Ammar Amzar : Alergik Pada Buah Pear

Assalamulaikum sahabat blogger !

Bila Amzar dah masuk 6 bulan, mek memang excited habis nak buat baby food dekat dia. Baby food untuk 6months ni lebih dikenali sebagai puree / puri. Dulu masa Amani, idok ler se-excited ini dan mek memang serahkan pada mertua je menu untuk Amani. Sejak terjebak dengan pinterest (almost 7 months), segala info pasal penyusuan dan pemakanan baby ada kat situ. Jangan tak tahu, pinterest ni jugak ler salah satu medium yang sokong para blogger untuk teruskan berkarya.

Pada peringkat awal memang mek start dengan brown rice. Lepas tu carrot. Lepas tu segala buah yang ada dekat supermarket tu J Mula-mula bagi apple ok je. Lepas tu try pear. Tetiba Amzar jadi macam ni :


Bengkak bawah mata, merah semua badan dan menggaru

Memang terfikir la seharian nape la budak ni jadi macam ni. Tanya mertua dia cakap lepas bagi makan puri pagi tadi terus jadi macam ni. Mek bawak jumpa doctor yang agak pakar dalam kanak-kanak and dia memang sahkan Amzar allergic. Plus kulit Amzar ni kering so lagi la menambahkan kegatalan dan kemerahan pada kulit dia. So she decided untuk bagi ubat ini :


Ezerra, untuk hilangkan kegatalan allergic serta melembabkan kulit

Alhamdulillah, Amzar suit dengan ubat ni. Lepas letak dia terus tak garu-garu lagi dah and kulit dia pun makin smooth. Harga ubat ni RM49.00. Agak pricey but worth to buy sebab tempoh keberkesanan tu agak cepat.


Mummy dan kakak yang lepas balik klinik. Adik nak tido lepas seharian menggaru

Korang ade pengalaman anak allergic dengan makanan tak? Nanti share dengan mek kat komen ye.


Sekian…


Pantai Senak, Kelantan Seakan Pulau Nami, Korea !

Assalamulaikum sahabat blogger !

Pantai yang mek sebut dekat tajuk atas tu, dah lama wujud. Tapi disebabkan masa tu poko rhu tak besar dan masih kanak-kanak, jadi pantai tidok ler se-femes pantai yang ada dekat Kelantan ni contohnya Pantai Cahaya Bulan, Pantai Geting, Pantai Irama, Pantai Tujuh.

Bila dah besau pokok-pokok rhu tu, plus dengan netizen sekarang duk layan K-Drama yang tentunya menyajikan keindahan Korea dengan pulau-pulaunya – maka tercetus ler nama Pantai Senok a.k.a Pantai Nami. Memang kalau sampai sini, almost semua kedai makan memang letak nama Nami tu. Powernya pengaruh K-Drama kat netizen ni. Tapi satu je mek hairan, kebersihan deme Korean takde pulak netizen nak ikut. Ok bye..

Mek selaku orang Kelantan tak nak lepaskan peluang yang ada untuk merakamkan diri di Pantai Senok ni. Walaupun dah agak lama pantai ni viral, tapi ok lah kan, at least ada gambar kat sini J


Mek dan Amani Amzar


Spose dan Amani Amzar


Potret Keluarga di Pantai Senak


Potret Keluarga di Pantai Nami


Pantai Senok yang berpasir putih, bersih

Info tambahan, dekat Pantai Senok ni tak de makanan yang celup tepung tu, yang ada Maggy Telur Sotong. Kira tu tarikan baru la. Selain tu masakan panas lain ada jugak. Mek agak frust jugak la sebab takde celup tepung sebab bila kena angin pantai tetiba mulut nak makan celup tepung J

Tempat korang pulak ape yang viral sekarang ni, maksud mek tempat tarikan yang baru untuk pergi. Nanti share dekat komen ye.


Sekian…


Monday Special at Secret Recipe Sepanjang Oktober 2017

Assalamulaikum sahabat blogger !



Sumber FB Secret Recipe Malaysia

Mek memang suka dengan makanan yang ada sales ni. Sebab bagi mek, time macam ni la kita nak try. Kalau saja-saja mungkin pricey sikit. Tambahan pula memang mek ada satu group lunch dekat office untuk keluar bersama kalau ada sales macam ni. Bila kawan mek sent pic ni kat whatsapp, terus semua setuju untuk grab October Monday Specials !

