McFlurry Durian and Cake Choc Lava by McCafe, Awesome !

Assalamulaikum sahabat blogger !

Its payday ! Perghhh, lame rasanya nak dapat gaji bulan ni. Mungkin sebab dah habis banyak time raya. But this time pun sama la, nak raya Haji pulak. Bezanya kali ni memang fully beli yang dalam online je. Untuk anak beli macam biasa J Alhamdulillah, dapat la jimat sikit duit gaji bila beli time sale je. Kalau takk, hmm. Ikut sedap mata pilih. Harga nombor dua.

Dah siap kelengkapan anak untuk raya, moh lerr kita jamu tekak pulak. Bagi mek, payday adalah hari melunaskan hutang tekak J Craving macam macam ye time kering hari tu, so hari ni jom la makan sepuasnya.
Mek dan spouse decide untuk makan McD sebab harini (25 Ogos 2017) juga adalah hari kedua McFlurry Durian dijual J Bila mek tahu je McFlurry Durian ni dijual, memang dalam hati aim nak rasa this aiskrim. Tak lupa juga kepada Cake Choc Lava McCafe. Yang tu pun antara yang tekak mek mintak jugak. Spouse teringin nak Ayam Goreng McD. For Amani and Amzar ofcourse mummy beli Happy Meal J Semua orang dapat portion masing-masing. Mummy is happy.

Mek rasa tak yah ulas panjang kot bab Ayam Goreng McD pasal korang dah tengok iklan bagai. Mek just nak cerita pasal McFlurry Durian. Jangan tak tahu kenapa mek suka sangat makan durian sekarang ni, sebab durian ni milkbooster ok J Susu memang meriah bila makan durian plus dengan McFlurry yang tak pernah jemu datang dengan pelbagai perisa J Very tasty! Mek suka. Tak muak dan juga secukup rasa. Idok ler rase vanilla banyak daripada durian.

Second mek nak bagitahu pasal Cake Choc Lava McCafe. Ini pun kalau yang hantu choc macam mek memang akan minat kot dengan this cake. Kalau nak makan kek, dah tak nampak tempat lain. Ini bukan omolan kosong ye. Memang betul, first time mek makan this cake during date time dengan spouse. That time McCafe baru buka di Pengkalan Chepa. Since that, im in love with this cake J

Yang sempat rakam ini sahaja :





Mek tak buat close up untuk MacFlurry Durian and Cake Choc Lava by McCafe, ampun dipinta. Korang dah try these two? Apa pendapat korang? Jom share dengan mek di ruangan komen J


Sekian…



IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Hari Kopi WONDA Antarabangsa

Assalamulaikum sahabat blogger !

Siapa kat sini suka minum kopi? Mek suka kopi tapi bukan black coffee. Mek suka coffee yang dalam tin tu. Kalau bancuh sendiri mek lebih prefer teh o J Mek macam rasa tak sedap if mek bancuh kopi *hahaha* sebab tu tak suka kopi yang kat rumah, even dah beli yang paling senang – uncang kopi.

Time mek drive pagi tadi, mek dengar iklan di radio yang cakap bahawasanya Kopi WONDA menyambut Hari Kopi WONDA Antarabangsa. Mek dalam hati cakap mesti dia nak bagi harga murah ni. Yelah, WONDA kan satu tin rasanya dalam RM2 lebih jugak. Teringat masa pregnantkan Amani nak minum kopi WONDA. Time tu dia baru perkenalkan Kopi Tarik WONDA J Laju je suruh spouse beli dekat seven e. Tapi kalau dah beli, takkan beli satu kan? Mesti grab semua. Paling mek suka WONDA Mocha J Rasa dia tak pahit and ada rasa choc sikit so mek memang into that one lagi.

Sempena WONDA menyambut hari kopi antarabangsa ni, beberapa outlet / kedai terpilih untuk menyertai. Sebenarnya memang banyak, sampaikan order grab car pun dapat kopi WONDA. Tapi mek update yang senang untuk kita dapat je la ye J

Ni antararanya :


Seven Eleven : RM1.20 setiap satu, promo 28 Ogos – 01 sept. 2017


99 Speedmart : RM1.00 setiap satu, promo 28 dan 29 Ogos 2017
Untuk maklumat lanjut korang boleh search dekat FB WondaCoffeeMalaysia J



Alang-alang dah promo, beli lah semua sebab semua ni sedap J


Korang dah grab ke promo ni? If dah, jangan lupa share dekat komen.



