Safely Delivered : Ammar Amzar

Salam alaikum...


Alhamdulillah ! The baby had comes out ! Walaupun mek terpaksa mengharungi 41 minggu perjalanan mengandung untuk kedua ini, tapi it worth any single seconds :) 


41 Minggu :


Seperti post / entry mek sebelum ni, mek dah pun dapat refer letter untuk menyerahkan diri pada hospital sebab post date. Lepas kejadian di labour room hari tu, mek dibenarkan balik sebab post date 4 days. Jadi kena lapor diri balik dekat hospital on post date 6 days. Kiranya mek diberi extra 2hari untuk berjimba jimba dulu dekat mall dan rumah :) Teringat perbualan mek dengan doktor yang incharge scan perut :


Mek : Doktor, ade tak idea / cadangan untuk cepatkan proses kelahiran? Maksud saya secara semulajadi. Ke saya kena tawaf mall untuk cepatkan proses?


Doktor : (sambil sanitize tangan nak blah) hmm, semulajadi. Kerapkan bersama suami je la.


That time nak tergelak pun ade nak senyum simpul pun ade. Doktor ni perli mek ke? Tapi ye ! Mek pernah terbaca suatu ketika dahulu yang kerap bersama suami adalah salah satu element untuk mudahkan proses kelahiran ! No wonders anak pertama 38 minggu dah beranak :)

😝😝😝😝😝😝😝😝😝😝😝😝😝


Menyerah Diri / White Flag --'


Dua hari yang diberikan tak menunjukkan ape ape reaksi / tanda yang mek nak bersalin. Rase gagah je lagi nak pegi mane mane. Kalau ajak pegi Cameron pun boleh lagi rasenya. Berkuasa sangat ;) Dalam gigih menjalani kehidupan seharian, dalam hati ni timbul jugak kerisauan untuk lahirkan anak kedua. Setiap titipan doa tak putus menyakinkan diri dengan Allah telah aturkan terbaik untuk mek serta hambanya yang lain dan biarlah kita merasakan ianya mudah untuk dihadapi. Time nak sembahyang asar, tetiba rasa sebak bila tengok Amani. Gugur jugak air mata ni sebab malam tu mek kena tido hospital. Sepanjang dia ada kat dunia ni, tak pernah satu malam mek tinggalkan dia. Kursus pun bawak ! 


Tapi hati mek agak terpujuk jugak sebab spouse cakap dia akan teman mek dekat hospital. Amani akan tido dengan tokma dia di rumah tokki. Lega sikit hati ni. Boleh fokus balik untuk beranak :)


Check In dekat Labour Room lepas Isyak dah pun. To be exact 9.21pm. Cerita dekat labour room ni takde la exciting pon. Tapi mek nak cite jugak ;) Bila dah sampai labour room mek bagi lerr borang untuk admit ward. Berikut adalah perbualan mek dengan misi :


Misi : Kenapalah awak datang time ni. Kan dah tahu nak kena masuk wad 7hb.

Mek : Kat borang tu tulis 7hb, tapi tak tulis jam berapa kena datang. Saya ingat - feel free to come at anytime :) (sambil senyum biawak sebab itu je sempat reka ayat)


Boleh teka la kan misi tu akan cakap ape atau lebih selesa untuk guna term - mumble --' Mek tengah whatsapp dengan doktor mek time tu. Dia cakap mestilah misi tu geram sebab mek jawab macam tu. Mek buat tak tahu je la. Dia suruh buat CTG, mek ikut je. Dia suruh duduk mek ikut jugak. Sampai la mek terperasan - misi ni yang epi-kan aku time beranak sulung dulu ! Lagi la puas hati jawab macam tu :)




Ding dong ding dong - jam 1.00pg baru ditolak masuk ke wad. Gamaknya misi tu sengaja kot nak bagi mek masuk lambat sebab yang datang selepas mek pun dah siap masuk wad. Pendek cite, mek yang last --'


Mungkin misi tu nak cakap macam ni kat mek tapi tak terluah : 

Dik, menyerah diri memang 7hb tapi dalam borang tak cakap pun masuk wad 7hb :)


Like, fine !


😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪


Wad 25 HRPZ :


Sudahnya mek tido keseorangan jugak malam tu sebab spouse tidak dibenarkan untuk menemani. Yang boleh hanya penjaga perempuan. Mek is fine :) Sebab yang induce besok pagi jam 7. Jadi spouse janji lepas subuh dia datang so sempat la :) 


Subuh jam 6.15pagi. Mek lena lagi :) Kejap tu datang sister kejut (punyalah takde bahasa orang kita ni kan kejutkan patient


Sister : Eyh awak (sambil tepuk tepuk bed) bukan ke awak yang nak kena induce pagi ni? 

Mek : (sambil mamai) aa saya.

Sister : Dah tu tak reti nak bangun lagi? Dah jam berapa ni? Cepat bangun sembahyang, tak payah mandi la. Doktor dah sampai. Doktor ada 6 wad lagi nak kena pegi (sambil jalan blah tinggalkan mek)

Mek : (ambik handphone - bukak wayar charger - tengok whatsapp - reply whatsapp

Sister : Eyh sempat lagi dia tengok handphone. Cepat laa doktor dah tunggu awak tu. 


Bila pulak dia pusing balik? Mek kalau mulut pagi pagi ni wangi, nak aje mek jawab kat dia - janji jam 7, so jam 7 la. Kejut orang tu baik baik sikit. Patient pun manusia. And patient pun keje jugak ok ! Bukan budak kampung yang goyang kaki kat rumah. Tapi alhamdulillah mek tak cakap macam tu sebab mek sedar mulut tengah busuk :) Lagipun mek sedar kita datang rumah orang, kenalah ikut resmi tuan rumah. Ye dak? (Tengok la nanti kalau aku jumpa dia buat urusan dekat bank - aku jerkah jugak dia kang) 


Bagi mek masa setengah jam yang ada tu cukup untuk mek mandi dan sembahyang subuh. Err, Yassin tak sempat --' Jadi mek mandi dan sembahyang subuh. Keluar dari tempat solat, spouse dah ada dekat kerusi katil. Lega hati :) Mek pun bersiap la macam biasa. Sempat je pakai bedak tapi sekadar alas (Che Ta pun make-up time beranak takkan mek tak boleh). 6.45pagi doktor nak round wad. Yang menunggu kena lah keluar - tunggu kat luar. Spouse akur. 


😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞


Induce :


7.00pg misi datang panggil mek pergi bilik rawatan. Time tu melangkah kaki takde la berat cuma berdebar debar. Lafaz bismillah semoga Allah permudahkan semuanya menjadi iringan. Spouse kat luar hanya perhati dari tingkap. 


Sekali dengan mek pagi tu, ade dua orang yang nak kena induce. Sorang dah selamat. Turn mek pulak. Doktor check :

Bukaan cervix : 3cm
Posture : Tebal

Doktor teruskan niat dia untuk induce mek. Untuk yang nak tahu, ubat induce ni besar panadol je. Doktor akan letak ubat tu dekat pintu rahim. Ubat tu berperanan untuk jadikan contraction.


Dah siap - rehat dekat katil selama sejam tanpa boleh bangun. Mek sempat pegi kencing dulu sebelum baring. Manalah tahu terberanak awal. Tersembur urine pulak kat doktor :)


😌😌😌😌😌😌😌😌😌😌😌😌😌


Immediate Labour :


Sambil baring tu mek baca buku Irine Nadia (akan di-review kemudian). Katil kat depan mek tu pandang je mek baca buku. Entah ape yang dia fikirkan. Lepas sehelai, sehelai mek belek. Contraction dah start. Time contraction memang muka berkerut. Spouse kat luar tengok je la. Nak masuk tak boleh. 7.30pagi misi datang suruh buat CTG nanti jam 8.00pagi. Mek angguk je la. Sakit contraction ni makin kerap pulak. Breakfast yang terhidang depan mata memang tak terusik ! Niat memang nak makan nak ada tenaga. Tapi sakit contraction (sakit macam korang period) dah macam kerap sangat.