Untuk pengetahuan korang, sepanjang Oktober untuk setiap hari Isnin, Secret Recipe akan buat offer untuk selected menu dari jam 12 tengahari hingga 3 petang kalau tak silap mek. Memang waktu lunch hour. Seminggu sekali ok la kot nak makan tempat macam ni. Selebihnya kena makan dekat atas pasar je la J

That Monday yang offer adalah menu ini :


Lasagne Chicken

Tempting takk? Cheese dia memang meleleh giler. Roti dia sumpah lembut ! Allahu, rasa macam sayang sangat nak habiskan. This superdeals korang boleh grab dengan harga RM12.90 tanpa air. Kalau nak air tambah lagi duit jadi RM17.90. Air boleh pilih soft drinks atau tea yang ada apple tu.


Geng Kutu Makan BSN Kelantan

So korang dekat office ada lunchmate tak? Korang pernah try this lasagna? Nanti komen dekat bawah ye J



Sekian…


Ubat Untuk Merawat Kulat Susu / Ruam Susu / Rashes

Assalamulaikum sahabat blogger !

Entry kali ni mek nak share pengalaman Amzar yang mengalami ruam susu / kulat susu / rashes. Kategori rashes Amzar ni tidak la seteruk yang mek google, contohnya sampai menggaru, berdarah dan bernanah. Rashes Amzar mungkin disebabkan apabila tidur malam, dia menyusu sambil mengiring dan susu mengalir kat pipi dia. Plus dia pulak jenis kulit sensitive.

Mek dah cuba beberapa cream untuk hilangkan rashes antaranya Sudocream macam Amani dulu. Ada jugak try Diapro yang Amani jugak, tapi semua tu tak jalan L Mungkin sebab kulit Amzar kategorinya sensitive so dia tak jalan dengan ubat yang biasa-biasa. Bila mertua mek pergi checkup dekat Klinik Kesihatan, MA tu suggest untuk try VIZOMET. Ini rupanya :


Vizomet, RM8.50 farmasi Rantau Panjang

Alhamdulillah, amat menjadi dengan Amzar. Sekali pakai je dah okei muka dia. Bila spouse mek baca kandungannya, memang agak tinggi dan disebabkan itu jugak disarankan pakai sekali sehari sahaja. Takut membawa kesan sampingan yang lain pulak.


Happy boy, dah cute balik sebab pipi dah okei J

Korang pernah ada pengalaman rashes ni? Boleh share dengan mek di ruangan komen.



Sekian…


Aiskrim Viral ala B.Robin Depan Pasar Siti Khadijah, Kelantan

Assalamulaikum sahabat blogger !

Dekat dengan office mek baru-baru ni (maksudnya dalam 3 minggu ini) kecoh dalam ig kawan mek cakap ada aiskrim viral dekat-dekat sini. Untuk yang tak tahu, office mek berhadapan dengan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. Bila orang tanya mek pasal aiskrim viral ni, mek jawab tak tahu sebab mek tak pernah nampak ada orang jual aiskrim kat area ni.

Tapi nak dijadikan story, masa lunch dengan kawan mek, kita orang lalu ler depan kedai aiskrim tu. And kawan mek pun bagitahu yang sini la tempat aiskrim viral tu. Dekat benau je dik J Mek is hantu aiskrim. Dalam pantang iklan aiskrim milo pun mek sanggup langgar pantang. Kalau pergi kenduri sekalipun kalau ada van aiskrim tu, itu tempat pertama mek tuju, bukan nasi ye J

So jom tengok cam mana rupa aiskrim viral tu :


RM 5.90. Sekali pandang macam BR J

Taste dia memang sedap. Aiskrim yang dia guna memang berkualiti tinggi. Topping pun berkualiti jugak macam kitkat and ape benda lagi tapi mek sure benda tu bukan yang cekai. Wafer yang dia buat boleh pilih perisa apa either chocolate, red velvet or original. Memang superb ! Dan makan aiskrim ni memang kenyang weih. Mungkin sebab ada wafer J


Muka-muka yang tahu tentang berita viral kecuali yang depan tu, noob skit J


Tempat korang sekarang ada makanan yang viral tak? Kalau ada boleh share dekat komen.


Sekian…


Filem Review : Tombiruo Penunggu Rimba

Assalamulaikum sahabat blogger !