Sekian…



IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Hargai Masa bersama Anak-anak dan Pasangan

Assalamulaikum sahabat blogger !

Masa mek dengan anak memang singkat. Selalu je rase tak cukup masa dengan anak. Selalu je rase rushing kecuali hujung minggu J Boleh lah stay lama-lama dengan anak, mandikan anak, layan karenah anak. Hati seorang ibu memang akan suka sangat macam tu, betul tak? Bagi korang yang belum kawen pun akan gembirakan duk dengan parents? Haa cam tu la lebih kurang rasenya bila dapat spend time dengan anak.

Masa yang ada elok tidak dipersiakan dengan benda yang remeh ataupun dengan benda yang sia-sia. Contohnya, bila dengan keluarga, pegang phone, layan whatsapp or FB. Kalau boleh letak tepi dulu yang tu. Lebih baik berborak dengan orang yang nyata di depan mata J

Untuk itu, masa yang mek ada ni mek adakan jugak sesi pembelajaran dan pengajaran kepada Amani. Yelah, mek dah takde masa lain lagi dah. Kalau hujung minggu pun dipersia, last last tahun depan Amani masuk sekolah dengan kenal A B C daripada cikgu, bukan mummy L Mek percaya yang parents should take the first role dalam sesi pembelajaran anak, bukan cikgu. Sesibuk mana parents, dia kena aware dengan silibus dan sukatan pembelajaran di sekolah demi anak dia. Takde la nanti anak tanya, mak macam blur nak jawab. Macam mana nak tahu apa anak belajar di sekolah? Rajin-rajinlah tengok buku teks dia orang plus boleh je google sekarang ni. Macam-macam jenis contoh soalan yang keluar untuk latih tubi.



Mek harap, mek pun istiqamah dalam mengajar anak untuk kenal ilmu duniawi dan akhirati. Niat mek bukanlah nak suruh anak mek tu jadi doctor, jadi pangkat besar atau seumpamanya. Cukup mereka berilmu. Bila berilmu mereka akan tahu apa yang baik dan buruk. InsyaAllah.

Korang ade pendapat tak cam mana nak terus pantau pembelajaran anak? Boleh share dengan mek di ruangan komen J


Sekian…


IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Anak Demam Campak, Apa Nak Buat?

Assalamulaikum sahabat blogger !

Post kali ni mek nak share dengan rakan blogger sekalian tentang demam campak for baby / anak. Yang mana dah lalui boleh share dengan mek dekat komen. Mane yang tak kawen lagi tu boleh ambik info J

Rabu 16 Ogos 2017, bila mek balik dari ofis, mek dikhabarkan Amzar demam. Malam tu mek dengan spouse decide untuk pergi klinik terus sebab stok pcm (paracetamol) dah habis. Bila di diagnose (check suhu) Amzar sah demam dengan suhu 38.2c. Agak tinggi untuk baby 5months. So the day go on sampai la Jumaat 18 Ogos 2017. Last mek bagi ubat untuk Amzar 2.30petang. Should next 8.30malam pulak. Tapi Alhamdulillah, bila mek check suhu dia on 8.30malam tu, just 36.3c. Maknenya mek dah boleh stop bagi ubat. Total Amzar demam 3 hari.

Bila bangun pagi sabtu 19 Ogos 2017, spouse nak bukak baju untuk mandikan Amzar, dia cakap nampak Amzar macam naik campak. Tengok belakang Amzar memang nampak macam ruam, merah je. After breakfast, mek and spouse bawak dia pergi klinik. Doktor cakap yang Amzar ruam panas, bukan campak. Mek is tak puas hati dengan jawapan doctor tu. Sebab bintik bintik yang Amzar dapat tu sama dengan campak Amani (masa dia 8months old dulu). Entahlah doctor tu mata macam mana. Spouse mek cakap mungkin dia tak nak buat report demam campak sebab kalau tak kena repot dekat kementerian kesihatan. Sekarangkan ramai je bayi yang naik campak before 9months. Konklusinya, mek tak pegi dah klinik tu. Ape punya consultation doctor tu bagi, ada ke dia tanya mek pernah jumpa psikatri ke tak, atas alasan mek nampak stress. Baghal la doctor tu, memang baghal !

