November Giveaway by CP

Salam alaikum...


Hai korang ! Mek telah dijemput oleh CP untuk join GA yang dia anjurkan :) mane tahu rezeki mek *hihi* insyaAllah.




-Lastdate hari ni dah-


Jom la join korang. Hadiah pun boleh tahan jugak :) nanti terjah link CP ye muslimahsejati96.blogspot.my


Sekian...




Minimalist Baby Beg Suit Yourself

Salam alaikum...


Topik ni ramai dah yang duk bincang, duk post entry tapi mungkin antara kita berbeza. Ade yang bawak banyak barang baby dalam satu beg. Ade yang bawak sikit je atas alasan tertentu (keluar kejap / dekat). So, meh mek share ape yang ade dalam baby beg, sesuai untuk kegunaan harian :)



#ootd - flat lay atas tikar, #kauada 
*hahahha*


1. Diapers


Yang ni utama. Takde benda ni buatnya anak tercirit or terlebih kencing, kena beli pulak satu hal. Beli tu takde hal lah sebab boleh pakai for next tapi leceh sebab nak kena pusing dulu cari diapers. Berapa keping nak bawak tu terpulang tapi bagi mek bawak la up to three so that takde la menggelabah sangat kalau nak keluar terlebih masa :)


2. Napkin / Towel


Napkin ni wisely used. Sebab dia boleh jadi towel, boleh jadi selimut, boleh jadi penghalang cahaya matahari :) mihmihmih. So nak tak nak, letak jugak satu dalam beg :)


3. Baju / Rompers


Haaa, ini penting sebab kadang baby poo melimpah ruah so kena la salin baju. Tapi ade je yang tak bawak. Terpulang. Kalau mek sebab nak secure so mek include sekali :) Bawak sepasang cukup la. 


4. Additional (Optional)


Ni tak nak bawak pun boleh nak bawak pun boleh contohnya bedak, wet tissue, minyak angin. Yang ni takde la se-emergancy berbanding yang atas. Tapi mostly mek bawak jugak. Yang Diapo tu nappy cream - untuk elak ruam :) So far Diapo ni paling win for nappy cream. Mek pernah try Sudocream, Pati Gamat Cream tapi semuanya takes up to 5days untuk sembuhkan ruam tapi Diapo Cream takes 3days je nak sembuhkan melecet. Bravo Diapo Cream !



Satu beg untuk ke mana sahaja :)


Sekian..


Cara Lain Selesaikan Tunggakan PTPTN

Salam alaikum...


Sape ade hutang dengan ptptn? Atau ade niat nak berhutang? Atau tengah tunggu kelulusan untuk berhutang? Ye, mek terjebak same pada tahun 2010 --'


Day by day dah pun berlalu dan mek masih lagi belum bayar a single cent to this pt. Memang liat. Lepas habis belajar, mek keje dengan abang mek tapi masa tu pun takde niat nak bayar. Then lepas masuk keje sekarang ni pun, dah dua tahun lebih, pun masih tak berniat nak bayar. *hahahah* Hari tu pegi check dekat AKPK untuk tengok ccris punya data, 33bulan tunggakan ! Tahniah untuk diri sendiri. 


Dah macam cara si ptptn duk iklan kat tv suh bayar, tapi malas jugak. Sampai panggil buat forum perdana pasal hutang, pun masa tengok tu cakap tunggu la bila dia annouce dapat free. Punya liat nak bayar. 


Entah macam mane (hidayah itu milik Allah, dan diberikan pada yang dikehendakiNya) petang semalam tergerak hati nak bukak iAkaun KWSP. Saje nak tengok ade berapa dalam akaun dua. Godek punya godek, oh rupanya boleh bayar tunggakan ptptn dengan KWSP :) cerah mata cerah masa depan :)


Make it short, lepas ikut segala step semua untuk selesaikan tunggakan, dan yes ! 



Harap proses tu lepas la, cukup akaun dua, mek bayar lagi yang lebih. Kalau susah caranya, tak bayar selamanya baru padan :)


Korang dah plan cam mane nak bayar pt? Kalau tak nak kacau perbelanjaan bulanan, sila buat macam cara di atas :)


Sekian ..


PreLoved Sale : iPad Mini / iPhone 4 / Lumia 610

Salam alaikum...


