atas dan di bawah senang sikit nak berus. Pun begitu, gusi anak-anak yang sedang nak tumbuh gigi ni, setiap hari ada sahaja gusi mereka yang bengkak, cuma kita je tak sedar. Disebabkan itu, mereka akan meraung setiap sesi berus gigi. Sama macam Amzar sekarang ni. Berus sikit pun akan berdarah satu dua tempat yang bengkak tu. Tapi ibu bapa tak boleh biarkan macam tu sahaja. Tetap kena berus demi gigi yang sihat.

Disini mek kongsikan beberapa kaedah yang mek dah cuba untuk redakan sesi meraung dalam bilik air. Antaranya :

1. Menyanyi lagu yang anak suka.

Mek yakin suara korang akan begitu merdu sekali dalam bilik air, sebab mek pun rasa tetiba suara mek jadi best macam Ella bila menyanyi. Agaknya tu orang gelarkan 'kareoke jamban' ye. Gema jamban tu macam best pulak. Err, terkotor panggil jamban. Maaf. Amani dulu takada lagu spesifik pun. Sama macam Amzar. Ikut terlintas je la lagu apa yang dia suka. Lagu iklan pendek di kaca TV pun boleh. Chacharo Chacha, Chacaro Chacha, Chacaro Chacha, 1 2 3 4 !

2. Tunjukkan video gosok gigi kepada anak.

Ini boleh pilih secara rawak dan mana yang korang suka, di youtube banyak juga video yang korang boleh jadikan contoh untuk menarik minat anak-anak. Biasanya budak dia suka tengok yang umur sebaya dia buat apa-apa. Yang ni mek aplikasikan dalam banyak benda juga contohnya colouring book, belajar ABC dengan kad. Mek tak tahu samada cara mek membosankan mereka atau mereka tak faham apa yang mek nak buat, setiap kali ajak buat ABC (ni sebelum timbul idea nak tunjuk video pada anak), mesti diaorang tak bagi respon yang baik. Tapi lepas mek tunjuk 'haa tengok kawan buat ABC' then kita pun tiru, dia pun ikut sama. Macam mudah giler kerja nak explain pada anak dengan bantuan video-video ini.


#TIPSJAGAGIGIANAK
#PENJAGAANGIGIKANAKKANAK

Paling terbaru, mek intsall apps Jordan 'Brush Time For Kids'. Apps ni akan buat video gambar anak kita gosok gigi. Amani dengan Amzar kemain excited ! Lebih teruja daripada tengok video kawan dia sedang berus gigi. Mudah je nak buat video muka anak kita sedang berus gigi. Ikut tatacara ini :


#TIPSJAGAGIGIANAK
#PENJAGAANGIGIKANAKKANAK

~ Install app Brush Time For Kids (gambar Hippo)
~ Create new video
~ Upload / capture gambar anak kita
~ Resize bagi betul-betul dengan muka anak
~ Creating video
~ Save video

Kejap sangat, tak sampai lima minit dah siap video anak kita duk berus gigi. Tunjuk pada diaorang, sure senang sikit kerja ibu bapa nak ajak anak gosok gigi. Jom cuba para ibu bapa. Yang dah cuba boleh tinggal testimoni diruangan komen ❤


#TIPSJAGAGIGIANAK
#PENJAGAANGIGIKANAKKANAK


Sekian ..


#TIPSJAGAGIGIANAK
#PENJAGAANGIGIKANAKKANAK
#GIGISIHATDARIPADAUSIAKANAKKANAK

SAMBUTAN BIRTHDAY DI MCDONALD WAKAF CHE YEH, AMANI TURNS THREE

Salam alaikum untuk para sahabat blogger mek ..

Sambut Birthday Amani yang ke Tiga di McDonald ! Alhamdulillah, dah tiga tahun anak perempuan mummy. Penghuni pertama rahim mummy. Yang membuatkan satu masa dulu mummy dan papa teruja tengok the little dot Amani dalam perut. Sekarang dah keluar, dah ada depan mata, dah pandai bercakap berceloteh dan juga pandai untuk tantrum. Tapi bukan Amani je macam tu, budak lain yang normal juga macam tu. Fitrah seorang kanak-kanak.