Official Banner for Tombiruo, credit to Google

Novel Tombirou Penunggu Rimba dikarang oleh Ramli Awang Mushid – Novelis Thriller yang tersohor di Malaysia. Mek memang suka dengan novel dia. Ada satu novel mek lupa tajuk, tapi orang puteh buat movie, kalau korang perasan citer Shutter Island yang si Laeonardo DiCaprio berlakon. Movie tu sies best. Tapi yang mek pasti novel RAM tu keluar dulu baru movie tu keluar sebab bila mek tengok, mek cakap oh sama dengan novel ape entah namanya. Dulu ingat sekarang lupa dah.

Mek diberi kesempatan time pergi Terengganu hari tu (nanti mek akan cerita lebih di entry lain) bila mana spouse mek setuju untuk menonton wayang. Pada awalnya memang takut nak tengok wayang dengan Amani dan Amzar. Last mek tengok wayang time mek pregnant-kan Amani 8 bulan. So semenjak ada Amani memang tak pernah tengok wayang. Bila time nak beli tiket tu, tanya dengan frontliner, dia cakap baby pun ok nak masuk. Bab Amzar memang mek tak berapa risau sebab BF-kan aje dia, nanti dia tidur lerr tu. Tapi Amani ni dia pandai tantrum, so nak umpan bagi dia duk diam, mek dan spouse berpakat untuk beli popcorn (tapi kalau tak umpan dia pun still beli popcorn jugak J).

Alhamdulillah, mek berjaya menonton wayang Tombiruo dengan jayanya tanpa gangguan dengan anak-anak pasal deme memberi kerjasama yang baik – dua-dua tidur je dalam wayang. Berikut adalah sedikit recap pasal cerita Tumbiruo untuk pengetahuan korang J

Tombiruo ni dilahirkan dengan kecacatan muka (tidak berwajah) dan dia adalah hasil daripada perkosaan. Disebabkan dia tidak berwajah maka bidan yang menyambut Tombiruo menghanyutkan dia ke sungai dengan kepercayaan mengembalikan Tombiruo kepada hutan. Tombiruo dijumpai oleh seorang lelaki (lupa dah nama watak dia) yang menjaga Tombiruo dan memberi namanya sebagai Ejim. So Ejim ni dibesarkan di dalam hutan. Pengarah Urusan Syarikat Anak Bumi (lupa jugak nama wataknya) yang dimainkan oleh Datuk M Nasir ni menjalankan Perniagaan Balak / Logging. Walaubagaimanapun, dia tetap komited dalam mengawal aktiviti pembalakan. Projek empangan yang bakal memusnahkan tempat tinggal suku kaum Sabah itu mendapat tentangan yang hebat daripada Datuk M Nasir. Bermula daripada situ la conflict tercipta. Masuk la pulak watak si Nabila Huda sebagai wartawan daripada Sinar TV untuk membongkar conflict yang melanda. Pung pang pung pang perang bagai, ada yang mati ada yang masih hidup – korang pun keluarlah panggung dengan tepuk tangan J

Cerita ni boleh sangka la dia punya ending cuma dalang penjahat utama tu macam susah nak teka. Nampak orang lain, tapi orang lain pulak yang buat. Memang sesuai untuk ditonton. Tak heavy, just nice. Korang pun pahamkan cite novel buat jadi filem mestilah best. Rating mek bagi 4.


Mek dengan banner Tombiruo, Penunggu Rimba

Korang dah tengok ke belum cite ni? Kalau ada masa boleh la tengok ye. Support karya tempatan J



Sekian…


GA Besar-besaran by Intan Saffyna

Assalamulaikum sahabat blogger !

Mek suka kalau orang tag mek untuk join GA. Sebab macam dia ingat betul kat mek untuk GA dia. Tapi kalau mek sendiri yang buat GA pun mek kelaut jugak nak mengajak orang. Tunggu je la orang join GA kita ye. Dan kali ni mek diseru oleh https://intansaffyna.blogspot.my iaitu Kak Intan. Mek kenal dia pun thru blogger jugak tapi tak selalu BW (so sorry bout that).



GA by Intan Saffyna sempena birthday yang ke 30

Kali ni dia buat GA combine dengan bloggers lain jugak. So untuk melayakkan diri korang kena la follow semua yang sponsor untuk GA ni. Follow blog mereka, follow IG mereka, follow social media diaorang cam FB dan twitter (kalau ada page, haa follow page sekali). Google plus jangan dilupa pasal kat situ banyak jugak blogger duk share entry baru dia orang. So kalau follow google plus, boleh BW bila mereka update J




Ni SS yang mek snap untuk rujukan korang dan mek jugak

Untuk info lanjut boleh tekan dekat link yang mek bagi tadi. Nanti baca terms and condition sekali J

