Sebelum nak mengarang lebih panjang, cuba tolong fikir untuk soalan mek ni : kawan yang korang ade sekarang ni, dah berapa tahun sebenarnya ber-relationship dengan korang?
Sepanjang hampir 24 tahun setengah hidup ni, ramai kawan yang mek ade. Korang pun sama kan? Kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan universiti, kawan alam maya, kawan tempat kerja and banyak la lagi. Kawan atas kawan pun ade :) Dan tak lupa juga pada kawan yang dah menjadi lawan sekarang ni --' (sorry, tak boleh move on)
2011
Ni kawan mek dari sekolah menengah. Yang tengah tu dari sekolah rendah. 2 orang ni, mek pernah bergaduh, berbaik pastuh gaduh balik. Entah berapa kali tapi macam tu la. Gegirls kan, harus lah emo dalam ber-relationship --' Ingat lepas dah bawak diri ke universiti and alam pekerjaan, dah tak rapat macam ni. Biasanya relationship kan putus atas dasar berjauhan (puiii)
2017
Dan biasalah yang nakal akan kawen dulu *hahahhahaha* Yang paling nakal akan beranak dulu *hahhahaha*
Mungkin relationship ni menjadi begitu utuh (kamus dewan edition 4 - muka surat tak ingat) atas dasar / faktor jarak bukan penghalang. Dan mungkin juga atas dasar neuron otak tu lebih kurang je, ber-IQ sekala 8 suku. Tapi yang pasti inilah hasil selepas 6 tahun ber-relationship.
Tak nak buat harapan bagai sebab - ni bukan speech / celebrating anniversary.
Sekian..
Hihihi rindu pula kawan-kawan sendiri, nak kata putus sahabat tu tidak,tapi lama betul tak berjumpa diorang.
ReplyDeleteKalau dh masing masing keje / sambung study mesti susah nk jumpa kan? Jumpa pn time kenduri / majlis cam ni je la. Nak kate hang out tu susah kan?
Deletekawan masa sekolah rendah,form 1-5,form 6,U..sampai sekarang masih berhubung..Alhamdulillah walaupun terpisah dek laut china selatan persahabatan ttp masih utuh...hehehehe
ReplyDeleteWow ! Bagus la fiqa dapat kekalkan persahabatan tu. Nk kekalkan tu bukan mudah cheq oii --' insyaAllah dapat kekalkan hingga ke jannah jugak :)
Deleteseronok bila dapat berjumpa kawan2 lama..semoga persahabatan yg termeterai terus berkekalan..
ReplyDeleteMcm mcm cite kak bile dh lame tk jumpe ni :) duk mengimbau la duk cite pasal sekarang la. Mcm mcm :) Terasa singkat je mase bile jumpa :)
Deletemek yang tudung pink tu ke? comel nya mek...
ReplyDeleteTkde la comel sngt kak mar :) Mcm ramai ramai jugak
Deletealahaiiii. bila jumpa balik smua dh berubah. dan rindunya zaman dlu kan.. comelnya mek dulu2. hehe. skrng pun mkin comel.
ReplyDeleteBile dh jumpa tu dh lain sangat ! Cuma satu je yg tk brubah bile jumpa kawan lame ni - perangai budak budak --' husband msg msg cam tengok je. Nak tgor tk trgamak agknye hahahha
Deletecantik2 la sume especially mek..hihi..rindu ngn mek! Betol la klo tak berhbng mmg akan putus cmtu je hubngn..sodih~
ReplyDeleteDah menganjak tua semuanya haha ;) Lame tk jenguk blog mas. InsyaAllah nnt ade kesempatan mek jenguk ye.
Deleteabe kie masih kekal bersahabat dgn kwn2 masa belajar di SM Sains Machang dulu. Ada yg telah pergi dijemput Ilahi. Ho la 5 thn dok bersama di asrama maka byk kenangan pahit manis dikongsi bersama.
ReplyDeleteBtol btol. Mungkin la salah satu lebih erat dengan kawan sekolah menengah sebab duk asrama. Mek pun asrama sains pasir puteh. All girls. Tu yang lebih erat kot :)
DeleteDengan adanya kemudahan teknologi canggih sekarang, dapatlah kita berhubung semula dengan kawan2 lama. Hari Isnin lepas, group sekolah rendah (rakan sekelas) pakcik buat reunion di sekolah tersebut. Ada yang dh hampir 50 tahun tak pernah jumpa. Kebanyakannya dh dapat pangkat datuk dan nenek. Alahai syahdunya.
ReplyDeletekan.. bila dah lama tak jumpa memang dah lain sangat muka. plus perangai dah lain.
Deletenice nyer entri ni.
ReplyDeletesuka aida bc kisah persahabatan gini, Mek.
tahniah Mek dan friends.
ihihi thanks kak aida. alhamdulillah, insyaAllah akan berpanjangan.
Delete