FEEDMILK Nursing Wear : Baju Nursing Muslimah

Assalamulaikum sahabat blogger !

Untuk yang tak tahu, mek memang breastfeed untuk anak mek yang second ni, Ammar Amzar. Dulu breastfeed jugak tapi takat dua bulan je. Lepas je masuk office daripada cuti pantang, terus tak pam dan tak direct nurse. Maka ianya berakhir selepas umur Amani 6 bulan plus that time mek dah pregnantkan Amzar.

Untuk sekarang ni, memang dari awal pregnant niat nak breastfeed baby sampai umur dua tahun *insyaAllah* kalau diizinkan. Dan semoga mek tabah lerr nak hadapi semuanya. Antara yang mek kena hadapi adalah bangun malam untuk pump susu, pump di office mengikut masa yang telah disetkan, pump susu perlu memenuhi demand seharian Amzar (600ml sehari) dan juga direct feed in public.

Biasanya bila weekend or public holiday, mek akan direct feed Amzar. Dan siapa je weekend tak keluar, ye dak? Mesti keluar jugak pergi mall untuk beli groceries dan pergi makan pagi atau petang kat restoren yang tentunya penuh dengan insan-insan ajnabi. Tell me, macam mana nak nurse baby in public? Which could help to make nurse session in public could be more easier?
Jawapannya !

 Ye, SELAMBERSELAK by FEEDMILK

Korang pernah dengar tak pasal baju ni yang amat menyenangkan para ibu menyusu di luar sana. Sepanjang tempoh enam bulan menyusukan Amzar, menyusu di luar rumah adalah antara perkara yang agak mencabar. Lagi-lagi bila waktu dia nak tidur. Kemain lagi dia tarik lepas, tarik lepas sebab tak begitu selesa. Tambah pulak kita nak bukak button baju satu hal pulak, nak kena labuhkan tudung tu pun satu jugak. Ambil masa dan memang anak akan meraung buat drama air mata dulu baru dapat tidur dengan lena. Tu pun, bila anak dah lena, mulut anak dah lepaskan puting, so mak duk syok makan, tak sedar puting tu tergantung sepi kat baju.
  
Comes with no button and no zip !

Menjimatkan masa para ibu untuk nurse anak J

Mek percaya setiap ibu yang nursing mesti nak jugak pakai baju yang cantik-cantik, ikut trend semasa and pastinya untuk kelihatan vogue bila keluar dengan keluarga. Takkan la semata-mata nak menyusukan anak, kita dah tak boleh pakai blouse sebab susah nak selak. Kena pakai kemeja je. Sesekali nak jugak tukar gaya, ye dak? So, FEEDMILK telah create design untuk ibu yang menyusu dengan blouse / baju kurung / jubah / peplum so that kita pun dapat bergaya dan melaram macam anak dara disamping menyusukan anak J Hebatkan?

Mek pun sedar yang kita ibu menyusu atau ibu yang ada anak bawah umur dua tahun ni agak kekangan masa sebab kebanyakkan masa kita habiskan untuk prepare keperluan anak. Macam mek, even bangun sebelum subuh pun, still tak sempat nak iron baju nak pergi kerja. Tambah lagi sekarang Amzar dah pandai bangun pagi, bila dia sedar mek takde kat tepi mula la dia nangis cari mek. Papa dia dukung pun boleh tahan untuk mandi je. Bila dah siap, kena dukung dia. FEEDMILK bukan sahaja keluarkan design baju yang trendy malahan ironless punya material dia guna untuk baju yang super awesome. Ye, bukan setakat ibu menyusu je yang cari baju ironless, ramai lagi wanita di luar sana yang cari baju ironless. So ladies, FEEDMILK can fulfill the needs !