Secara terbuka mek nak wish-kan happy birthday yang ke tigaploh kat Kak Intan semoga diberi rezeki dunia dan akhirat. Tak kira apa jua bentuk rezeki, asalkan yang baik-baik sahaja. Semoga juga Kak Intan diberi kelapangan hati dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Walaupun tak kenal secara reality, tapi sebagai blogger mek rasa kita macam sahabat yang rapat sebab kita baca apa yang dikongsikan di blog masing-masing. Secara tidak lansung kita mengenali personality dan keluarga rakan blogger. Blog Kak Intan dah cukup baik dengan entry yang dapat dimanfaatkan kepada pembaca. Mek harap kita sebagai blogger dapat teruskan penulisan kita ini untuk rujukan, pengetahuan para pembaca J

Dengan ini mek nak tag rakan blogger mek : Cik Renex dan juga Sang Aura J Korang yang lain pun jemput jugak untuk join ye.



Sekian…


Drypers Superheroes Roadtour, Pantai Timur Shopping Centre Kota Bharu

Assalamulaikum sahabat blogger !


Drypers Superheroes is coming to your hometown !

Bila skrol FB jumpa gambar ni memang mek akan excited sebab mek memang suka event-event macam ni. Mungkin sebab mek pembeli drypers kot so mek akan excited bile dia datang roadtour state cam tu. Dalam fikiran mesti ada goodies, ada sales and games yang mek mungkin akan grab J Tahu aje lah bila dah jadi mummy ni memang sales barang keperluan anak-anak tu tidak seharusnya dilepaskan J

Sejujurnya mek tak tahu pun lokasi yang dia pilih sebab memang mek tak click link yang dia bagi kat FB tu. Padahal kat link tu dia dah bagitahu bila dan di mana lokasi dia akan terjah. Mek pulak beranggapan kononnya dia akan buat weekend dan biasanya akan pilih tesco sebab tu je tempat macam mall yang besar kat Kelantan ni. So noob L Tapi Alhamdulillah, Allah maha kaya dan maha pemberi rezeki. Bila mek balik kerja, mek singgah Pantai Timur Shopping Center Kota Bharu (tepi office mek je) untuk beli buah untuk buat puri kat Amzar. Tetiba jumpa mascot SuperFit ! Rasa eyh kau datang sini? Oh sini rupanya tempat kau nak datang ye J

That day drypers pants dijual dengan harga RM30.90 per pack. Agak murah sebab biasa harganya around RM32.90 untuk pants. So jimat RM 2 tu kira banyak jugak la. So mek grab dua terus, satu untuk Amani dan satu lagi untuk Amzar. Dengan pembelian RM60 ke atas, Pelanggan drypers akan layak untuk satu cabutan hadiah – dengan cara membaling bantal dadu J
Like this :


Aww, tersipu malu. Perlu baling bantal dadu sebanyak 3x

Dan mek menang ini J


Beg untuk letak drypers, senang tak yah angkut beg besau besau dah nanti bile keluar rumah J

Aside daripada games, mek nak tanya korang, korang kalau beli drypers, key in tak code rahsia tu kat https://www.drypers.com.my ? Korang aware tak yang code tu bila dikumpul akan membolehkan kita tukar dengan pelbagai hadiah yang ditawarkan? Mek dengan spouse memang concern benda ni. Memang everytime beli drypers memang kita orang akan cari code tu untuk didaftarkan ke website drypers. Banyak jugak ler yang mek dah tebus dengan points tu antaranya drypers untuk travel, selimut baby dan mainan Amani. At least bila kita membeli, dapat kumpul points – its something yang kita gain balik. Idor lerr membuang dengan begitu sahaja J


Ni pulak mek tebus on the spot dengan 2000 points je, normal 5000 points

Overall memang mek seronok dan puas hati menjadi pelanggan drypers. Drypers pants dia memang memudahkan kerja mek. Dengan inovasi salontip kat belakang tu memang mek rasa antara yang bijak jugak menciptanya. Idor lerr isi pampers tu terburai je J

Korang layan tak event cam ni? Yang dah ada anak, korang pakai lampin ape? Nanti share dekat komen ye.


Sekian…


Sunday Blues : Amani dan Amzar ber-wefie !

Assalamulaikum sahabat blogger !

Selamat berhujung minggu uols yang Negeri luar, yang Kelantan, Johor dan Terengganu selamat bermula minggu a.k.a selamat berkerja L Sempena dengan permulaan minggu ni tak nak karang panjang-panjang la, nak tunjuk gambar anak mek je – Aimy Amani dan Ammar Amzar J


Kakak, Jom wefie !