8.00pg mek kuatkan diri bangun untuk buat CTG. Spouse call tanya nak pegi mane sebab dia tengok mek cam dah tak tahan sakit. Naik je atas katil untuk CTG - sakit giler dah ! Rase nak meneran tu dah ada ! Cakap dengan misi yang mek dah start rase sakit. Misi cakap normal untuk orang yang induce. Dalam hati mek - kalau aku cakap pun dah tak guna ni, baik dia tengok aku punya reaction je. Disebabkan sakit tu tak keruan dan rase nak meneran tu dah ada, jadi mek teran je la :)


Misi dengan doktor jadi kalut sebab bila doktor check mek dah 6cm ! Diaorang duk suruh mek tahan and jangan teran. Habis, takkan nak tahann je --' Wad 25 HRPZ pagi tu riuh angkara mek :) Misi tolak mek masuk labour room. Spouse kejar dari belakang (dia cakap laju giler misi tolak mek sampai dia kena berlari anak). Mek tak sempat pulak buat drama panggil nama spouse --' Asyik sebut 'tolong' je --'


Spouse kena masuk ikut pintu depan sebab dia kena pakai baju biru. Mek pulak dah selamat misi letak dalam room no 3. Mek duk meneran je la. Nak pindah katil pun tak boleh dah. Doktor tu suh misi angkat je mek. Bila doktor suruh mek dalam berkeadaan nak beranak, kepala baby dah elok bulat kat bawah. Air ketumban je tak pecah. Jadi doktor pecahkan dulu. Tak sempat doktor suruh push - baby selamat keluar :) 



Assalamualaikum Ammar Amzar ! Berat saya 3.5kg


Beranak kali ni tak kena epi :) Tapi tetap kena jahit sebab macam luka sikit. Time jahit tu pun riuh jugak labour room sebab doktor tu kasar giler duk belek belek nak cari mane lagi tempat nak kena jahit --' Hailaaaa doktor...


Sekian...


41 comments

  1. mek...comelnyaa.Tahniah!

    Assalamualaikum baby comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks babe ! 😍

      Alhamdulillah selamat semuanya 👨‍👩‍👧‍👦

      Delete
  2. btw I masa kena serah diri untuk czer pun agak lambat. tapi am lah >,< orang lain dah sampai book katil (wad kelas 2 selalu penuh) , I tak dapat katil . hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek ni memang sengaja pegi malam sebab tahu induce diaorg buat pagi. Pekdah sgt klau pegi pg 🙄

      Delete
  3. Assalamualaikum Ammar Amzar. Bum bum ye awak. =)

    Alhamdulillah selamat semua. Tahniah Mek. So happy for you. Selamat berpantang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ana !😍

      Alhamdulillah sehat walfiat 😊

      Delete
  4. Alhamdulillah selamat kak. Tahniah kak for the cute baby! Walaupun banyak term2 yg saya tak faham dalam entry ni haha (induce contohnya) tapi yg kejut orang pagi2 tu memang kurang ajo betul. Nasib baik akak bersabar je. Welcome to the world Ammar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Bahasa menunjukkan bangsa...

      Delete
    2. Thanks syed for the wish 😊

      Memang dik, misi ni bile mase je tk emo. Setiap masa gamaknya emo. Jarang nak jumpa bleh ckp baik baik 😔

      Cikla, dia org tulis jugak dekat dinding hospital pasal 5S tu, amal je yg tidak 😞

      Delete
  5. Alhamdullilah. Mek dan anak both sihat :)

    Sedapnya nama anak Mek. Assalamualaikum Ammar Amzar 😘😘 Semoga membesar menjadi anak yang baik dan soleh 😘

    Selamat berpantang, Mek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks iqa 😍

      Alhamdulillah mek dengan baby sehat 😊

      InsyaAllah dapat menempuh pantang 40hari 😂

      Delete
  6. Alhamdullilah.. selamat dah. Bambam baby Ammar...

    Misi kdg2 kalau kita dah pernah beranak, memang kena independent la. Xleh nak manja2. Tp x semua misilah. Ada yg ok. Macam Cikla bersalin Ammar dgn Zara, misi lembut je....