Nasib baik dia bagi ubat yang sama macam Amani naik campak dulu, calazite. Ubat ni memang boleh hilangkan miang budak yang naik campak. Kan campak ni miang, jadi gatal seluruh tubuh. Kalau berpeluh lagi la kesian dekat budak. Sebab tu disarankan budak yang naik campak ni ditogelkan. Sebab tak nak bagi berpeluh. Korang if let say memang sah dah anak korang naik campak, beli aje terus calazyte ni. Setakat yang mek guna memang puaihh hati.



Calazite Lotion


Amzar yang happy sebab tak miang lagi dah :) 


Korang yang ada pengalaman anak naik campak boleh share dekat komen, ubat apa korang guna. Sharing is caring J


Sekian…


IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Pesta Thai Negeri Kelantan Ogos 2017

Assalamulaikum sahabat blogger !

Dah lame mek tak pergi event semenjak beranakkan Amzar. Faham faham je la ada anak kecik (baby) plus toddler, perghhh kena fikir banyak kali jugak if nak keluar. Sebab tu kalau dinner memang beli bungkus je. Bukan tak kuasa nak layan anak, tapi kesian dengan diaorang. Dah kita makan dia tak selesa, si Amzar kadang nak menyusu nak tido. Kalau Amani pulak nk main cara dia – baca buku didi, naik kereta, sepahkan satu bakul soft toy *sigh*

Tapi weekend ni mek attend jugak sebab mek rasa ok kot kalau pergi petang, santai santai. Kiranya pergi range masa anak dah rechargeable J Idok lerr diaorang tak selesa, kan?

Pesta Makanan Thai di Kelantan tak asing pun. Setiap tahun memang ada fest ni. And memang setiap tahun mek attend J Mana boleh lepaskan fest makanan yang almost sedap sampai teringat ! Untuk tahun ni Fest Makanan Thai diadakan di Dataran Stadium Muhammad IV. So memang spaces compare dengan tahun lepas yang diadakan di dataran Masjid Muhammadi (kalau tak silap).

Ni moments yang mek sempat ambik :








  
Tak banyak mek sempat rakam gambor, sebab Amzar tidur. Susah ler nak pegang phone untuk snap pic. Overall memang tahun ni better daripada tahun lepas. Dari segi space, susun atur, parking dan juga makanan yang disediakan – pelbagai dan ofcourse almost semuanya sedap.

Tempat korang ada tak fest macam ni? Jangan segan share dekat komen J


Sekian…


IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Shortrip - Kuala Terengganu

Assalamulaikum sahabat blogger !

Entry kali ni sekadar untuk kenangan. At least nanti anak dah besar, boleh baca apa yang mek tulis (sebelum ni pun macam tu jugak) *hahah*. Mukadimah macam sedih je kan. Idok ler sedih tapi mungkin entry ni tidak memberi makna untuk readers. Ok cukup, jom skrol bawah J

Weekend hari tu mek pergi Terengganu. Tak tahu nak classify sebagai Gateway atau Short Trip atau Short Vacay. Tapi lepas tulis semua tu nampak macam lebih sesuai dengan terms Short Trip pasai pegi pagi, balik petang. Tujuan utama nak pergi melawat tok sedara spouse yang nak kena operate sebab cancer. Alang alang tu, singgah dan menyinggah ler ke tempat pelancongan J Lagipun Amzar tak pernah sampai Kuala Terengganu lagi.


Ni antara kenangan yang sempat mek rakam :


Family potret di Hospital Sultanah Nur Zahirah


Pantai Batu Burok


Pantai Batu Burok


Masjid Kristal


Mek memang kurang ambil gambor makanan *hahah* sebab bila sampai mek letak talipon untuk teruskan makan. So gambor makanan mesti takde setiap kali pergi mane mane.

Petang tu mek balik ikut penarik. Hajatnya nak singgah pantai sebab nak photoshoot (believe me, memang banyak giler study gambor untuk photoshoot dekat pantai) tapi apakan daya, sudah makan segala celup tepung tu pun dah jam 6.45ptg. Tak nak la maghrib dekat pantai. Tak elok. Lepas makan terus gerak balik.