Rindukan anak bila tinggal pergi kerja, tapi takkan la nak berhenti kerja semata-mata rindu. Maka terpaksa la menahan rindu. Kirim kalimah cinta dalam doa sahaja supaya sempat jumpa dua budak ni setiap hari. Sekarang ni macam-macam berlaku. Tak kemalangan kat tempat kerja, kemalangan kat jalanraya. Bedebor hati bila drive kereta.

Korang macam mek jugak ke bila tinggalkan anak pergi kerja? Korang seriau tak drive kereta sekarang? Nanti share dekat komen ye.



Sekian…


Nasi Goreng Sri Lemal di Restoren Sri Lemal, Pasir Mas Kelantan

Assalamulaikum sahabat blogger !

Sorry, entry kali ni mungkin buat korang terliur atau mungkin tak terliur langsung J Mek sekadar nak kongsi tempat yang korang should try if datang ke Pasir Mas, Kelantan. Penafian : Mek tak dapat royalty pun untuk review ni J

Biasanya kalau dinner weekend mek akan makan dekat luar. Breakfast dengan lunch je biasanya mek akan masak. Tu pun sebab ada noxxa yang mempercepatkan urusan di dapur. Jadi, asyik tempat sama je makan, spouse mek pun ajak ler makan kat pekan Pasir Mas malam tu. Dia tahu restoren ni sebab that day masuk paper review pasal kedai ni. So, moh kite tgk menu yang mek order :


Nasi Goreng Sri Lemal. Comes with Udang Galah (kot) di goring garing bersama pes turun temurun, daging ala black paper dan nasi goreng secukup rasa

This is Walla ! Memang sedap dan kenyang. Memang meet expectation udang dan nasi goreng dia tu. Okei tak nak cite panjang, price dia pun takde la mahal melambung : RM 34+ untuk dua orang makan bersama air. Mungkin this nasi dalam range RM12 sepinggan. Korang jangan risau, masakan panas yang lain pun ada jugak if tak nak makan udang (untuk yang allergic seafood) J


Aimy Amani yang juga turut try this nasi goreng J

Korang kalau datang Pasir Mas jangan lupa singgah sini ye. Kedainya berlokasi dihadapan Pejabat Pendaftaran Daerah Pasir Mas. Nanti korang google je Restoren Sri Lemal, keluar ler maps menuju ke hati udang galah tersebut J

Nanti tolong suggest tempat makan di daerah korang pulak, mane tahu mek sampai sane boleh singgah J Share dekat komen ye.


Sekian…


Ammar Amzar Belajar Untuk Duduk

Assalamulaikum sahabat blogger !

Entry untuk kenangan dan pembacaan di hari tua serta berkongsi pengalaman perasaan dengan para readers J

Dear Ammar Amzar,

29 Sept. 2017 on Friday, Papa dan kakak takde kat rumah sebab pergi sembahyang Jumaat. Adik duduk dengan mummy kat rumah. After zuhr prayer, macam biasa la mummy akan touch muka mummy plus hari tu kita nak keluar pergi Kota Bharu so mummy siap awal-awal. Tengah syok mummy duk tenyeh bedak kat muka, tetiba adik duduk !



Ammar Amzar, 6months plus

Alhamdulillah, anak mummy dah boleh duduk. Adik nak tunggu mummy cuti ye nak tunjuk adik boleh duduk? Nak mummy jadi orang pertama yang tengok adik duduk ye? Terima kasih Allah sebab bagi peluang macam ni untuk mummy rasa. Biarlah muka kena make up lagi sekali sebab dah basah dengan air mata, mummy rela..

Kalau korang yang duduk duapuluhempatjam dengan anak pun excited tengok anak terbaring terduduk tergolek, apatah lagi mek yang hanya berapa jam je sehari dapat duduk dengan anak. Kasi can ok? J


Apa perasaan korang time anak dapat buat sesuatu depan korang? Korang menangis ke tak? Nanti cite kat komen eyh J


Sekian…


Pixajoy : Print Gambar Kenangan Dengan Lebih Mudah

Assalamulaikum sahabat blogger !