8.24 pagi 19 Disember 2015 di Labour Room HRPZ II, mummy lahirkan Amani. 38 minggu mengandungkan Amani, ke sana ke sini dengan pelbagai aktiviti memang bagi mummy satu pengalaman yang tak dapat dilupakan walaupun ada satu dua kenangan semasa mengandung mummy lupa. Pilihan nama Aimy Amani memang idea daripada mummy dan papa. Mummy cadangkan Aimy dan papa cadangkan Amani. Gabungan yang sangat sedap ditelinga mummy serta memberi maksud yang baik - Kesejahteraanku / Keamananku, Cita-citaku.



#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Bila dah besar, pandai minta dengan mummy 'Kakak nak Happy Birthday to You kat McD'. Mula-mula macam tak serius. Bila dah semua orang dia bagitahu nak buat di McDonald, itu maknanya mummy kena aturkan Birthday Party di McDonald. Tapi hati ini sedikit lega sebab McDonald yang sememangnya mesra kanak-kanak dan tetamu dewasa, mek pasti mek boleh harapkan kakitangan McDonald untuk sempurnakan Birthday Amani yang ketiga ni. Terus laju whatsapp kenalan di McDonald Wakaf Che Yeh yang mesra dipanggil Bie. Pun begitu dia takada kat Kelantan masa tu jadi mek minta pertolongan another Bie yang ada di McDonald Wakaf Che Yeh iaitu Mira.

Birthday Party di McDonald ada empat pakej utama. Korang boleh pilih mana yang sesuai dengan ahli korang. Maksud mek, ramai ataupun sikit jemputan untuk menghadiri Birthday Party anak-anak. Antara yang ada di McDonald adalah :


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Pakej A : RM154*

~ Dapat 10 Happy Meal (boleh pilih nak bubur, burger atau nugget)
~ Dapat 10 party packs (yang ni macam goodies untuk kanak-kanak)

Pakej B : RM230*

~ Dapat 10 Happy Meal (boleh pilih nak bubur, burger atau nugget)
~ Dapat 10 party packs (yang ni macam goodies untuk kanak-kanak)
~ 5 pilihan McValue (yang burger-burger tu)
~ 9 ketul ayam goreng McD.

Pakej C : RM200

~ Menu pilihan akan diberikan.
~ Sesuai untuk Birthday Party orang dewasa juga.
~ Sesuai untuk 10pax.

Pakej D : RM350

~ Menu pilihan akan diberikan.
~ Sesuai untuk Birthday Party orang dewasa juga.
~ Sesuai untuk 15 - 20 pax.


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Ni party packs yang korang boleh pilih kalau nak bagi goodies pada anak-anak kawan korang yang hadir. Mek pun ambik juga satu untuk Amani yang B. Boleh buat kenangan pada Amani sempena Birthday Party dia di McDonald. Budak-budak memang suka la kan dapat goodies daripada McDonald. Itu juga antara yang menyenangkan korang para ibu bapa tanpa perlu berfikir banyak, goodies apa yang nak diberikan kepada kanak-kanak. Zasss McDonald dah sediakan. Senang !


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Mek juga turut memuji dengan usaha para team McDonald yang buat game kepada kanak-kanak yang turut serta dalam Birthday Party. Korang tahu kan budak-budak dengar mak bapak bercakap memang membosankan. Memang diaorang boleh pergi main di Playland tu tapi macam datang biasa-biasa je. Bila adanya game ni, diaorang akan lebih seronok. The real Birthday Party ! Main game dapat hadiah, sambil berhibur dengan rakan-rakan sebaya. Memang seronok sangat lah. Mek yang muda belia ni pun teruja tengok game yang team McDonald anjurkan pada malam tersebut.

Secara keseluruhan, mek berpuas hati dengan harga yang mek spend di McDonald untuk Birthday Party Amani. Kalau mek nak buat di rumah, dengan harga kegembiraan hati Amani, rasanya belum mampu kot. Bila dah jadi mak, bila anak meminta yang kita sendiri tahu kita mampu nak buat, kalau tak tunaikan rasa macam menyesalnya. Sebelum perasaan menyesal tu datang, lebih baik kita aturkan masa kita semampu yang boleh agar bila kita tidur malam, tidur dalam senyuman dan bukannya tidur dalam penuh kekesalan.


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD

Korang yang ada pengalaman sambut birthday anak di McDonald, jom share diruangan komen. Kalau ada yang dah berkongsi cerita tentang sambutan hari jadi di McDonald, pun boleh drop link di ruangan komen. Much appreciated ❤


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD


Sekian ..


