Ubat Untuk Merawat Kulat Susu / Ruam Susu / Rashes

Assalamulaikum sahabat blogger !

Entry kali ni mek nak share pengalaman Amzar yang mengalami ruam susu / kulat susu / rashes. Kategori rashes Amzar ni tidak la seteruk yang mek google, contohnya sampai menggaru, berdarah dan bernanah. Rashes Amzar mungkin disebabkan apabila tidur malam, dia menyusu sambil mengiring dan susu mengalir kat pipi dia. Plus dia pulak jenis kulit sensitive.

Mek dah cuba beberapa cream untuk hilangkan rashes antaranya Sudocream macam Amani dulu. Ada jugak try Diapro yang Amani jugak, tapi semua tu tak jalan L Mungkin sebab kulit Amzar kategorinya sensitive so dia tak jalan dengan ubat yang biasa-biasa. Bila mertua mek pergi checkup dekat Klinik Kesihatan, MA tu suggest untuk try VIZOMET. Ini rupanya :


Vizomet, RM8.50 farmasi Rantau Panjang

Alhamdulillah, amat menjadi dengan Amzar. Sekali pakai je dah okei muka dia. Bila spouse mek baca kandungannya, memang agak tinggi dan disebabkan itu jugak disarankan pakai sekali sehari sahaja. Takut membawa kesan sampingan yang lain pulak.


Happy boy, dah cute balik sebab pipi dah okei J

Korang pernah ada pengalaman rashes ni? Boleh share dengan mek di ruangan komen.



Sekian…


12 comments