Short trip ni agak penat la, plus semua jadual larikkk. Anak pun mandi pagi tu je. Malam tak mandi. Mek sendiri pun pam susu pagi tu je sempat. Mungkin untuk travel belum masanya lagi kot.

Korang pernah short trip? Share pengalaman korang jugak kat komen, ok.


Sekian…


IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Pengalaman Menyusukan Anak Sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia

Assalamulaikum sahabat blogger !

Sempena dengan minggu susu ibu ni, mek nak update jugak la apa yang berkaitan J Contohnya survey kat bawah ni. Mek ambik dari FB Majalah Pa Ma.

Pengalaman menyusukan anak :

1. Menyusukan bayi?

                Amani : Menyusu badan sampai umur 2 – 3 bulan
                Amzar : Since born sampai sekarang (5 months), menyusu badan.

2. Anak ke berapa anda menyusukan?

                Dua – dua tapi Amzar lebih lama.

3. Berapa lama tempoh penyusuan?

                Amani : 2 bulan
                Amzar : Still counting (hope sampai umur 2 tahun)

4. Apa milk booster anda?

                Air mineral memang kena minum banyak. Kalau boleh after pumping, drink about 500ml.
                Milkbooster yang terbaru adalah durian J

5. Berapa kali pump sehari?

                5x.  Pagi before subuh, brunch break, after lunch, after maghrib, midnight (around 2am).

6. Pernah alami bengkak susu?

                Bengkak susu time maternity leave je. Bila dah start keje takde bengkak susu dah L

7. Susu paling banyak direkodkan?

                Entah, tapi Alhamdulillah dapat almost 7bottles per day with 100ml each.

8. Jenis pump yang diguna?

                Real bubee – beli dekat Lazada (RM89 for double pump)

9. Eksklusif mennyusu anak 6 bulan (Berjaya / Tidak)

                Amani : Tidak
                Amzar : InsyaAllah

10. Nama anak?

                Aimy Amani
                Ammar Amzar

11. Umur anak tahun ini?

                Amani : 2 tahun
                Amzar : 5 bulan (as at August 2017)

12. Pengalaman penting yang paling diingat sepanjang menyusu?

Entah, pengalaman ape ye? Hmm, berusaha untuk banyakkan susu dengan try segala macam milkbooster. Orang cakap ape je, semua try semata-mata nak banyakkan susu. Power pumping pun buat jugak sebab nak suruh susu keluar banyak untuk buat stok. Buat jadual pumping dengan kerap supaya dapat buat stok susu untuk anak. Perggh, ini semua bukan kerja mudah. Memang betul-betul kena cekal dan pekak telinga bila mana ada mulut suruh FM kan anak. Mek dah terkena pada anak pertama, harap tak berulang kembali untuk anak yang seterusnya.


Ammar Amzar, 5 months old


Itulah perkongsian mek pasal penyusuan ibu ni. Korang yang breastfeed, jom la citer jugak pengalaman korang. Bagi lelaki, boleh citer pengalaman wife korang J bagi yang tak kawen lagi, boleh share sape sape yang korang kenal yang breastfeed *hahahah* Jangan lupa share dekat komen J

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Pahala Berterusan Bagai Air Sungai Yang Mengalir

Assalamulaikum sahabat blogger !

Entry mek kali ini mungkin lebih kepada merayu / memujuk rakan taulan sekalian untuk sama-sama hayati perkongsian penulisan mek kali ini. Pengisiannya tidak berat namun mek harap cukup dapat menyentuh hati pembaca mek sekalian.

Bismillah..

