Lotus Five Cinema, Kuala Terengganu

Assalamulaikum sahabat blogger !

Sambung sikit lagi cerita Terengganu hari tu. Kelantan takde wayang, korang pun tahukan. Dan bila pergi tempat ada wayang haruslah kena terjah. Tapi serius memang tak tahu cerita apa yang ada kat wayang sekarang ni. Bila dah check out daripada YT Midtown Hotel lebih kurang 11.45pagi, mek terus ke Paya Bunga Square Kuala Terengganu. Jarak dengan hotel lebih kurang 5KM je kot. Ke tak sampai pun tapi serius memang dekat.

Disebabkan tak buat research, main redah aje so pusing la satu Paya Bunga Square dari tingkat bawah sampai la ke atas. Memang shoplot banyak tutup. Yang ada hanya Agensi Kerajaan sebab tu adalah UTC Terengganu ! So, turun balik kat bawah tanya dengan Khidmat Pelanggan. Rupanya wayang tu kat bangunan depan. Tapi dekat je la, jalan kaki je. Naik lif tingkat 8 untuk kaunter. Dari lif kena jalan almost 800m kot untuk purchase tiket. Maka terbelilah tiket Tombiruo yang dah mek review tempoh hari.


Lotus Five Cinema, Kuala Terengganu


Makan Nasi Ayam Penyet di Paya Bunga Square


Amani yang tak boleh terpisah dengan pencil dan kertas

Itu je la perkongsian mek tentang Paya Bunga Square. Just incase korang nak pergi tengok wayang kat Terengganu, jangan masuk Paya Bunga Square tapi masuk building yang depan tau dan naik lif ke tingkat 8 J

Korang pernah pergi Paya Bunga Square ni? Meh citer dengan mek korang buat apa kat sane J


Sekian…


12 comments

  1. ganu kita..alamak..tak sempat jumpa rabia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa. tk sempat nk jumpa rabia. tkpe nnt mek pegi lain kali pulak..

      Delete
  2. akak pun suka ke Teranggnu ni. tapi dah lama gak tak ke sana.
    takat Pasar Payang je lah yang akak pegi. nak pe panggung, yang ada kat KL pun tak termasuk2 dah. faktor umur kot. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha, mek kat kelantan tkde panggung kak yan tu yang kalau pegi belah luar, hunting wayang.

      Delete
  3. ala... comel2 dua2 anak mek ni... tak pa kakak amani janji gd girl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ihii. alhamdulillah. kalau duk meraung mummy pun stress

      Delete
  4. dah boleh tonton filem dgn feels lepas ni. Menonton di wayang lagi best skit.

    comel plak nama pawagam tu, lotus

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kita g najah. buat rombongan ganu plak.

      Delete
  5. Dah lama tak g cinema...teringin nak pegi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. mek pun lame dah jugak tk g ni..

      Delete