Credit to Google

Mengaku ajelah semenjak ada smartphone ni, gambar yang diambil memang kurang yang amat cuci. Kalau tak caye, tanya diri sendiri, bila last cuci gambar kenangan? Sekali phone rosak, habis gambar tak dapat diselamatkan. Kalau bernasib baik sempat save kat laptop / pc, boleh lerr tunjuk kat anak-anak. If tak, memang kenangan dalam kepala aje la J

Disebabkan zaman dah berubah, maka cara untuk simpan gambar kenangan pun turut berubah. Dan mek jumpa https://www.pixajoy.com.my masa mek umur 20an kot. Masa zaman remaja yang memberontak around 2010 cam tu lah. Tapi that time sekadar tahu aje la ‘oo sekarang gambar dah boleh print hantar ikut internet’. Disebabkan takde gambar yang nak dicuci, so tak guna. Semenjak dah ada anak ni, korang sendiri pun dapat merasakan perangai mak-mak ni memang segala benda nak ambik jadi kenangan. Nak tunjuk kat anak nanti ni la dia time kecik-kecik dulu J

Memang sekarang dah tak bermasalah. Pegi aje pixajoy punya website untuk buatkan album photobook dengan harga yang berbaloi. Kalau nak lagi murah (murah sikit) pergi lazada atau groupon untuk beli voucher. Nanti redeem aje bile nak checkout pixajoy. Namun, perlu diingatkan, time beli voucher tub ace dulu details apa tawaran yang dia bagi. Maksud mek berapa page, kertas apa, jenis apa photobook tu. Jangan sampai bayangan lain, delivery kat rumah lain. Complain pulak cakap pixajoy tipu padahal kita yang tak bace details product J

So, meh mek tunjukkan photobook yang mek dah purchase :


 

Photobook with 18 pages, themes tak ingat, yang penting banyak gambar boleh sumbat J

Korang pernah deals dengan pixajoy? Ada tak korang print gambar buat photobook guna servis online? Share dengan mek kat komen ye J


Sekian…


Nasi Lemak by MamaJue dan Sambal Sotong by Nanie Mylife by Noxxa

Assalamulaikum sahabat blogger !

Alhamdulillah, dapat jugak merasa cuti Keputeraan Agong – Sultan Muhammad ke V. Walaupun birthday Tuanku this November J Itu pun mek duk tunggu jugak. Yelah, sape tak suka cuti kan? Workaholic la kot yang tak suka kalau cuti panjang *hihih*

Sempena dengan cuti Keputeraan Yang Dipertuan Agong, idea spontan untuk buat nasi lemak ni tercetus bila mek tengok Malaysia Hari Ini. Dia orang buat review kedai nasi lemak dekat area mane entah mek lupa. Yang pasti mek congak dalam kepala semua bahan nak buat dah ada J So ape lagi, google lerr resepi J

On top, tak pernah mengecewakan resipi yang ditulis adalah daripada blogger MamaJue. Ini antara resepinya :





Bila mek nak buat, spouse cakap buat dalam periuk biasa je. So mek google pulak resepi sambal sotong. Resepi ni daripada blogger yang mek tak kenal. Address blogger tersebut ada dalam gambar resepi di bawah ni :




Dan resepi yang dia tulis pun tak mengecewakan jugak. Menjadi elok je bila mek buat. Dan hasil daripada mek adalah seperti ini :



Bila makan, terasalah ini nasi lemak berlauk sambal sotong J Spouse menambah tu kira lulus lah *hahaha*.

Korang suka makan nasi lemak dengan sambal ape? Paru? Bilis? Kalau mek memang suka sambal sotong J Jangan lupa share dekat komen ye.



Sekian…



IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J


Antara Kelebihan Jarak Umur Anak Dekat (Kurang 2 Tahun)

Assalamulaikum sahabat blogger !

Dulu time pregnantkan Amzar, rase kesiannya dekat Amani. Rasenya mek tulis panjang entry pasal ni kan? Untuk yakinkan korang yang beranak rapat macam mek ni, meh tengok gambor ni :



Bila tengok dua beradik ni main elok je, rase bersyukur sangat dapat Amzar seawal ini. Amani dapat kawan, so dia takde la bosan sangat main sorang-sorang. Untuk Amzar, cepat je dia join kakak untuk main ABC and membaca. Walaupun Amzar tak faham ape pun lagi sebenarnya. Tapi mek percaya, dia akan cepat tangkap apa yang kakak dia buat. Otak budakkan span. Dia serap apa yang dia tengok dan dengar.

Those yang beranak dekat, jangan gelisah J Everything will be fine J

Yang dah ada anak macam mek ni, lagi lagi yang beranak dekat, boleh ler share pengalaman korang pulak J Mane tahu boleh tingkatkan lagi semangat ibu ibu kat luar sane J


Sekian…



IKLAN


Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J