Hasil Daripada Voucher ZALORA

Salam alaikum..


Alhamdulillah, rezeki mek pada awal Disember 2017 dapat voucher ZALORA bernilai seratus. Pada mulanya mek niat nak jual je voucher tu memandangkan mek takde nak barang di ZALORA. Handbag kalau beli sure spouse mek marah sebab beg hantaran tu pun tak pakai. Selipar / sandals / heels mungkin ok sebab boleh gantikan dengan existing yang dah tercabut dia punya tali. Skirt - lawa tapi sayang size mek kebanyakkannya takda. Yang mek tak nak tu ada pulak colournya. Baju? Untuk pengetahuan korang, mek memang pakai baju yang berharga kurang dari duapuloh ringgit.


Mek dah pos dekat FB pasal voucher tu almost two weeks tapi still takda orang masuk meminang. Bincang dengan spouse dia suruh beli je skirts. Tapi macam mek cakap tadi la, nak skirts tapi sizenya pula takde. Akhirnya, mek kena panggil kawan mek yang biasa dengan ZALORA untuk tolong mek membeli belah. So guess what i got..



Sebab semua blogger post gambar parcel, so mek nak tepek jugak kat sini


Tadaa ! Flats Quilted by ZALORA


Sesuai juga untuk kegunaan dalam office


And.. Hmm.. Tote *please La Tarda*


Inilah hasilnya. Semua sekali RM94.00. Yang beg tu RM69 dan flats tu RM25. Alhamdulillah, selesai jugak lunaskan voucher tersebut. Apa apa pun mek nak ucapkan terima kasih pada ZALORA sebab bagi mek peluang ni. Kalau harapkan mek nak beli sendiri, memang tak agaknya beli beg harga 69 *huhu* . Biasa mek beli beg yang harga tigapuloh ke bawah aje. 


Korang yang pernah shopping ZALORA, apa yang korang cari? Nanti share dekat komen mane tahu kalau berkenan, boleh mek jana keuntungan untuk ZALORA pulak lagi sekali ❤



Sekian..


18 comments

  1. Tahniah dapat beg tangan dan kasut baru.

    ReplyDelete
  2. CCL pun baru shopping barang dalam zalora ni , unutk diri sendiri , untuk adik dan untuk mak . alhamdulillah sampai juga barangan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. nnt nk terjah CCL punya rumah, nk tgk beli barang ap.

      Delete
  3. Wah, cantiknya beg nie..Seronok kan bila kita dapat beli brg yang kita nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak kin, dapat rezeki daripada ZALORA dapat lah merasa pakai beg mahal skit. hiihi

      Delete
  4. ekin 3 kali pernah shopping dengan zalora beli sandals, hangbag hahhahaha..

    ReplyDelete
  5. tahniah.... saya datang sini jalan2 dan follow

    https://abangrockers.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak. Barang zalora mmg cantik. Terbaik kak. :)

    ReplyDelete
  7. tote bag tu cantik laa mek..

    ReplyDelete
  8. Cantik dan menarik tote bag tu berkenan pula Mrs. A heheheee...

    Mrs. A pun dah lama tak shopping kat Zalora Mek suka Lazada buat masa ini ;-)

    ReplyDelete
  9. Barang-barang Zalora memang best apatah lagi kalau ada diskaun,lagi la murah..pastu dapat hantar balik kalau barang tak ngam di mata kita

    ReplyDelete
  10. best kan dapat shopping dekat zalora. i like !!

    ReplyDelete