Selain itu, FEEDMILK pun ada collaboration dengan event atau briefing mengenai penyusuan ibu secara eksklusif bagi menggalakkan para ibu diluar sana untuk continue breastfeed baby sampai umur dua tahun. Umumnya memang semua tahu, susu ibu adalah susu yang terbaik untuk baby. Tapi ramai yang terkandas untuk teruskan penyusuan kerana kekurangan motivasi dan berasa susah untuk teruskan penyusuan contohnya menghadapi rasa lesu sebab bangun malam, susu ibu yang kurang terhasil, serta kata-kata orang sekeliling yang menggalakkan susu formula diberikan pada bayi. No worries mommies, kita semua boleh join briefing yang dianjurkan. Jom tengok ads kat bawah :

Even seminar ni dah lepas, korang boleh je follow FB FEEDMILK di https://www.facebook.com/feedmilk/ Kat sini korang boleh tahu info seminar yang on going.

Last but not least, jom kita layan testimony ikhlas daripada customer FEEDMILK :

Untuk pembelian, korang boleh terus ke website FEEDMILK https://www.feedmilk.com/ . Kat sana korang boleh pilih pelbagai baju yang sedia terhidang depan mata Bila dah beli and pakai, jangan lupa untuk #ootd dan #selamberselak #feedmilk . Moh bergaya dengan FEEDMILK sambil menyusu anak J

Once again :

FB : feedmilk
Website : www.feedmilk.com

Waze : feedmilk

Sekian…

Sup Gear Box by MamaJue by Noxxa

Assalamulaikum sahabat blogger !

Syukur Alhamdulillah, bila aidiladha tak pernah tak dapat daging sumbangan saudara mara dan jiran tetangga. Walaupun tak banyak, tapi boleh lerr merasa daging korban. Semoga ibadah mereka diterima Aminnnn.

Disebabkan mak saudara spouse mek pun korbankan lembunya tahun ni, rezeki spouse dapat tulang gearbox. Memang pucuk dicita ulam mendatang. Semenjak ada noxxa ni, macam-macam resepi nak try. Antaranya adalah sup tulang noxxa J Bila mek search resepi, sekali lagi on top adalah daripada blogger MamaJue. Jue, mek cedok lagi sekali ye.

Ni antara resepi yang dikongsikan oleh Jue :

 Bila dah masak, ini lah yang terhasil versi mek J

Budak ni tak nak tidur so dia teman mek kat dapur J Kakak Amani pulak teman papa siang ikan keli kat belakang rumah J Sorang satu dapat peneman.

Alhamdulillah spouse mek cakap lulus untuk sup tulang gearbox ni.. Cayalah resepi jue ni. Semuanya kena dengan tekak spouse mek.

Sekali lagi, inilah pengalaman pertama mek buat sup tulang *hahahah*. Korang pernah try buat sup tulang? First attempt menjadi tak? Share dekat komen ye.

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Bubur Kacang Hijau by MamaJue by Noxxa

Assalamulaikum sahabat blogger !

Kali ni mek nak tulis pengalaman mek buat Bubur Kacang Hijau menggunakan Noxxa. Apalah ertinya kalau beli noxxa tapi tidak menggunakannya J This bubur is requested by spouse. Katanya bubur kacang lebih cepat masak jika menggunakan noxxa. Ye betul J Moh lerr kita tengok resepinya.

Ni resepi mek google. Sekali keluar on top adalah daripada blogger Mamajue. Korang mesti kenal jugakkan. Kalau ikutkan gambar tu, tahun 2014 lagi entry pasal bubur kacang ni. Mohon copy paste ye Jue.

Inilah hasilnya :

 Bila dah siap, mek hidangkan pada spouse. Dia cakap lulus so boleh la mek buat lagi lain kali. Ada lebih mek kongsikan dengan jiran (semangkuk je pon).

Memang rasa berbaloi beli noxxa ni. Memudahkan cara dan yang penting resepi daripada rakan blogger tak pernah mengecewakan J

Korang ada pengalaman masak bubur? Untuk yang tak tahu, inilah first time mek buat bubur kacang J Kalau ada cadangan, boleh share dekat komen ye.

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Mini Reunion : Majlis Akikah Ayden Arfan

Assalamulaikum sahabat blogger !

