MyTown Mall - Mall yang Wajib Singgah Bila ke Kuala Lumpur

Salam alaikum uols..


Mek dalam setahun mungkin dua atau tiga kali jugak ler menjejakkan kaki di Kuala Lumpur (semenjak kahwen). Satu sebab adalah adik beradik spouse mek duk kat Putrajaya and Puchong, so pergi la melawat diaorang sometimes. Sambil tu of course la makan angin ke ibu kota. 


Kalau dulu pergi Putrajaya, mesti pergi Alamanda dan IOI. Time tu rasa kalau pergi IOI dah complete boleh cari barang yang mek nak. Sebab around 2015 tak meneroka lagi barang-barang IKEA ni *noob kan*. Bila pergi Puchong pun tak merendek sangat la mall kat sana. Kiranya all out kat IOI je.


Bila penghujung 2016, IKEA Cheras nak bukak, that time baru rasa bila pergi KL nak singgah IKEA. Yang Damansara pun mek jejak sekali je. Tu pun sebab that time pregnant-kan Amzar, terliur nak makan meatball IKEA. Gigih ler ipar duai bawak pergi IKEA Damansara. 


Bila 2017, dah beranakkan Amzar (around May) mek jejakkan kaki ke MyTown Mall, Cheras. Asalnya nak pergi IKEA je la. Tapi pusing-pusing jugak MyTown. Sekali terpandang outlet Laneige ! Memang excited habis la sebab biasa mek kirim je kat kawan kalau BB mek habis. Semenjak kejadian tu, mek simpulkan bila datang KL, tempat wajib adalah MyTown dan IKEA Cheras. Complete apa yang mek nak ada kat situ. 



Nak Christmas dah (awal Dis. 2017)


Mummy and Amzar


Amani and IKEA's Meatball


Biasa mek kalau pergi KL pun cari benda yang takde kat Kelantan je. Tapi sekarang pun kat Kelantan banyak dah barang yang ada jadi tak eager sangat nak memburu kat KL. Plus sekarang ni barang boleh order online. Lagi satu kalau pergi KL mek akan singgah mamak jugak. Kalau tak makan kat mamak, rasa tak pergi KL. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab Kelantan kedai mamak tu kurang *hahah*


Korang pulak kalau pergi KL, mana tempat yang korang rasa wajib pergi. Kalau tak pergi rasa tak complete. Nanti share ye ❤



Sekian..


2 comments

  1. bestnya jalan-jalan dengan faimily.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa. bila nk pegi sabah ni. sane pun banyak tmpat cantik kan..

      Delete