Assalamulaikum
sahabat blogger!
This entry patutnya
awal November dah post tapi entah apa yang lama sangat diperam, so hari ni baru
nak cerita. Ni cerita weekend jugak. Sempena dengan HONDA Family Day Road Trip
dekat AEON Kota Bharu, spouse mek memang tak lepaskan peluang untuk join.
Memang dari sebelum kami kahwin lagi memang mek dan dia sekepala bab-bab test
drive kereta ni. Dan event yang paling win mestilah HONDA sebab dia punya
goodies agak awesome sikit daripada yang lain.
Tapi ini lah event
yang pertama mek dan spouse join lepas kami berkahwin dan beranak. Memang dalam
kepala dah congak boleh ke tak nak test drive ni. So kami decide untuk
bergilir. Ok perjanjian termeterai. Pergilah dengan happy ke Kota Bharu. Memang
macam dalam sangkaan, banyak program tambahan pula tahun ni ada Hot Air Ballons
! Mek memang aim nak naik tu.
Antara
soalan yang kena jawab untuk dapatkan goodies dan naik Hot Air Balloons for
free !
All
Honda models in one !
Dan kami pun gigih la
ambik semua cop untuk completekan borang tadi. Dah habis, claim goodies and
guess what ! Kasut Amzar hilang ! Sebelah pulak tu. Allah, sayang sangat kat
kasut tu pasal baru je dua kali pakai. Pusing masuk balik, buat lerr macam nak
chop jugak tapi style reverse. Tak jumpa jugak. Mek decide nak keluar untuk
tengok kat tempat letak troli pulak. Alhamdulillah ada kat troli tu seketul
kasut Amzar terdampar sepi. Nasib baik orang tak ambik.
Amani pulak dah start
tantrum sebab masa claim goodies dia nampak kawan-kawan baya dia duk
kaler-kaler kertas bentuk kereta. Dia pun nak jugak tapi that time kalut cari
kasut Amzar so ketepikan dia punya kemahuan. Budak kalau dah tolak kemahuan dia
apa lagi menangis la dia. Pujuk apa pun tak jadi. So masuk balik dalam HONDA tu
untuk daftarkan dia kaler-kaler.
Im
happy now.
Balloons
man ni pun memang usaha habis nak bagi Amani diam.
So dah lepas drama
air mata tu, mek pun nak daftarkan diri untuk test drive la pulak. Punya la
lame kemain pak cik kat depan ni duk bersoal jawab dengan adik manis kat
kaunter, duk tanya kereta apa yang best nak test drive, kalau drive ke mana
aje, dapat apa. Then baru nak isi borang. Mintak lesen memandu – lesen pulak
lekat dalam wallet. Dah terkial-kial pulak nak photostate. Argghhhh ! tetiba
nak jadi gorgon. So mek batalkan niat untuk test drive. Dengan secara lansung,
mek takkan dapat naik Hot Air Balloons tu. Memang F habis !
Next ajak Amani masuk
dalam aeon sebab nak pergi makan. Allah, dia buat drama air mata lagi tak nak
tinggalkan kaler-kaler tu. Mula-mula mek elok je la. Letak dalam troli masuk
dalam AEON. Bergegar AEON tu dengan suara Amani. Dah tu troli tu pulak jenis
tayar yang alignment dia tak betul, tolak troli, terjatuh pulak si Amani. Orang
pandang je mek that time. Macam aku ibu yang kejam melakukan penderaan terhadap
anak di khalayak ramai. But, deep inside hanya Allah yang tahu. Mek tak berniat
tolak troli tu sampai Amani jatuh. Walaupun mek dalam keadaan emosi that time
tapi takde la sampai hilang akal nak tolak anak jatuh. Amzar? Menangis sama
sebab nak dukung dengan mek. Perghhh padu betul dugaan hari tu. Last, pergi KFC
untuk relax. Ye relax sekejap pastu sambung Amani menangis. Lepas habis mashed
potato baru dia ok. Gelak dan bercakap.
Keluar
je dah malam. Dapat tengok je la Hot Air Balloons tu.
Ada
hikmah mek tak round habis, sebab malam ni sangat berangin dan Hot Balloons tu
tak dapat naik.
Allah tu maha
mengetahui dan maha pengatur. Dia aturkan yang terbaik dan beri pengajaran yang
terbaik untuk mematangkan lagi diri mek. Korang pernah tak rasa macam ni?
Sekian…
Dapat juga invitation untuk test drive civic type-R... tapi, busy la pulak... langsung tak sempat nak join...
ReplyDeletetak pernah pulak join macam ni. hehe
ReplyDeletemenariknya... ala, cian amani tp comel sgt.... tak pa mek bukan sengaja semuanya Allah dah susun...
ReplyDeleteMacam2 ragam ye bebudak tu2.
ReplyDeletenasib baik mak dia tak jadi hijau
Part anak tantrum tu memang kena kuat semangatkan mek.. Menarik event dia..
ReplyDeleteDapat rasakan macam mana Mek rasa bila anak buat perangaii... tu tapi tulah kena naikkkan level kesabaran tu lebih tinggi dari hari-hari biasa sebab kita pergi event tu kan ke nak suka-suka dan biar jadi kenangan manis.
ReplyDelete