Aidiladha disambut tiga harikan? So mek continue beraya on last day of hari Raya Aidiladha dengan attend Majlis Akikah Ayden Arfan – Anak kawan mek masa belajar dulu. Macam mek cakap sebelum ni, majlis rakan taulan ni elok attend sebab memang akan jadi mini reunion J

Entry ni tak panjang pun, sekadar share memori bersama rakan-rakan. Ini antara yang sempat mek rakam :

Bila dah jumpa memang banyak cerita yang dikongsikan *ahahaha*. Ada yang baik kita jadikan contoh, yang tak baik tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ni jumpa Aidiladha 1438H, entah bile la pulak nak jumpa dengan diaorang ni.

Mek bet korang pun akan banyak cerita jugakkan bila jumpa kawan yang satu geng dengan korang J

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Secret Recipe RM20 for Two !

Assalamulaikum sahabat blogger !

Hari yang ditunggu telah tiba ! Masa mula-mula mek nampak iklan Scret Recipe ni dalam dua minggu yang lalu, memang tag kawan lunch mek terus. Diaorang pun ape lagi, terus je on !

Bila tiba 20 Sept. disebabkan Secret Recipe dengan office mek yang paling dekat pun jarak almost 5km (Pasar Siti Khadijah to KB Mall) so rancangan teliti perlu dibuat supaya tidak lewat masuk ke office after lunch. Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan itu J Boss mek pun lunch kat luar, jalan nak pegi KB Mall pun tak jem sangat dan parking pun senang dapat J Dalam 1.15 tgh dah sampai KB Mall. Bila dah sampai tu, terus je tunjuk banner offer hari ni dekat adik yang ambik order. Tapi tak sah la pulak if pergi Secret Recipe tapi tak makan kek J Brownies Walnut menjadi pilihan, dan always on top kalau dalam list mek.

Jom tengok gambor yang sempat mek rakam buat kenangan :
  
Brownies Walnut yang selalu menjadi pilihan

First try Spaghetti Chicken Ball

Overall mek boleh telan dan bagi mek ianya ok. Mek tak pandai komen spaghetti sebab mek tak makan sangat yang france ni J

Korang join jugak ke offer ni? Apa pendapat korang dengan menu yang dia suggestkan tu? Share dekat komen ye.

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Comeback Giveaway by CikBelBel

Assalamulaikum sahabat blogger !

Waahhh ! Dah lame mek tak join GA ni. Korang takde pun seru mek nak suruh join GA kan L, naseb baik ada Cik La tolong tag mek untuk join GA J

Macam mek cakap sebelum ni la, GA ni join jangan berharap sangat untuk menang. Kalau menang Alhamdulillah dikira rezeki tapi paling penting dalam dunia blog, GA ni untuk tambah kenalan blogger serta bertukar-tukar pendapat. Banyak lagi la kelebihan join GA ni sebenarnya. So, mek seru korang pulak untuk join GA ni bawah ini :

Ni details untuk GA ni :
Tarikh mula : 06 Sept. 2017
Tarikh tamat : 30 Sept. 2017
Anjuran : Individu (blogcikbelbel.blogspot.com)

Syarat-syarat dia pun dah ada dalam gambar tu. Mudah dan mesra pengguna je caranya. Harap korang sudi lerr join ye. Dengan ini mek nak tag : Cik Ash, Abam Kie dan juga Sis Gee. Waa, semua rakan baru ni daripada Pantai Timur J

Ada lagi tak GA yang nak mek join? Drop kat komen ye.

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Aimy Amani Almost 2 Years Old

Assalamulaikum sahabat blogger !

Entry pendek daripada mek, sekadar untuk kenangan Aimy Amani bila dah besar nanti J

Aimy Amani on her 1st and 9 months old :

Dah besar anak perempuan mummy. Dah pandai nak pakai heels. Dah pandai nak wear what mummy’s wear J

Bila Amani dah betul-betul ready to wear heels, that time mummy is not able to wear those heels anymore. Tapi mummy harap yang mummy sempat tengok anak mummy wear those heels. insyaAllah.