Rakan blogger sekalian, mek pasti korang juga mendapat masa seperti yang diberikan kepada mek iaitu 24jam sehari. Mek bangun around 5.30pagi setiap hari. Untuk solat subuh, pam susu, menyediakan kelengkapan anak untuk pergi rumah tokma diaorang dan juga bersiap untuk ke office. Jam time tu dah tunjuk 7.10pagi. Pergi hantar anak dan hantar suami balik rumah semula, jam dah tunjuk 7.40pagi. Perjalanan ke Kota Bharu dari rumah mek (if Jalan tak jem and traffic lancar, lebih kurang 40minit). Ketika dalam perjalanan, time tu sahaja mek sempat untuk baca Yassin (itupun kalau hari rajin, yang tetiba dapat Hidayah) kalau tak memang bukak radio dengan Johara. 8.20pagi sampai office. Cerita dekat office memang pack. Solat sunat dhuha pun tak boleh nak celah (atau ini mungkin alasan). Balik kerja dah jam 6.00ptg* mungkin lebih awal atau lebih lewat. Sampai rumah dalam jam 7.00ptg. Siap mandi tunggu maghrib. Time ni kadang duk berborak dengan spouse pasal kerja harian. Ada jugak hari baca quran, tapi banyaknya tak sempat. 7.30mlm solat maghrib then pergi ambik anak-anak pulak. Bila dah ada anak, tumpuan memang betul kepada anak. Balik rumah dalam jam 9.30mlm, mesti dah nak tidur. Mek sendiri pun akan tidur sebab seharian dah penat.

Masa mek banyak habis untuk dunia. Akhirat berapa minit sahaja kalau ditotal. 24Jam sehari tapi ibadah hanya beberapa minit dalam 24jam. Tapi Allah masih lagi beri mek peluang untuk teruskan hidup. Alhamdulillah. Bila difikir balik, apa je bekalan akhirat aku ni Allah? Mencium anak, taat pada suami dan seumpamanya memang dikira pahala. Tapi bila fikir balik dosa? Dressing pergi office, menyumpah orang bawak kereta slow – itu pulak dosa kering yang mek dapat. Timbal balik, ada lagi ke baki pahala? Ke dah negative?

Disini juga mek ingin kongsikan sebuah cerita yang pernah mek dengar tidak lama dulu. Pada zaman rasullullah, ada seorang pemuda melalui sebuah kubur pada malam hari. Dilihatnya satu kubur itu bercahaya. Begitu terang. Pasti ini kubur orang yang alim, katanya. Lalu dia pergi bertanyakan Ketua kampung untuk mengetahui kubur itu, siapa penghuninya, apakah amalannya. Ketua kampung menyatakan kubur itu milik seorang lelaki, rumahnya tidak jauh dari sini. Arwah meninggalkan seorang isteri. Pemuda tersebut beriya-iya untuk berjumpa isteri arwah tersebut kerana ingin mengetahui apakah amalan si mati ini sehingga kuburnya begitu bercahaya. Ketika ditanya kepada isterinya itu, isterinya menjawab bahawa suaminya itu tidak begitu alim, sembahyang sahaja mungkin cukup, namun quran pun tidak tahu dibacanya! Pemuda itu tersentap. Adakah benar pengakuan isteri arwah itu? Dipendekkan cerita setelah didesak oleh pemuda ini, isteri arwah berkata, suaminya memang sembahyang cukup lima waktu. Kebiasaanya Isyak akan di surau. Setelah pulang ke rumah, dia akan masuk ke dalam bilik mereka lalu dipegangnya al-Quran. Dibukanya al-Quran lalu menangis dan berkata ‘Quran, maafkan aku, aku tidak tahu membaca mu.’ Dan terus menangis sambil memeluk Quran. Setelah reda baru dia akan keluar dan makan malam. Isteri arwah tersebut mengambil Quran itu dan hulurkan kepada pemuda tersebut. Quran itu membengkak. Bengkak dengan air mata arwah.

Firman Allah Kasih Pada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 195:

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

Mek perlukan pahala yang berterusan, insyaAllah. Pahala yang berterusan ni termasuklah sedeqah. Selagi mana bermanfaat pada individu / orang ramai, selagi itu pahala itu akan terus mengalir pada mek. Jadi mek pun menyeru rakan-rakan blogger untuk sama-sama turut bersedeqah bagi bekalan akhirat kita. Dunia ni dah tua, kiamat kecil dah banyak muncul. Jangan sampai bila kiamat besar muncul baru kita hendak sedar.

