Makeup Semasa Pantang ?

Salam alaikum...


Hmm. Disebabkan banyak post pending makanya mek kena la tulis ape yang terlintas terus dalam benak fikiran cause March is saying goodbye soon :( 



Nak cantik macam korean? - Pakai Laneige - Kalau tak sesuai maknenya muka tak korea :)


Itu bukan mek punya. Satu je yang mek pakai - BB Cushion (kod 21)


Mek rase korang mesti pernah dengarkan pasal makeup time pantang ni tak boleh sebab takot nanti suami 'terliur' - Pernah tak? Percaya tak dengan ayat tu? 


Mek ade pendapat mek sendiri. Bagi mek, makeup time pantang takde salahnya. Tang mane yang salah? Takot suami terliurkan kita? Habis awak nak suami awak terliur kat orang lain ke? Idea asalnya begini - suami selalu tengok kita berhias pagi pagi (nak pegi keje / nak keluar pegi mane mane) punya lah cun dengan alis mata, gincu, pemerah pipi. Alih alih waktu pantang, kena hadap muka togel kita. Muka dalam pantang babe, mata bengkak tak cukup tidur, bibir kering menggelupas, pipi cengkung tak lalu makan --' Pakej pulak dengan pakaian - sarung batik + t shirt round neck --'


Ape salahnya lepas mandi pagi, bior lerr tak keluar pun, alas sikit muka dengan bedak, pink kan sikit bibir, aliskan mata bagi nampak bermaya. Kan suami tengok takdela tertukar isteri dengan zombi. Mek paham kalau berpantang, selesanya pakai sarung batik untuk senang menyusu, senang nak duduk tapi sekarangkan banyak je palazo. Pakai palazo kan nampak bergaya jugak kat rumah :) Idok lerr nampak macam orang tua sangat pakai sarung batik :)


Bukan ke niat asal berhias adalah untuk suami? Nak pegi klinik kemain lagi pakai segala macam, takkan duk rumah hari hari tak boleh nak buat macam tu? 


Nasihat ni tak limited kepada yang berpantang aje. Yang sihat walafiat pun same jugak. Asal weekend je kononnya nak makeup free. Kononnya nak bagi kulit bernafas --' Malam malam duk tenyeh night cream buat ape kalau bukan untuk merawat kulit? Dah siang ni pakai lerr bedak sikit tak nak bagi bahang matahari gigit gigit kulit tu ha :) 


Kalau sekalipun bukan untuk suami, at least buat untuk diri sendiri. Suka ke tengok muka sendiri kat cermin - muka togel / kusam ? So, jom lah jadi cantik ! Confident pun akan boost up dengan sendiri bila kita rasa diri kita bersedia untuk hadap enviroment luar :)


Membebel pulak mek --' Dah la..


Sekian...


30 comments

  1. Hehehe betullah tu Mek dalam pantang pun penampilan tetap kena jaga jugakan.

    Mrs. A guna skin care korea Hada Labo gitu tapi make up campur- campur ada elianto ada sendayu tinggi, ada loreal, ada simply ct hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mrs A :) Penampilan kene jaga. Ni pegi ofis cntik, duk umah serabai --'

      Mek pun cmpur jugak. Ade avon maybelline :)

      Delete
  2. Betul tu Mek. Kena lah berhias utk suami. Jgn bila keluar cantik bukan main tapi depan suami mcm mak lampir. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju dgn ana ! Cm mane nk kluar dating, cm tu la kat rumah hadap suami :)

      Delete
  3. Betul sangat Mek. Siqah setuju sungguh dengan makeup semasa pantang dan di rumah. At least ada lip balm pun okay dah. Hii. Teringat Siqah pernah tegur Mama Siqah sebab nampak bibir merah. haha. Masa tu, Ayah on the way balik selepas 3 bulan kerja luar. Hihi.

    Lawak lah Mek dengan statement ni "Kalau tak sesuai maknenya muka tak korea :)" . Nak cuba lah nanti. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan siqah :) Sebab yela suami dh penat balik keje. Tambah pulak dekat tmpat keje suami tu dia dh jumpa mcm mcm pompuan (ofismate / customer). Balik rumah bni cam dh tk trurus --' Mane la dia nk pandang --'


      Hihi. Kena try laneige tu siqah nk thu kulit korean ke tk :)

      Delete
  4. Hahaha kelakar la mek ni. tapi setuju. Kehkehkeh. Makeup lah utk suami tu, dapat pahala pulak tu. Modern mum betul kak mek pakai palazo, stoking jgn lupa.

    Muka mai tak korea la nak try laneige

    ReplyDelete
    Replies
    1. Palazo tu kira ok dh mai. Buatnya nk pkai baju senamrobik lagi lerr sendat :)

      Eyh muka tk korea tk pe mai, asalkan kulit korea :)

      Delete
    2. Hahaha senamrobik :P Asalkan selesa bolehlah....

      Kulit mai kasar2, macam lelaki. pasrah jelah...lagipun muka mai lebih sesuai makeup us dari korean, korean soft2 je, even lipstick pink pun tak masuk dgn muka mai.

      Delete
    3. Kalau makeup us mai slalu guna ape? Mek nk try maybelline pulak :)

      Delete
  5. Replies
    1. Minat jugak WP. Sonok tgk tatasusila diaorg. Dlm islam aja kita mcm tu, tp kt yg islam susah nk buat --'

      Delete
  6. Replies
    1. Hihi. Buat perkara yg happy aje. Yg stress tolak tepi :)

      Delete
  7. btl tu dalam pantang kena jaga pnampilan jgk untuk suami, biar tambah di syg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu unnie :) Kan suami syg org lain susah nanti --'

      Delete
  8. Tips yg bgus. Nanti CR dah kahwin kena ingat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CR, mulakan dari sekarang :) Kalau kawen baru nak start memang rase janggal :) Cantik untuk diri sendiri, untuk self confident :)

      Delete
  9. Pada saya, terpulang masing-masing. Kalau saya malas mekap tu cam ma lampir je..hihi
    Jemput Join Segmen JanjiKita

    ReplyDelete
  10. haha ikut orang juga kak benda ni. ada yang memang tak reti nak make up. yang memang minat make up ni teruskan! hehee (waaa komen pasal makeup pulak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makeup kat rumah bukan lah heavy cm model :) Takat calit lipstik, pakai bedak johnson, tkkn itu pun dilabelkan sbg tk makeup kan. Tu effort nk mncntikkan diri la tu klau dh tepek bedak wlaupun johnson :)

      Delete
  11. Betul Mek...dulu sy pun dalam pantang lepas dan berbengkung dan pakai jeans...hehe selesa sangat terutama bahagian perut tu..fuhhh kenangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak :) Dh 6bulan kot asyik pakai sluar besar, laki pun tk sure paha bni naik mendadak atau still sama mcm dlu. Nikmat bila dpt pkai sluar lame ni pegghhhh feeling dia :)

      Delete
  12. tak salah nk bermakeup dalam pantang. celek lipstick skit pun dh okay. nmpak naik dh seri tu.. hehe. tp mek mmg dah cntik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu. Tp yg tk kawen pun kena la jugak jaga dari awal :) Kalau dh berumah bru nk start, kekok la nnt. Busyra lg cantik dr mek. Kulit busyra tkde masalah :)

      Delete
  13. Setuju.. pantang pun kita kena kemas, cantik dan merapikan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak sha. idok ler nampak pucat je. kan..

      Delete