Korang ada anak yang suka tiru apa yang korang buat tak? Nanti cerita dekat komen ye J

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Aidiladha 1438H WrapUp

Assalamulaikum sahabat blogger !

Allahuakhbar ! Salam Aidiladha buat rakan taulan mek yang beragama Islam. Walaupun entry mek ni agak lewat, tapi bace lah ye. Katenya Wrap Up J

Aidiladha 1438H – mek tak berkorban tahun ni. Pada mulanya memang niat nak akikahkan Ammar Amzar tapi disebabkan spouse mek tidak begitu bersetuju (sebab mak dia tak beraya kat Kelantan, mak dia beraya di Putrajaya sempena menyambut cucu baru), maka mek tak jadi ambik bahagian tahun ni. insyaAllah tahun depan buat akikah Ammar Amzar.

Pagi raya tu baru kami balik ke kampung sebelah spouse. Memang dah jadi rutin raya balik kampung dia dulu sebab kampung mek lepas zohor semuanya baru nak kunjung mengunjung. Plus, kampung spouse (mak saudara spouse) memang bela lembu untuk dikorbankan. Spouse antara yang menyumbang tenaga dalam sesi melapah dan pembahagian daging. Mek dan anak-anak hanya duk dalam rumah tunggu siap segala bagai je la. Time anak tidur nyempat la tolong basuh pinggan and kemas-kemas.

Lepas sembahyang Jumaat baru balik mek punya hometown pulak. Raya kali ni semua berhimpun kat riumah nenek. Macam meriah pulak rasenya. Dah lame tak berhimpun cam tu. Dah dekat maghrib baru gerak balik rumah mummy.

So ini lah gambar raya kami pada maghrib aidiladha :

 Team kuning tanpa sengaja. Baju kurung tu sale dekat nile.com.my so mek grab. Dah maknya kuning, maka semuanya akan dikerah untuk menjadi kuning seperti mek J

Aidiladha korang macam mana? Cerita dekat mek di ruangan komen, okei.

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Kemerdekaan Malaysia ke 60 : Majlis Perkahwinan Tiara Atiqa

Assalamulaikum sahabat blogger !

Walaupun dah habis Ogos, tapi mek tetap nak sampaikan salam Merdeka pada semua readers mek. Semoga keamanan, kedamaian yang kita telah kecapi ni dapat dikekalkan dan akan diwarisi dengan baik. Cuma, erkkk ekonomi je tak berapa nak baik sekarang ni. Korang pun mesti ada pendapat masing-masing kan? Tepuk dada, tanya selera. Bak kata mek puny abos, pakar ekonomi boleh cakap apa sahaja – maksudnya ekonomi 2017 ni bagus untuk negera, tapi yang merasa adalah diri sendiri. Itu yang dimaksudkan dengan ‘tanya selera’ J

Cuti Merdeka semua dapat merasakan? Mek pun sama lah. Sape je yang tak suka cuti J lagi-lagi cuti yang sikit macam mek ni haa. Tertunggu-tunggu hari kelepasan am. Semenjak ada anak dua ni, mek macam arghhh tak nak la travel jauh-jauh. Padahal dulu pantang cuti, ada je dalam otak ni nak pergi mane-mane. Sekarang ni more kepada attend majlis, pergi mall beli barang dapur or balik rumah mummy. Mungkin salah satu sebab adalah hari-hari ada je kemalangan berlaku. Sekarangkan zaman tular-menular. Eksiden sana sini semua masuk FB. Yang skrol FB ni jadi paranoid pulak L