    Slmat berpantang ye Mek... berpantang betul2 tau.. take care... ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks cik la 😍

      Entah la ape yg dia nk kita buat. Tapi bg mek boleh je kan ckp baik baik. Front liner bank pon diajar untuk ckp baik baik jugak (tp segelintir ade je buat tk endah) 😌

      Delete
  7. Alhamdulillah kedua2nya selamat.
    Tahniah Mek.
    Jaga kesihatan diri dan baby juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih WP 😊

      InsyaAllah dapat berpantang dengan elok 😅

      Delete
  8. Alhamdulillah, mek, happy for you. Tahniah mek & suami...

    Geram pula baca perangai sorang2 layan pesakit, emosi je semua...kakak mai pun pernah kena marah masa anak first dia cerita dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mai 😍

      Betol dik. Realiti. Mungkin kalau kita rise up benda ni pon diaorg dh lali nk dgr. Bak kata spouse mek - viral pasal nurse kasar ape je yg dpt, dia tetap dpt gaji. Tiap thun gj naik jugak. Nk peduli ape 😪

      Delete
  9. Alhamdulillah. Tahniah, Mek! :D

    Comelnya Ammar Amzar :) Selamat berpantang, Mek dan jaga kesihatan diri, Mek dan juga baby :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank fatin 😍

      InsyaAllah mek try untuk pantang penuh kali ni (pantang 40 hari) 😆

      Delete
  10. Alhamdulillah, tahniah Mek..
    Comel baby dan sedap nama diberi..
    Selamat menjalani tempoh berpantang 😍

    Seriau baca layanan misi hospital govt. 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks LZ ❤️

      InsyaAllah mek akn berpantang sebaik mungkin 😝

      Memang betul kak, itulah hakikat yg diterima bile msuk gov

      Delete
  11. Alhamdulillah... Tahniah, mek! Tergelak bash baca pengalaman mek ni especially perbualan dengan doktor masa awal2 tu... hahahah. 😅 Tapi betul la, memang itu salah satu cara kalau nak cepat dan memudahkan kelahiran.

    Oh ya, selamat berpantang mek 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Memang betul itu caranya 😂 Thanks bash for the wish ❤️

      Delete
  12. Comelnya Ammar Amzar. Suka baca pglmn org bersalin ni walaupun diri sndri tak kahwin lagi. Hehe. Kalau kat tmpt keje, dieorg pun selalu share. Macam2 cerita kadang tu sampai kita rasa takut nk bersalin. Hee.. selamat berpantang mek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain org lain pengalamannya 😊 Tapi tk yah takot. Nanti tgk baby hilang sgala penat lelah pregnant ❤️

      Delete
  13. allahmdulilah yeahh mek da selamat bersalin.. yeahhh jangkaan unni btl mek akan dpt anak lelaki.. comel sgt ammar ni macam mak dia... Ya takutnya dgn pgalaman balin nie macam2.. huhuuhuu, in sha Allah one day.. selamat berpatang mek.. moga mek sklurga sntiasa dalam jagaan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unnie ! Thanks untuk doa tu :) Alhamdulillah selamat and sehat semuanya.

      Mungkin zaman unnie nnt (3tahun lg 😝) dah ok kot. Semua mentally prepared. Takde dah nak emo emo.

      Delete
  14. Alahai seram pulak rasa.. Mek dah lepas, lea akan datang.. Haduii.. Semoga dipermudahkan..

    Comelnye anak mek.. Putih melepak.. Tahniah mek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah lea tkde ape. Nikmat yg allah nk bg lebih hebat drp ujian yg dia bg :) Percayalah :)

      Delete
  15. tahniah �� dah bertambah sorang lagi ahli keluarga mek �� selamat berpantang ��

    ReplyDelete
  16. lamanya busyra tak blogwalking. maaf ye mek smpai busyra tak sedar yg mek dh selamat bersalin. cutenyaaa ammar amzarrrrr <3 say hi to aunty plisss. hehe.. <3

    ReplyDelete
  17. mek taniahhhh .. comelnye baby boy niii ... geram pulak nak berbaby :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah..
    walaupun lambat nak ucap juga selamat berpantang dan beristirehat mek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak sha. alhamdulillah selesai berpantang dengan jayanya.

      Delete