#BIRTHDAYCELEBRATIONATMCDONALD
#BIRTHDAYPARTYBYMCDONALD
#AMANITURNSTHREE

CONTEST HAPPY ANNIVERSARY MY BLOG 3 YEARS OLD

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Giveaway by Blogger Rabia sempena ulangtahun ketiga blognya. Bagusnya siapa yang buat GA ni sebab mek pernah buat sekali je lepas tu macam dah malas untuk buat GA. Bukanlah penat, tapi entah (ke sebenarnya tak bermurah hati sangat). Entah bila juga nak dapat seru nak buat GA pada semua blogger, boleh merasa sikit sorang, kan? Doakanlah mek terbuka pintu hati nak buat GA ni. 


#BLOGGERRABIA
#GIVEAWAYBLOG

Tapi mek okei je kalau menyertai GA orang lain. Dan seperti biasa mek akan menyertainya sehari sebelum tamat GA. Mek suka duk nombor bawah, senang skrol ke bawah nak semak. Kalau duk tengah-tengah nanti berpinar mata. Kehkeh. Itu pandangan mek. Jangan cedok idea mek sudah. Tapi, idea mek tu mek tak pergi cop akta hak peribadi pun. You are allow to use my idea. Mek dah start merapu.

Untuk join GA blogger Rabia ni, korang ada beberapa syarat kena ikut. Antaranya :

1. Follow blog Rabia
2. Komen semua entry blog dia.
3. Follow jugak IG Rabia.
4. Follow dan add friend di FB Rabia
5. Letak banner dalam entry dan publish untuk ajak rakan blogger join GA Rabia.


Senang je tu, mek dah buat semua kecuali nombor dua. Tak mampu nak komen semua tapi berkesempatan memang mek masuk dan komen entry-entry blogger Rabia. Tak salahkan menyumbang PV kepada blogger lain. Dan tak salah juga jadi pengomen tegar, barulah orang kenal kita, kehkeh. Okei itu mek sengaja buat selingan. Yang penting bantu-membantu, sokong-menyokong antara blogger. Blogger mula-mula wujud indah je semua. Semua orang saling menyokong. Bila mula ada hasad dengki penyakit hati mulut busuk, itu yang boleh buat putus silaturahim antara blogger. Memang tak baik dan tak seiring dengan kehendak agama. Jadi blogger yang baik-baik okei. Rezeki Allah dah tetapkan. Usaha dan jangan ada penyakit hati.

Jemput join GA Blogger Rabia ❤


Sekian ..


#BLOGGERRABIA
#GIVEAWAYBLOG
#SUPPORTBLOGGER

BEST NINE 2018 BAGI INSTAGRAM MEKAYUNIERAMLI

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Best nine 2018, setiap tahun mek tengok orang buat best nine ni tapi masa tu mek tak aktif IG jadi mek tak ambik kesempatan untuk pedulikan best nine ni. 2018 mek kembali aktif dalam IG atas faktor tuntutan kerja part time mek iaitu Blogging. Biasanya memang company akan minta kita untuk siarkan juga segala hasil kerja dalam IG persendirian. Ada bagusnya, sebab di IG pencarian adalah melalui # (hashtag). Manakala kalau di FB lebih kepada share untuk viral-kan sesuatu. Paling sayang adalah di blog kerana segala simpanan takkan pernah padam serta sentiasa hidup untuk pencarian di google. Paling baru yang mek cuba adalah Youtube. Alang-alang kena shoot video untuk setiap hasil kerja, maka mek buatkan juga satu akaun khas bagi mereka yang lebih suka menonton video.

Hasil pagi ni ber-blog-walking di RODIAH AMIR jumpa la macam mana cara untuk buat best nine 2018 ni. Senang sahaja rupanya. Boleh la korang semua buat best nine 2018 sebagai memori di IG korang bagi sepanjang tahun 2018. Korang tekan SINI untuk tatacara buat best nine 2018. Untuk mek punya, ini rupanya :


#BESTNINE2018
#BESTNINEIG

8. BSN Breast Cancer Awareness Program

Satu je lagi entry mek draf sampai ke hari ni tak karangkan lagi. Entah bila nak publish. Kempen breast cancer tu pun dah tamat Oktober lalu. Kena masuk Oktober lain kot baru publish yang ni. Apa-apa pun, ni adalah sebahagian apa yang mek dah lakukan sepanjang 2018. Kalau blog ada the best 10 entry dalam 2018, nanti mek senaraikan lagi. Penghujung tahun macam ni memang elok sangat nilai diri apa yang dibuat apa yang diberi kebaikan kepada orang lain supaya kita sentiasa positif dan optimis untuk membantu rakan-rakan yang lain.

