Filem Review : Tombiruo Penunggu Rimba

Assalamulaikum sahabat blogger !


Official Banner for Tombiruo, credit to Google

Novel Tombirou Penunggu Rimba dikarang oleh Ramli Awang Mushid – Novelis Thriller yang tersohor di Malaysia. Mek memang suka dengan novel dia. Ada satu novel mek lupa tajuk, tapi orang puteh buat movie, kalau korang perasan citer Shutter Island yang si Laeonardo DiCaprio berlakon. Movie tu sies best. Tapi yang mek pasti novel RAM tu keluar dulu baru movie tu keluar sebab bila mek tengok, mek cakap oh sama dengan novel ape entah namanya. Dulu ingat sekarang lupa dah.

Mek diberi kesempatan time pergi Terengganu hari tu (nanti mek akan cerita lebih di entry lain) bila mana spouse mek setuju untuk menonton wayang. Pada awalnya memang takut nak tengok wayang dengan Amani dan Amzar. Last mek tengok wayang time mek pregnant-kan Amani 8 bulan. So semenjak ada Amani memang tak pernah tengok wayang. Bila time nak beli tiket tu, tanya dengan frontliner, dia cakap baby pun ok nak masuk. Bab Amzar memang mek tak berapa risau sebab BF-kan aje dia, nanti dia tidur lerr tu. Tapi Amani ni dia pandai tantrum, so nak umpan bagi dia duk diam, mek dan spouse berpakat untuk beli popcorn (tapi kalau tak umpan dia pun still beli popcorn jugak J).

Alhamdulillah, mek berjaya menonton wayang Tombiruo dengan jayanya tanpa gangguan dengan anak-anak pasal deme memberi kerjasama yang baik – dua-dua tidur je dalam wayang. Berikut adalah sedikit recap pasal cerita Tumbiruo untuk pengetahuan korang J

Tombiruo ni dilahirkan dengan kecacatan muka (tidak berwajah) dan dia adalah hasil daripada perkosaan. Disebabkan dia tidak berwajah maka bidan yang menyambut Tombiruo menghanyutkan dia ke sungai dengan kepercayaan mengembalikan Tombiruo kepada hutan. Tombiruo dijumpai oleh seorang lelaki (lupa dah nama watak dia) yang menjaga Tombiruo dan memberi namanya sebagai Ejim. So Ejim ni dibesarkan di dalam hutan. Pengarah Urusan Syarikat Anak Bumi (lupa jugak nama wataknya) yang dimainkan oleh Datuk M Nasir ni menjalankan Perniagaan Balak / Logging. Walaubagaimanapun, dia tetap komited dalam mengawal aktiviti pembalakan. Projek empangan yang bakal memusnahkan tempat tinggal suku kaum Sabah itu mendapat tentangan yang hebat daripada Datuk M Nasir. Bermula daripada situ la conflict tercipta. Masuk la pulak watak si Nabila Huda sebagai wartawan daripada Sinar TV untuk membongkar conflict yang melanda. Pung pang pung pang perang bagai, ada yang mati ada yang masih hidup – korang pun keluarlah panggung dengan tepuk tangan J

Cerita ni boleh sangka la dia punya ending cuma dalang penjahat utama tu macam susah nak teka. Nampak orang lain, tapi orang lain pulak yang buat. Memang sesuai untuk ditonton. Tak heavy, just nice. Korang pun pahamkan cite novel buat jadi filem mestilah best. Rating mek bagi 4.


Mek dengan banner Tombiruo, Penunggu Rimba

Korang dah tengok ke belum cite ni? Kalau ada masa boleh la tengok ye. Support karya tempatan J



Sekian…


28 comments

  1. wah,,bestnya g tgk wyang..nk anak2 dh bsr mau die g main satu panggung nnti..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. nasib baik dia ok je. kalau tak rugi je beli tiket.

      Delete
  2. Lama tak singgah sini.. Hye mek..
    Sha pun dah tengok movie nie.. Best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. best jugak untuk filem melayu. walaupun muka zul arifin tak nampak. haha

      Delete
  3. Bestnya mek blh bw msk amzar ok. Akk br ckp kt hband nk tgk film ni tp xbg.. Bby jannah aktif terlebih mmg xleh duk diam la dia... Nangis lak kuat... Xde rezeki la nk tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hukhuk. tkpe kak sheila. nnt tgk bile dia besar sikit. umpan dengan popcorn. huhu

      Delete
  4. teringin jgk tgk movie ni tapi takot askar askar ku mengganggu kosentrasi awam..hadoi..kalau cerita kartun je berani masuk wayang..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. tkpe. nnt ad pluang bleh tu gee. memang nk tgk movie kena kosentrasi yang baik. klu dp rugi sajo beli tiket.

      Delete
  5. ala tak berkesempatan lagi tengok abe busy kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkpe. tgk nnt tubik dlm tv je la. mek pun duk tunggu tubik tv jah loni. tk tubik kelantan tkleh layan wayang. hihi

      Delete
  6. adik busyra dah tngok cita ni.. katanya best.. tak sangka farid kamil tu 2 beradik ngn tombiruo.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. mek pun tk sangka. best jugak la. bnyk benda yang unexpected.

      Delete
  7. Replies
    1. insyaAllah. katanya agak setaraf dengan movie antarabangsa.

      Delete
  8. dofollow blog ni... wow.. daun berguguran, macam musim luruh jer

    macam best kan,.. tapi tunggu kluar kat astro best je le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. thanks follow mek. aa, kalau tk berkesempatan boleh je tunggu astro. mek pun banyak tunggu astro keluarkan sbb mek sendiri pun tk smpat nk pegi panggung wyg. hihi

      Delete
  9. Teman nie jarang sangat-sangat menonton filem tempatan kat panggung... last hari tu masuk ke Golden Cinema masa tayangan filem Star Wars...🤗😋🤗😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo. mek star wars tu tk brape nk tgk. mungkin sbb tk ikuti dari awal so memang tk minat.

      Delete
  10. baca novel dia dah best, movie apa lagi. tentu best juga! thanks for the review.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan ! tk sabor nk tunggu dia punya kesinambungan.

      Delete
  11. Amboi Mek dah tengok Tombiruo..
    Jeles nih, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. LZ tkpe dekat dengan wayang. boleh je nk g tgk. mek ni kalau keluar negeri baru dapat layan wayang. kalau tk, tunggu astro aje lah.

      Delete
  12. alaaa sy baru nak tgk crita ni arituh tp dah abis.. mcm best je tgk akak review citer nih !

    ReplyDelete
    Replies
    1. best yan. nnt kena tgk. antara malay movie yg terbaik akak pernah tonton.

      Delete