Salam alaikum...
Selamat berFebuari semua ;) Harap dalam februari ni boleh la kita semua berhubung / berukhwah balik ye. Lame dah tinggal blog dengan togel sebegitu --'
Pembukaan februari 2017, entah angin ape semalam ajak spouse pegi pasar malam. Dalam kepala nak makan apam and air coconut shake :) Sedap tidak terkata coconut shake tu ! Tapi tak sure setanding dengan Klebang punya coconut shake ke tak ;)
Tersiratnya nak pegi pasar malam, ade satu cerita yang mungkin Allah nak bagi mek experienced sendiri. Dan juga sampaikan pada yang lain. Mungkin biasa dengar and nampak - peminta sedekah
Yang kudung, yang kurang upaya - itu biasa. Sampai kadang tu nak hulur pun rase cam dah mati perasaan sebab banyak yang sindiket --' Tapi yang semalam ni lain. Cukup sifatnya, sihat tubuh badannya. Yang beza dia anak kecil (sama baya dengan Amani kot) Anak dia pun sehat je, takde la yang sakit. Semuanya sihat walafiat.
Tapi bila tengok anak dia, mek jadi sebak. Bukan takat sebak la, memang menangis terus (orang pun pandang je, mesti ingat kena marah dengan laki ni) Terasa tau sebab mek ade anak yang same dengan anak dia. Budak setahun dia tahu ape? Dia tahu nak main, nak explore - dia tak tahu pun dunia ni susah nak lansungkan hidup (dengan ekonomi sekarang ni). Time mek lalu tu pun dia pandang je mainan yang orang duk jual kedai depan. Kesian weih tengok. Mungkin dia tak pandai mintak lagi. Tapi budak pon ade perasaankan?
Kita mungkin (yang bergaji tiap bulan / berniaga dari rumah) ade satu pendapatan yang minimum kita akan dapat tiap bulan. Yang betul betul sure dapat. Tapi mek sure dia tak macam tu. Yet ramai lagi golongan yang macam tu --' Yang kesiannya dekat anak tu. Macam mane nak develop skill, nak explore jadi creative?
Ni bukan tanggungjawab seorang diri, tapi tanggungjawab semua. Yang kaedah bagi bantuan bulanan tu, ok lah. Tapi kena ingat bukan setakat tu je. Nak langsung hidup bukan duit semata. Kena ada sampingan - soft skill / creative - itu semua untuk terus survive.
Just mek harap kita semua (bukan setakat rakan blogger - spread it!) dapat bantu yang macam ni. In terms of business kita nak return yang tinggi. Sama jugak in terms of humanity (lagi lagi kalau islam) kita nak pahala paling tinggi. Dah la dosa kering ni dah hari hari duk sangkut. Kan?
Akhirnya menuju yang satu. Bukan lagi kau dan aku berbeza darjat / rupa / kulit / socioeco / setinggan / bla bla bla
Sekian..