Di bawah ni ada seorang ustaz dari Kelantan akan ke Kemboja dan Filipina pada hujung Ogos ini bagi memberi bantuan kepada saudara islam kita di sana. Kita Malaysia syukur agama Islam masih ditegakkan, lebih lebih lagi Kelantan. Kalau Negara lain, islam dibawah kaki mereka sahaja. Kumpulan minority, mana nak ada bantuan daripada kerajaan. Satu naskah al-Quran sebanyak RM25 sahaja. InsyaAllah, selagi di baca quran itu, selagi itu pahala akan terus mengalir kepada kita. Apatah lagi jika diberi kepada Hafiz dan Hafizah yang keadaan mereka membaca dan menghafal al-quran. Allahu.



Rakan blogger sekalian boleh telifon ustaz tu secara terus untuk memberi sumbangan, atau melalui mek pun boleh juga. Mek harap jika tidak mampu dengan ini sekalipun, harap kita dapat memberi sedeqah secara berterusan demi bekalan akhirat kita semua.



Sekian…

Happy National Ex-Day !

Assalamulaikum sahabat blogger !

Hari tu skrol FB then ternampak this !


Nak gelak pun tidak tapi macam ade jugak hari orang mengenangkan EX *hihi*. Tipu la kalau korang cakap (yang mane ade EX) tak ingat langsung kat dia. Cuma takde la teringat tiap hari. Mungkin bile dengar lagu atau pergi tempat yang pernah pegi sesame, so tetiba jadi teringat.

Orang ni hadir dan pergi bersebab dalam hidup kita. Ada yang datang nak mematangkan diri, ada yang datang nak bagi pengajaran, ada jugak yang datang untuk kita rasakan bahagia, ada yang datang untuk ajar erti bangkit dari kedukaan. Banyak lagi sebabnya. Takde sebab untuk rase menyesal kenal, menyesal ada hubungan, menyesal move on.

Mek sendiri pun takde la menyesal kenal dengan EX mek. Dalam diri seseorang manusia, takde yang sempurna tapi tak bererti selalunya derita. Ada juga time baiknya, time rasa dihargainya. So, unfair kalau nak benci orang atas sebab jahatnya. Contoh yang kawan mek tu la, benci memang benci, tapi yang baik tu ingat juga. Cuma hati ni tak boleh nak maafkan lagi walaupun sekarang dah beranak dua. Mek is tak move on.

Korang kalau berpeluang nak cakap dekat EX, ape yang korang nak luahkan? Jangan malu nak share dekat komen, hihi. Mek tak kenal pun EX korang tu.


Sekian…


IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Jodoh dan Takdir

Assalamulaikum sahabat blogger !

Pagi tadi time pump susu, mek bukak FB. Skrol sekadar nak hilangkan rasa mengantuk. Tetiba jumpa this :




Hmm, macam tertarik nak jawab la. Mek is no 2 !

Mek kenal spouse around 2011, June. Kalau tak silap la. Mek jumpa dia dekat klinik haiwan je pun. Tempat dia kerja. Ofcourse dia yang flirt mek dulu, kan *hahahah*. Masuk 2012 tu dah banyak pancaroba yang dilalui. Masing-masing buat hal. Mek pun jenis attention seeker, dia pulak jenis tak tahu nak kawen bila. So masing-masing layan dunia muda macam tuu.

Benda macam tu drag jugak laa sampai ke tahun 2014 (lame giler hidup dalam drama, lagha dan seumpamanya). Bila mek dapat offer kerja dekat BSN, spouse baru ada keyakinan sikit nak into mek *hahaha* (selalu duk usha gov serv, lagi lagi misi – mek is menyampah). Kononnya dah terjamin lerr ada kerjaya.

Januari 2015 spouse bawak family untuk merisik mek. Mac 2015 kawen J Disember 2015 dapat Amani. Mac 2017 dapat Amzar. Haa next dapat sapa pulak *hahahah*

Plus minus before kawen mek kenal hampir 4 tahun la baru ambik keputusan untuk berkahwin. Rase dah tiba masanya untuk ada hala tuju dalam kehidupan.

Nah seketul :



Korang pulak nombor berapa? Share dengan mek dekat komen ye J

Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

#JomCool by Cool Blog Malaysia

Assalamulaikum sahabat blogger !