Hihi, mek up entry untuk letgo 3 items yang mek dah tak nak pakai. Sebab mek nak beli something - laptop ;) Kesian jadi blogger dah bertahun tapi takde laptop. Naseb baik survive lagi sampai sekarang ;)


So, ade sape sape minat nak beli tak? Ni mek tunjuk gambar and bagi details. 



iPad Mini : 16GB, whitey without cellular. Connected to wifi only. Price RM500



iPhone 4 : 32GB, whitey for front and blackest black for back. Price RM350



Lumia 610 : Lupa storage berapa tapi rasenya storage dia takde la besar sangat. Sesuai untuk orang yang office on the go sebab dia Windows Phone. Price RM100


All together mek nak jual dengan harga RM900 je. Kalau nak beli asing pun boleh :)


Any quiries, drop email je dekat mek ayunieramli@gmail.com nanti buat subjek macam tajuk dekat atas :) Lepas tu baru kita boleh bincang lanjut dekat whatsapp ye :)


Harap adelah yang nak beli :)


Sekian...



Elak Jaundice? Ada Caranya !

Salam alaikum...


Ye, mek tahu tajuk mek macam orang duk iklan produk dalam tv. Mek bukan nak iklan tapi mek nak share ape yang mek amalkan untuk first pregnancy. Mungkin tak cukup pengalaman macam orang lain tapi ni salah satu usaha untuk elak jaundice :)


Jaundice, sape sape yang pregnant mesti takot anak dalam kandungan nanti kena jaundice once born. Tak yah tipu sebab kalau dah kena jaundice kena pegi regular check up / check darah baby everyday! Itu yang tak teruk sangat. Kalau yang high punya jaundice kena tahan ward (nicu) selama high jaundice. Itu parah jugak la sebab yela kita kan baru lepas bersalin and suppose to be rehat. 


Well, previous pregnancy mek pun takot jugak dengan masalah ni. Rata rata bile search memang jarang temui solution untuk elak / ubati jaundice. Nak tak nak kena secure daripada awal. Bagaimana caranya?



Amalkan ini :) Hi goat susu kambing :)


Mek memang depends on this susu kambing. Mek start amalkan ni pun bila dah masuk second trimester. First trimester mek dalam dunia mek sendiri --' mek malas, nak tido je keje, muntah, makan bila nak je and seumpamanya. So mek letak mek dalam dunia mek sendiri and nobody allowed to ! *hahhaha*


So, alhamdulillah mek bersalinkan Amani dengan zero jaundice ;) Pagi bersalin, petang dah discharge and balik rumah pun Amani ok tak kena jaundice. Untuk second pregnancy ni pun mek amalkan hi goat susu kambing jugak. InsyaAllah dapat elak jaundice :)


Meh buat regular punya QnA :


1. Bila masa nak minum ni?

• mek minum pagi sebelum pegi keje. Secawan sehari. Elak minum susu dengan makan ubat sebab its not good. Nanti ubat tak menjadi. So suppliment ambik sebelum tido. Or vice versa :)


2. Susu, oh please :(

• ye, ade yang tak suka susu. Takpe, campur dengan milo or ape je la yang korang boleh telan ;) mek pun buat cam tu jugak bile dah boring asyik susu je --'


3. Susu kambing? Hamisss...

• tell ue what, mek dah try several susu kambing (tak nak la mention kat sini) tapi this one totally tak hamis. Seriously :)


4. Harga?

• mek beli dekat pasaraya je. RM20* (price maybe very to location) tapi not more than RM25 :)


Feel free to ask mek, anything :)


Sekian..

FashionValet Turns 6!

Salam alaikum...

Sape kenal Vivy Yusof? To be honest mek kenal and start follow dia lepas rancangan dia Love, Vivy dekat astro. So inspirational :) mek suka tengok gelagat dia. Busy mom, uruskan Fashion Valet lagi and most paling suka, Vivy and Fadza or dia lebih suka panggil Dean.


Tapi mek takde la shopping sampai berbakul bakul dekat Fashion Valet cuma mek banyak wishlist kat sane :) Tiap hari mesti bukak sebab nak tengok wishlist mek tu ade diskaun tak. Nak match dengan harga yang mek nak *stratergi* :) 


Jadi hari ni pun bukak jugak. Around 8.30 tadi. Andddd memang macam wow !





Snap pic untuk hantar dekat kawan officemate. Nak bagitahu dia yang ade diskaun! Dia suka design dari Mimpi Kita :)


Last 2 days, mek grab jugak satu Sleveless Turtleneck untuk pakai lepas beranak nanti. Tapi serius, lepas tengok design dekat Fashion Valet, tak nak pulak terjah web lain untuk pencarian baju :)


Korang jom la tengok Fashion Valet - fashionvalet.com untuk tengok promosi sepanjang hari ni :) Dont miss out ok!


Sekian..


Random Topic : Motivation Song

Salam alaikum...


Meh nak share satu motivation song untuk blogger blogger gojes awesome semua :)



Hadam lirik ni korang tengah sedih / down / dikeji / dimaki / clash / ape ape la yang berkaitan.


