Apa Nak Buat Bila Subuh?

Salam alaikum...


Hi korang ! Mek is double super busy --' Hujung tahun ni macam macam nak kena buat (rasenya dah banyak kali jugak mention pasal benda ni) tapi macam biasa jugak la alasan mek - dah namenya keje --'


Okei, ni random topik yang mek nak share. Sebelum tu nak mohon penangguhan blogwalking sehingga kerja selesai. Expected date siap kerja second week of January (maybe). Lepas tu mek nak start balik blogwalking :) Korang tunggu ye?


Waktu subuh, korang buat ape?


Jujurnya mek pun baru je 'layan' subuh ni. Biasanya tuntutan wajib tu buat dalam keadaan delay (30min selepas azan) Lately ni je mek bangun around 5.30 kira kira 15min sebelum masuk waktu subuh la. So ape mek buat?


1. Mek akan solat tak kisah la solat sunat atau solat isyak (hahahahha) tapi banyaknye solat isyak sebab kalau tak disebabkan yang wajib belum tertunai, confirmed liat nak bangun --' Tapi ni tak elok untuk diamalkan ye. Temporary untuk ajar diri bangun awal mungkin boleh la kot. Else, tergadai isyak tu --'


2. Baca yassin pagi pagi ni memang awesome wei ! Lagi lagi kalau baca yassin tu yang ade terjemahan mesti rase ape yang Allah sampaikan tu. Setakat ni mek bace yang ade terjemahan sekali so ade la input sikit daripada baca je tak tahu maksud :)


3. Solat subuh bila dah masuk waktu. Setakat ni mek belum rajin lagi untuk pegi masjid --' Tapi mek percaya, bila kita biasa nanti, mesti kita nak move kepada next step pulak :) So korang kita sama sama doa and amalkan ye ;)


4. Menabung di awal pagi (hahahhaah) Mek tahu ini pun salah satu idea mek yang kurang elok - same dengan no satu tadi. Ye la kan, pagi pagi dah pedulikan duit. Patutnya tak fikir lagi bab duit waktu subuh. Tapi, reason mek buat macam tu untuk boost up semangat menabung. At least seharian nak berbelanja pun dah tak risau sebab dah menabung awal awal lagi :) 


5. Tukar pampers anak lepas semalaman dah duk peram mihmihmih. Tapi kalau hari mek off, mek tak tukar sebab mek akan mandikan anak around 8am jadi no point untuk tukar waktu subuh tu. 


Itu je la kot yang mek buat aside dari bersiap siap untuk pergi kerja. Kalau off sambung tido balik. Breakfast pun mek buat lepas mandikan anak. 



Caught in camera that im veryyy busy ! Walaupun nampak pegang phone and whatsapp tu online tapi itu sebenarnya reply group kerja la tu --' 


Jadi, korang buat ape waktu subuh? 


Sekian...

14 comments

  1. Menabung tu baru tahun 2017 nak wat. Huhu.

    ReplyDelete
  2. Busy nya mek. Happy working. Heheh. Selalunya waktu subuh bangun solat subuh lepas tu kadang kadang bukak radio takpun tido balik. Eheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiihi. lepas dah anak dua ni memang peram je diaorang sampai kul 7.30 kalau hari kerja memang siapkan diri je la

      Delete
  3. Alhamdulillah,
    Kewajipan kita yang utama.

    ReplyDelete
  4. Menabung di awal pagi. Siqah pernah baca kat satu blog tu pasal tabung subuh. Bagus habit tue mek, tak kisahlah klau pagi2 fikir duit pun. Yang penting kita menyimpan :)

    ReplyDelete
  5. Mek, kalau nak lagi elok niatkan je duit yang ditabungkan tu untuk sedekah. Kira kita dah bersedekah di awal pagi. Selalu bash buat, dan tiap jumaat mintak husband masukkan dalam tabung masjid masa gi solat jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa, bagusnya. mek dh lame tinggal menabung ni. allahu, istiqamah ni memang susah la

      Delete
  6. erm lepas subuh terus keluar kerja mek.. kalau hari minggu pun busy bt kerja rumah. hari2 kena menabung. huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. same la. lepas subuh bersiap untuk pergi kerja. mek menabung tu argggh, dah tinggalkan

      Delete
  7. waktu pagi aida sungguh pack, mek !
    kul 5 pagi alarm da bunyi. tak bangun lg.
    relek dulu.
    normally 5.15 - 5.30 pagi baru fizikal ni bangun tinggalkan tilam.
    terus buat memcm including la kejutkan anak2 gi skola.
    siapkan sarapan.
    iron baju kalau belum.
    on washing machine if perlu.
    sidai baju if perlu.
    solat. mandi. siap... kul 7.10 pagi mesti da out from umah ke skola & tadika anak.

    aida memang plan nak buat tabung subuh.
    mana ntah aida baca, elok buat tabung subuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mek naseb baik bsuh baju tu husband buat. bab iron memang iron kalau perlu. kalau perlu tu mksdnya amat perlu. takat kedut biasa memang tk iron. hahahah. tahap ape lh malasnya ni. allhu, pasal menabung tu memang mek dah tnggalkan. sedihnya tkleh istiqamah

      Delete