On hari ape entah (within this week) mek di tag oleh rakan blogger mek, cik CR untuk join satu review yang dianjurkan oleh Cool Blog ! Memang excited habis untuk buat review ni. Bukan sebab nak menang hadiah semata-mata (yela, kalau rezeki Alhamdulillah) tapi sebenarnya lebih menghargai rakan blogger yang mengingati mek *hahaha* pasai lama tinggal korang hari tu.

So, lets start !

Cool Blog ni mek tahu kewujudannya around 2010. Time tu mek lepasan SPM. Cousin mek hari hari beli coolblog, dan that day dia belanja mek. Fisrt time mek try CoolBlog perisa Chocolate Smoothies letak Pearl. Nyaman tekak minum. Pastu jakun first time minum minuman yang ada pearl. Best duk kunyah that pearl.

2012, mek try pulak perisa vanilla oreo. Yang ni pun best jugak. Since that, kalau beli CoolBlog ambik perisa ni dah. Time tu dah bercinta dengan spouse. Kadang-kadang keluar dating dekat mall, kalau lalu dekat outlet CoolBlog akan berhenti kejap untuk beli. Biasanya dia tukar tukar each time kita orang order. Yang paling dia suka perisa Yam (keladi) letak pearl.

2017, dalam Ogos ni dah mek duk dengar iklan kat radio pasal CoolBlog yang baru. Oreo Smoothies Series ! So mek pun nak cuba la sebab perisa baru keluar,, haruslah supportkan J

Tapi mek lupa, mek sedang berpantang ais ketul *menangis* Kemain lagi plan dengan kawan mek nak pegi CoolBlog dekat Tesco Lembah Sireh nak beli CoolBlog yang Oreo Smoothies. Sampai je kat booth CoolBlog, mek nampak ada advs Coffee and Tea ! Cerah mata bile tengok ada HotBlog ! Yeay ! Walaweh, tak tahu ada yang panas dah sekarang *hahahah*

Jom layan gambar yang mek sempat snap :


Ini terms & condition untuk join #JomCool by Cool Blog


Cool Blog Outlet dekat Tesco Lembah Sireh, Kota Bharu


See ! Dah ada Hot Blog, no worries untuk yang berpantang ais ketul :)


This one yang baru ! Rugi tak boleh nak try lagi. Teringin yang banana tu


One mine, one friend of mine *hahaha*


Selamat minum semua, enjoy your Cool Blog / Hot Blog at your nearest Cool Blog's Outlet !


Gitu lah cerita mek dengan CoolBlog. InsyaAllah akan support CoolBlog selagi mampu. Dengan adanya HotBlog pulak ni, rasenya akan support lebih kot *hahaha*. Lagipun harga dia takde la mahaii melambung sampai dua tiga kali fikir nak beli.

Korang pulak ape pengalaman dengan CoolBlog? Mesti ade favorite perisa jugakkan? Meh share dekat komen.

Sekian…


IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*
Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

Tips Untuk Mental Block

Assalamulaikum sahabat blogger !

Korang yang bergelar blogger, pernah tak mengalami mental block bila mana nak up satu entry tapi Allahu,tak de idea. Langsung tak datang idea nak mengarang tu. Pernah tak? Mek bet semua blogger pernah mengalami masalah ni. Mek sendiri pun pernah sebab tu la lama jugak biarkan blog ni terabai *hahaha* plus kekangan masa sebab hal hal peribadi.




Mengikut satu blog luar Negara yang mek bace, dia listkan 5 cara untuk elak mental blok. Antaranya :

1. Menulis di taman / tempat alam semulajadi.

2. Baca blog rakan rakan lain untuk dapatkan idea / topic untuk menulis.

3. Take a moment to rest, and buat something yang anda suka. Jangan paksa diri untuk menulis.

4. Minta pendapat rakan rakan / kenalan untuk menulis.

5. Tulis ape sahaja yang terlintas di fikiran.

Kalau mek pulak, biasanya mek akan buka gallery phone untuk tengok gambar gambar. Bagi mek, dengan gambar tu boleh timbulkan satu idea untuk mengarang. Sebab tu la pentingnya seorang blogger ke mana dia pergi, harus capture moment yang dia alami. Sebab moment itu dapat membantu blogger untuk mengarang J Pesanan untuk diri sendiri juga tu.

Ape pulak cara korang untuk atasi mental block ni? Jangan lupa share dekat komen J


Sekian…


IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*
Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J