Pahala Berterusan Bagai Air Sungai Yang Mengalir

Assalamulaikum sahabat blogger !

Entry mek kali ini mungkin lebih kepada merayu / memujuk rakan taulan sekalian untuk sama-sama hayati perkongsian penulisan mek kali ini. Pengisiannya tidak berat namun mek harap cukup dapat menyentuh hati pembaca mek sekalian.

Bismillah..

Rakan blogger sekalian, mek pasti korang juga mendapat masa seperti yang diberikan kepada mek iaitu 24jam sehari. Mek bangun around 5.30pagi setiap hari. Untuk solat subuh, pam susu, menyediakan kelengkapan anak untuk pergi rumah tokma diaorang dan juga bersiap untuk ke office. Jam time tu dah tunjuk 7.10pagi. Pergi hantar anak dan hantar suami balik rumah semula, jam dah tunjuk 7.40pagi. Perjalanan ke Kota Bharu dari rumah mek (if Jalan tak jem and traffic lancar, lebih kurang 40minit). Ketika dalam perjalanan, time tu sahaja mek sempat untuk baca Yassin (itupun kalau hari rajin, yang tetiba dapat Hidayah) kalau tak memang bukak radio dengan Johara. 8.20pagi sampai office. Cerita dekat office memang pack. Solat sunat dhuha pun tak boleh nak celah (atau ini mungkin alasan). Balik kerja dah jam 6.00ptg* mungkin lebih awal atau lebih lewat. Sampai rumah dalam jam 7.00ptg. Siap mandi tunggu maghrib. Time ni kadang duk berborak dengan spouse pasal kerja harian. Ada jugak hari baca quran, tapi banyaknya tak sempat. 7.30mlm solat maghrib then pergi ambik anak-anak pulak. Bila dah ada anak, tumpuan memang betul kepada anak. Balik rumah dalam jam 9.30mlm, mesti dah nak tidur. Mek sendiri pun akan tidur sebab seharian dah penat.

Masa mek banyak habis untuk dunia. Akhirat berapa minit sahaja kalau ditotal. 24Jam sehari tapi ibadah hanya beberapa minit dalam 24jam. Tapi Allah masih lagi beri mek peluang untuk teruskan hidup. Alhamdulillah. Bila difikir balik, apa je bekalan akhirat aku ni Allah? Mencium anak, taat pada suami dan seumpamanya memang dikira pahala. Tapi bila fikir balik dosa? Dressing pergi office, menyumpah orang bawak kereta slow – itu pulak dosa kering yang mek dapat. Timbal balik, ada lagi ke baki pahala? Ke dah negative?

Disini juga mek ingin kongsikan sebuah cerita yang pernah mek dengar tidak lama dulu. Pada zaman rasullullah, ada seorang pemuda melalui sebuah kubur pada malam hari. Dilihatnya satu kubur itu bercahaya. Begitu terang. Pasti ini kubur orang yang alim, katanya. Lalu dia pergi bertanyakan Ketua kampung untuk mengetahui kubur itu, siapa penghuninya, apakah amalannya. Ketua kampung menyatakan kubur itu milik seorang lelaki, rumahnya tidak jauh dari sini. Arwah meninggalkan seorang isteri. Pemuda tersebut beriya-iya untuk berjumpa isteri arwah tersebut kerana ingin mengetahui apakah amalan si mati ini sehingga kuburnya begitu bercahaya. Ketika ditanya kepada isterinya itu, isterinya menjawab bahawa suaminya itu tidak begitu alim, sembahyang sahaja mungkin cukup, namun quran pun tidak tahu dibacanya! Pemuda itu tersentap. Adakah benar pengakuan isteri arwah itu? Dipendekkan cerita setelah didesak oleh pemuda ini, isteri arwah berkata, suaminya memang sembahyang cukup lima waktu. Kebiasaanya Isyak akan di surau. Setelah pulang ke rumah, dia akan masuk ke dalam bilik mereka lalu dipegangnya al-Quran. Dibukanya al-Quran lalu menangis dan berkata ‘Quran, maafkan aku, aku tidak tahu membaca mu.’ Dan terus menangis sambil memeluk Quran. Setelah reda baru dia akan keluar dan makan malam. Isteri arwah tersebut mengambil Quran itu dan hulurkan kepada pemuda tersebut. Quran itu membengkak. Bengkak dengan air mata arwah.

Firman Allah Kasih Pada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 195:

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

Mek perlukan pahala yang berterusan, insyaAllah. Pahala yang berterusan ni termasuklah sedeqah. Selagi mana bermanfaat pada individu / orang ramai, selagi itu pahala itu akan terus mengalir pada mek. Jadi mek pun menyeru rakan-rakan blogger untuk sama-sama turut bersedeqah bagi bekalan akhirat kita. Dunia ni dah tua, kiamat kecil dah banyak muncul. Jangan sampai bila kiamat besar muncul baru kita hendak sedar.

Di bawah ni ada seorang ustaz dari Kelantan akan ke Kemboja dan Filipina pada hujung Ogos ini bagi memberi bantuan kepada saudara islam kita di sana. Kita Malaysia syukur agama Islam masih ditegakkan, lebih lebih lagi Kelantan. Kalau Negara lain, islam dibawah kaki mereka sahaja. Kumpulan minority, mana nak ada bantuan daripada kerajaan. Satu naskah al-Quran sebanyak RM25 sahaja. InsyaAllah, selagi di baca quran itu, selagi itu pahala akan terus mengalir kepada kita. Apatah lagi jika diberi kepada Hafiz dan Hafizah yang keadaan mereka membaca dan menghafal al-quran. Allahu.



Rakan blogger sekalian boleh telifon ustaz tu secara terus untuk memberi sumbangan, atau melalui mek pun boleh juga. Mek harap jika tidak mampu dengan ini sekalipun, harap kita dapat memberi sedeqah secara berterusan demi bekalan akhirat kita semua.



Sekian…

10 comments

  1. SubhanaAllah..nice sharing...terkesan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillah, smoga kita terus istiqamah untuk dapatkan pahala yang berterusan

      Delete
  2. Assalamualaikum Wrmbth & Selamat pagi jumaat Mek

    Gigih bangun tiap pagi jam 530

    Maznee teringat masa menyusukan anak kedua dulu

    Semoga Mek terus istiqamah

    Dalam surah Luqman ada di sebut tentang ibu nya menyusukan akan dalam keadaan susah

    Tapi susu ibu memang berkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah kak. susah memang susah, komitmen memang 200% tapi puas hati. insyaAllah akan terus istiqamah.

      Delete
  3. subuh tu kekadang liat betul nak bangun.. hmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm, mek pun cam tu gak dlu e'in. skang ni kena bangun sbb nk pam susu. so akan slesaikan subuh dlu sblom pam :)

      Delete
  4. Replies
    1. thanks busyra. insyaAllah akan terkesan pada kita semua.

      Delete
  5. Don't let problems with thehvac repair armonk system make your home less cozy and less energy-efficient, but solve them as soon as they arise. Find out how to do it quickly and effectively, even if you have no previous experience in DIY. It's time to enjoy maximum comfort and to reduce your energy consumption.

    ReplyDelete
  6. With the help of an appliance repair specialist, you can be assured that your appliances will be in its perfect condition and it will serve its Wine Cooler Repair in Orange County

    ReplyDelete