Kongsi juga the best nine 2018 korang di ruangan komen mek, insyaAllah mek jenguk selagi mampu ❤


Sekian ..


#BESTNINE2018
#BESTNINEIG
#COLOUROF2018

MERAIKAN TETAMU DAN ADAB MENJADI TETAMU MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Meraikan tetamu dan adab menjadi tetamu mengikut sunnah Rasulullah. Islam cukup indah sebab semua benda dalam kehidupan daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara mesti ada sunnah dan ada tatacara yang mengharmonikan setiap perasaan. Sebagai manusia yang beragama Islam dan juga berbangsa Melayu, agama, sunnah dan adab mestilah diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Kalau tertinggal, mesti kita akan tergelincir dari landasan menuju akhirat dengan sempurna.

Meraikan tetamu.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Sirah dulu ada menyatakan melalui hadis mana mek tak pasti sebab mek hanya dengar tazkirah dalam radio sahaja. Tapi sahabat Rasulullah begitu memuliakan tetamu sehinggakan kisah ini diriwayatkan dalam satu hadis. Mek lupa apa nama sahabat Rasulullah itu, tapi ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, dia telah menumpangkan Rasulullah dirumahnya. Rumah sahabat Rasulullah ini dua tingkat. Begitu dia memuliakan Rasulullah sehinggakan dia menyuruh Rasulullah untuk tinggal ditingkat atas rumahnya. Pun begitu Baginda menolak dengan cara yang baik dengan memberi justifikasi jika tetamu yang lain datang ingin berjumpa dengan Baginda, susah orang kena naik ke atas.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Soal makan pula, sahabat Rasulullah tadi mendatangkan setandan kurma kepada Rasulullah sehinggakan Rasulullah terkejut. Yela, kalau kita pun hidang dalam pinggan macam tu je kan. Contoh ada biskut dua tiga jenis pun, bawak keluar sepinggan jugak, kan? Bukan orang lain, mek pun macam tu juga. Kenapa sahabat Rasulullah bagi setandan terus kepada Rasulullah? Supaya, Baginda dapat memilih mana-mana kurma yang Baginda mahukan. Begitu variety sahabat bagi pada Baginda supaya Baginda dapat yang terbaik daripada sahabat.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Sahabat tadi akur yang Rasulullah nak juga tinggal di tingkat bawah rumah sahabat maka dia kenalah naik ke atas untuk tidur. Bila dia naik tingkat atas, dia berjalan di dinding. Haa, macam mana mek nak terangkan. Sahabat berjalan ditepian dinding gitu. Korang boleh bayangkan tak? Takpela kalau tak boleh bayang, cuma bila isteri sahabat tu tanya 'Kenapa kamu berjalan begitu?', maka jawab sahabat Rasulullah 'Aku takut kalau aku berjalan di atas kepala Rasulullah'. Takutnya sahabat kalau-kalau dia berjalan itu sebenarnya Rasulullah di bawah, seolah-olah kedudukannya memijak kepala Rasulullah. Subhanallah.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Ada juga pernah mek dengar, meraikan tetamu ni ibarat kita menjemput rezeki. Tapi mek tak boleh nak buktikan samada itu adalah dalil daripada Quran mahupun hadis. Kalau siapa-siapa tahu, boleh kongsi diruangan komen. Apa yang mengejutkan mek, selama ini mek takada lah titik beratkan sangat soal tetamu. Maknanya, kalau datang, datang je la. Takada la macam bersungguh-sungguh beria-ia mengajak orang ke rumah. Pun begitu ada sahabat mek yang berkunjung ke Kelantan, mek jemput dia ke rumah. Memang rasa dalam hati, Allah bagi lah peluang dia kenal rumah aku. Jadi Allah izinkan. Pendekkan cerita, pada malam itu juga mek mendapat tawaran kerja blog. Memang tak disangka ! Maka, mek benar-benar percaya kalau kita muliakan tetamu, maka Allah akan menolong kita lebih daripada apa yang kita jangkakan.

Menjadi tetamu.

Semua orang pernah menjadi tetamu. Dalam sirah yang diceritakan pada tazkirah pagi itu, Baginda Rasulullah juga menjaga adab menjadi seorang tetamu walaupun sahabatnya begitu meraikan kedatangan Baginda ke rumahnya. Tatasusila serta kesopanan yang diketengahkan oleh Rasulullah dalam setiap perkara, kita boleh contohinya semampu yang boleh. 