Panjang pulak mukadimah mek ye. Dua perenggan J Ini baru nak masuk cerita hari Merdeka mek. 31hb Ogos 2017 mek dapat jemputan Majlis Perkahwinan kawan sekolah mek time sekolah rendah. Disebabkan cuti dan dia buat dekat my hometown, so dapat la mek attend. Dalam fikiran mek, dapatlah jumpa kawan-kawan sekolah rendah dulu J Mini reunion gituuu. Disebabkan mek attend wedding kawan mek pada jam 12.00tgh (top 10 terawal), maka dapat jumpa bride sekejap aje lah. Tu pun tahan time dia red carpet nak naik pelamin *mihmihmih*

Ni antara gambar kenangan yang sempat mek rakam :

 Photobooth yang macam mini pelamin

Antara kawan sekelas yang hadir pada sesi terawal J Mek dengan kawan mek je yang gatal dah beranak pinak. Yang lain masih gigih mencari ilmu, bekerja dan gigih juga mencari jodoh diaorang – so good luck !
  
Dalam 3.45ptg cam tu bila skrol FB, lagi ramai kawan sekolah mek yang attend. So diaorang sempat la ambik gambor dengan pengantin.Tak jeles langsung J

Korang cuti Merdeka hari tu buat ape je? Share dengan mek dekat komen ye J

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Kek Choc Noxxa dan Bubur Nasi Amani Amzar by Noxxa

Assalamulaikum sahabat blogger !

In conjuction dengan mek dapat rezeki lebih pada Ogos 2017 ni, mek dengan spouse sepakat untuk membeli periuk Noxxa J This periuk memang tak asing lagi namanya dalam dunia blog ni pasal ramai blogger yang update resepi dengan periuk ni. Mek akui, mek memang terpengaruh dengan korang yang share and post entry pasal resepi Noxxa. Sebab cepatnya lahaiii korang masak. Mek antara yang kesuntukan masa untuk memasak kat dapur *perghhh alasan*

So mek beli la that noxxa dengan harapan semoga kau berjasa kepada aku ye periuk, aku dah beli kau ni, jadi rajin rajin la seru aku untuk guna kau J First attempt mek adalah Gulai Ayam :

This gulai ayam mek tak sure cukup ke idok rempahnya, cukup ke idok garam gulanya pasal sekali taste ayam tu, hmmmmmmmmm okei, mek terus bagi kucing makan. That ayam umur dia sama dengan umur Amzar sebab tu stok time mek pantangkan Amzar. Korang boleh agak tak rasa apa? Tak yah pikir, rase peti ais babe !

Second mek buat adalah kek J Ini betul cari resipi dalam internet. Berikut adalah gambar resipi kek chocolate by periuk noxxa. Credit kepada url yang ada dalam gambar tu.

Ini agak menjadi la bagi mek. Bila dah siap tu rupanya jadi macam ni :

Bila dah buat topping jadi macam ni :

 Bila mek slice and ngap dalam mulut, ye rasa kek. Dan mek anggap ianya berjaya J Bila spouse mek makan, dia pun cakap rasa kek. Dan makan dalam 3 slice. So mek rumuskan kek ni boleh dibuat jika ada potluck di office nanti J

Third attempt adalah bubur nasi Amani and Amzar. Gambar tak de sebab alah takkan tak boleh bayang bubur nasi budak J Bila Amani tambah sampai dua mangkuk nasi, mek anggap mek ibu yang berjaya buat bubur nasi untuk anak J Tapi bila suap dekat Amzar dia buat muka macam ‘ape ni mummy? Is this bubur?’ mek rasa tak sedap ke nasi aku ni? Tapi mek rumuskan mek berjayalah dalam menyediakan bubur nasi anak. Berikut adalah gambar resipi bubur nasi Amani dan Amzar. Kredit kepada blogger (url dia ada dalam gambar) :

Next resipi tak google lagi. Tak tahu lerr nak masak apa. Kalau yang basic mungkin jadi la. Kalau kari ke, gulai ke, hmmm kena betul betul hadam resipi dia baru berani buat. Semoga mek terus belajar untuk mahir gunakan noxxa ni J.

Korang pernah try noxxa? Share la resipi dengan mek, boleh ler mek tambah menu J