Antara Ilmu, Pengalaman dan Disiplin

Salam alaikum...


Curi curi masa untuk update blog :) Sedikit perkongsian untuk renungan kita semua. Hope dapat membuka mata kita semua sebab mek tadi dalam bilik meeting pun bukak mata jugak la dengar ceramah free ni :)


Antara ilmu, pengalaman dan disiplin - mane satu jadi pilihan?


Masing masing jawab dengan justifikasi / pandangan sendiri. Katanya...


Ilmu itu penting, sebab tanpa ilmu mane mungkin manusia boleh lakukan sesuatu yang baru / anjakan paradigma. Lihat sahaja negara jepun, hari hari mencari ilmu yang baru untuk teknologi yang paling maju di dunia !


Katanya lagi...


Pengalaman jauh lebih bermakna daripada ilmu sebab ilmu itu teori. Pengalaman itu apa yang telah kita lalui. Mana mungkin seseorang belajar dari kesilapan jika tiada pengalaman kesalahan. Disebabkan itu, organisasi memilih orang yang punya pengalaman dalam pemilihan pekerja pada hari ini.


Hakikatnya...


Tanpa disiplin diri yang utuh, ilmu dan pengalaman itu sia sia. Tanpa disiplin, orang yang berilmu tiada pekerjaan yang tetap. Tanpa disiplin, pengalaman hanya memori semata mata bukan lagi teladan untuk diperbaiki. Lihat balik pada negara jepun. Didikan awalnya berasaskan disiplin bukan ilmu duniawi semata mata. Disebabkan itu negara mereka mempunyai modal insan yang utuh dan spiritual dalam sesuatu yang mereka usahakan. 


Berbalik kepada konteks islam yang mana satu masa dahulu, islam adalah peneraju dalam semua bidang / aspek. Kita ada Ibnu Sina untuk perubatan dan segala ilmuwan tersohor dari tanah arab. Disebabkan kerosakan akhlak masyarakat, semua itu tergadai dan di jilidkan menjadi hak asing.




Mencontohi teladan negara asing untuk kebaikan adalah tidak salah, namun lapik lah dengan kemasan agama Islam :)


Sekian...


20 comments

  1. Kita dapat menambahkan ilmu daripada pengalaman.
    Pengalaman yang berguna diperolehi daripada amalan disiplin yang tinggi.
    Semoga sentiasa berjaya Mek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul itu 3 tu saling berkait rapat tapi yg utama disiplin. Contoh mudah je, pndai tp tk brdisiplin, tk bleh keje. Tp klau tk pndai, brdisiplin boleh buat keje :)

      Delete
  2. ketiga2 elemen tu penting n saling melengkapi antara satu sama lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yessa abe kie. most terapkan disiplin diikuti dengan ilmu dan biarkan dia menimba pengalaman.

      Delete
  3. rasanya ketiga tiga tu complete each other kot. kan. kita boleh belajar daripada pengalaman. ilmu tu pun penting and displin penting bagi melengkapi kedua dua tu. kurang satu nanti senget sebelah.

    psst.. meeting ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol babe. perlu ada ketiga ketiga, kalau tak, tak ke mane.

      hihi. meeting after firedrill babe.

      Delete
  4. Betul kata Mek, ilmu dan pengalaman masing-masing bertelagah mana lebih utama, sedangkan disiplin, kesungguhan dan keikhlasan itu sebenarnya kekuatan sebenar.

    ReplyDelete
  5. Ilmu, pengalaman, dan disiplin masing2 membentuk diri kita agar menjadi lebih baik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu siqah. kalau takde smua ni, memang tak jadi ap lerr

      Delete
  6. Semua tu penting untuk melengkapkan diri kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yessa nani. perlu ada 3 elemen ni dalam diri kita

      Delete
  7. Yup.. 3 perkara ni penting dalam kehidupan kita kalau kita nak ke depan.. In sya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa. kena ada reen. kalau tak, memang kita takkan dapat memberi hasil kepada diri sndiri

      Delete
  8. 3 perkara tu penting, saling berkait & samarata

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi paling penting disiplin kak mar. if not, 2 lagi tu akan jadi sia sia

      Delete
  9. semua tu kena ada bru lengkap..

    ReplyDelete
  10. ilmu & pengalaman tu saling melengkapi.
    org A ada ilmu.
    org B ada pengalaman.
    combine. then decision making will be easier.
    disiplin? semua kena ada. wajib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. must have. takde disiplin memang kelaut lerr kita.

      Delete