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Semasa berkunjung ke rumah saudara ataupun sahabat, beri salam terlebih dahulu sebelum memasuki ke dalam rumah mereka. Jika mereka masih tidak menjawab salam, maka jangan sesekali kita sebagai tetamu, menolak daun pintu kerana dikhuatiri aurat tuan rumah masih lagi tidak ditutup rapi. Berapa kali kita wajar untuk memberi salam? Ada hadis yang mengatakan, kita wajar untuk memberi salam sebanyak tiga kali dan kalau tuan rumah masih tidak menyahut, maka kita perlu berhenti memberi salam dan mengetuk pintu. 


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Di dalam rumah pula, walaupun tuan rumah memberi layanan seperti rumah itu kita yang punya, namun begitu bukanlah hak tetamu untuk mengambil dan menggunakan barangan tuan rumah sesuka hati. Minta izin untuk menggunakan barangan tuan rumah dan guna dengan sebaik mungkin, jangan membazir serta merosakkan barangan tersebut.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Ada juga tetamu yang suka bertanyakan tentang harga barangan, misalnya harga langsir, kerusi dan beberapa barangan lain lagi. Kadang kala tuan rumah tidak kisah untuk berkongsi harga dan mana tempat dia belikan barangan tersebut, pun begitu, adab menjadi seorang tetamu tidak perlu untuk bertanyakan harga untuk barangan dalam rumah yang kita berkunjung. Dikhuatiri akan menyinggung perasaan tuan rumah ataupun menimbulkan perasaan riak oleh tuan rumah sendiri. Jadi, bercerita lah tentang kebaikan, jangan timbulkan perasaan yang tidak senang semasa berkunjung. Ada juga yang suka membandingkan barangan rumahnya dengan rumah yang dikunjungi, kalau mek memang tak perlu datang pun tak apa orang macam gini. Kita raikan kamu sebagai tetamu, bukan sebagai pengomen harga barangan.


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU

Rasulullah juga menitik beratkan masa keberadaan Baginda ketika berkunjung ke rumah sahabat. Tempoh untuk kita berada di rumah saudara atau kenalan kita, mestilah tidak terlalu lama berkunjung kerana takut mengganggu aktiviti di dalam rumah tersebut. Contohnya pada hari raya. Disebabkan raya, maka kita dari pagi hingg ke Maghrib melepak di rumah saudara, Ada yang okei, ada yang tidak. Maka ambil yang pertengahan. Tuan rumah juga tentunya ingin berehat, tentunya juga ada perkara lain yang ingin dilakukan. Kalau yang menginap, itu lain pula caranya. 

Perkongsian ini diharapkan dapat dimanfaatkan kepada semua orang dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita semua. Jaga adab kita semasa berkunjung, dan jaga adab kita semasa menjadi tuan rumah. Jangan sampai nanti, orang takut untuk menerima kunjungan kita, dan orang juga takut untuk berkunjung ke rumah kita. Berkunjungan ini untuk merapatkan silaturahim, maka jaga dan bina sebaiknya silaturahim ❤


Sekian ..


#RAIKANTETAMU
#ADABMENJADITETAMU
#SUNNAHRASULULLAH

ICE CREAM BABA RANTAU PANJANG VERSI KELAPA MADU

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Ice Cream Baba Rantau Panjang, memang satu aiskrim yang korang wajib cuba bila singgah di Rantau Panjang. Semacam simbolik pada Rantau Panjang, memang aiskrim ni permintaannya agak tinggi. Kalau ditanya pada mek, apa yang sedap sangat tu mek sampaikan permintaan agak tinggi. Jawapannya :

~ Aiskrim diperbuat daripada kelapa. Aiskrimnya berperisa kelapa.
~ Letak segala 'lauk tambahan' seperti kacang, jelly, roti, pulut, choclate, jagung, choc rice dan beberapa lagi.
~ Lawa nak FOTD - simbolik ada kat Thailand.


#ICECREAMBABA
#ICECREAMKELAPAMADU

Bila spouse mek cakap, Ice Cream Baba ada yang versi barulah, mek sangat bergembira untuk mencubanya sebab mek tahu ini adalah berita yang dinanti-nantikan oleh para penggemar aiskrim. Walaupun Kelantan sekarang dalam keadaan 'basah menantikan bah' namun tidak mematahkan niat mek untuk mencuba Ice Cream Kelapa Madu by Ice Cream Baba Rantau Panjang.

Lepas Asar mek keluar dari rumah untuk ke pekan Rantau Panjang. Lebih kurang 15 minit sahaja daripada rumah mek. Petang tu memang hujan jugak renyai-renyai tapi biasalah hujan dimusim tengkujuh ni kadang lebat, kadang renyai. Tak boleh nak jangka cuma memang hujan tu ada. Walaupun hujan, tetap jugak nak cuba Ice Cream Kelapa Madu.

Kenapa kelapa madu sebenarnya? Pada awalnya mek berpendapat, aiskrim ni diberi nama sempena letak aiskrim dalam kelapa lepas tu mungkin penjual letak madu untuk maniskan lagi aiskrim tu. Macam letak topping caramel gitu tapi ganti dengan madu. Rupanya ..


#ICECREAMBABA
#ICECREAMKELAPAMADU

Nama diberi sempena air kelapa tu dah manis, letak pulak aiskrim dalam kelapa tu (air kelapa tadi memang dihidang dalam gelas bukan dalam kelapa) jadi lah Ice Cream Kelapa Madu. Bila sebut madu macam tu teringat dengan Teh Tarik Madu yang dimaniskan dengan madu asli. Rupanya ini tidak, madu diambil daripada kemanisan asli air kelapa tadi. Pun boleh lah tuan kedai, asalkan sedap.

Rating untuk Ice Cream Kelapa Madu ni mek bagi tiga iaitu suam-suam kuku sebab bagi mek banyak lagi topping yang boleh diletakkan dalam Ice Cream Kelapa Madu ni contohnya :

~ Jelly
~ Roti
~ Pulut
~ Kacang Hitam
~ Jagung

Kalau boleh kekalkan identiti Ice Cream Baba itu lagi bagus, tambah baik letak dalam kelapa dan buat topping madu sikit di atas untuk synchronize dengan nama tu tadi. Kalau begitu cara hidangannya, RM5 mungkin tidak menjadi masalah kepada orang ramai. Berbaloi dengan harga yang dibayar.


#ICECREAMBABA
#ICECREAMKELAPAMADU

Korang dah cuba Ice Cream Kelapa Madu? Kalau dah boleh komen di bawah, kalau belum jom la ke Rantau Panjang Kelantan untuk cuba Ice Cream Kelapa Madu ❤


#ICECREAMBABA
#ICECREAMKELAPAMADU


Sekian ..


#ICECREAMBABA
#ICECREAMKELAPAMADU
#ICECREAMRANTAUPANJANG

MYSTERTY BOXES GIVEAWAY BY LIYANA JASMI

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Giveaway by Liyana Jasmi ! Lamanya mek tak menyertai mana-mana giveaway yang dianjurkan oleh blogger. Biasanya mek akan turut serta bila diseru. Bukanlah nak tunjuk diva tapi biasanya dalam kalangan mek tak berapa kenal lagi Kalau yang dah kenal memang mek join macam tu je la. Tak payah seru. Macam kali ni mek diseru oleh kawan blogger Rodiah Amir. Dah lama dia seru tapi mek baru nak sertainya. Sebab mek suka cari sehari sebelum tarikh tamat supaya mek tak lupa untuk tengok keputusannya nanti. Jangan marah ye Liyana Jasmi.

Mek nak cakap yang mek totally tak kenal Liyana Jasmi ni pun, bila tengok dah follow dia punya blog, maknanya mek pernah berkunjung ke blog dia. Cuma mungkin tak kerap so mek tak boleh nak recall siapakah Liyana Jasmi. Apakah tulisannya. InsyaAllah akan lebih mengenali selepas ini. So jom kita sertai giveaway Liyana Jasmi.


#GIVEAWAY
#GIVEAWAYBLOGGER

Syarat yang ditetapkan pun amat mudah, tak banyak link nak kena tekan :

1. Follow blog Liyana Jasmi
2. Buat entry macam buat ni.
3. Letak gambar macam di atas tu.
4. Pastikan link untuk ke entry giveaway Liyana Jasmi ada dalam entry korang.
5. Tag 3 rakan blogger lain, pastikan diaorang tahu.
6. Publish dan letak link entry kat komen giveaway Liyana Jasmi.

Berbaki lagi sehari ni, jom lah join giveaway Liyana Jasmi. Tak menang pun takpa, at least dapat rapatkan hubungan sesama blogger ❤


Sekian ..


#GIVEAWAY
#GIVEAWAYBLOGGER
#LIYANAJASMI