Mek dapat lagu ni time mek sekolah dulu. Tahun 2007 time nak pmr. Motivator popular Raja Shamri tu yang dedicate lagu ni dekat kita orang. So since that, mek dengar lagu ni, takde la rase benci dengan diri sendiri, ambik kesalahan tu satu pengalaman yang perlu dielakkan masa hadapan :) 


Takde gunanya kita rase nak jadi orang lain sebab nampak dia lagi perfect. Ye, mencontohi yang baik baik itu bagus tapi sampai nak ubah 360 darjah semata mata nak perfect kat mata manusia tak perlu la kot. Perfect kat mata allah itu yang perlu dikejar :)


Nanti mek share lagi kalau ade idea :)


Sekian..


Supermoon 2016 : View From Rantau Panjang Kelantan

Salam alaikum...


Korang semua up entry supermoon. Mek pun tak nak kalah jugak *hahaha*


Tapi sangkaan mek nak feeling romantik terbantut bila 7.24 malam tu awan tutup bulan --' nampak cahaya sahaja. Jenuh ulang alik keluar masuk rumah untuk tengok kot kot dah nampak.


Lepas dinner tu (dinner dekat rumah mertua) on the way balik pun masih lagi tak nampak. Awan tutup bulan sepanjang perjalanan 10minit tu. Tapiiiii bila sampai dekat rumah, tadaaaa




No filter no editing just original :) satisfied


Time ni purnama penuh dah. Bukan lagi supermoon. Tapi tak apelah. Boleh jugak tengok dekat rumah :) by the way, mek terima whatsapp group office yang hantar gambar ni 



Langkawi, Malaysia


Ini baru betul supermoon ! Untung orang langkawi dapat tengok view macam ni. Mek kena tunggu anak mek habes spm baru dapat tengok supermoon lagi. 


Till that.


Sekian..




Menu Petang : Char Kuey Teow & Teh Tarik Madu Pasir Pekan Kelantan

Salam alaikum...


Kabare semuanya?? Waras?? Iya emangnya mek mintak kalian semuanya waras walafiat :)


Mukadimah seberang sikit, asyik utagha, pantai timo je kan. Meh bace ape mek nak tulis ni. Cerita sepetang mek yang mengidam :)


Petang tu, mek balik Pasir Pekan. Jadi mek ajak la spouse mek try pekena Teh Tarik Madu dekat sini pulak. Kan teh tarik ni biasa terkenal dekat Pak Mat Sup Kepala Ikan dekat Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan (PCB). Yang itu memang kaww. Bagi mek yang bertekak kelantan ni rasenya ok sahaja. Tapi kalau orang luar mungkin kena tambah air kosong segelas :)


So tak nak karang panjang panjang. Tahu korang skrol laju ke bawah je. 



Menu dekat kedai ni ade Char Kuey Teow dan Teh Tarik Madu tu la. Lokasinya  berhadapan sekolah Agama Maahad Falahiah kot. Yang penting sekolah maahad :)


Close up char kuey teow. Ni yang biasa je. RM5 sepinggan :)


Ni pulak close up teh tarik madu. RM3 segelas. Tapi tak se-kawww yang Pak Mat punya :) tapi dah cukup manis untuk minum petang.


Akhir sekali, mek dan anak. Mek tak sedar selama ni mek ade eyebag. Tengok gambar ni baru perasan. Oh ye, kene sedar diri dah tua --'


Sekian..


Baby & Kidz Fair, KTC Kelantan

Salam alaikum...


Walaupun entry ni dah agak back dated almost 3 months, tapi mek nak share jugak aktiviti mek yang ni :) Reason paling utama nak up jugak cite ni sebab nak tepek gambar anak dan gambar mak dia yang time ni tengah alahan pregnant. So, kalau hodoh ke buruk ke, tak kesah sangat la :)


Baby Kidz fair ni biasanya akan diadakan setahun atau dua kali dalam setahun kat negeri masing-masing. Tapi tak sure negeri mane yang attend negeri mana yang tak. Setahu mek, Kelantan dah banyak kali jugak la. Benda ni biasa boleh tahu bila follow fanpage dekat FB. So ni atas kesedaran spouse mek yang follow fan-page this fair :)


This fair takde la offer kaw-kaw punya harga. Lebih kurang same je harganya CUMA kalau attend fair cam ni biasa dapat la gift. Contohnya beli pampers dapat la yang trial, dapat woven bag :) 






Anak mek, time ni dah boleh ikat rambut pokok kelapa macam tu je :) Mek yang senyum kambing sebab mak cik kat tepi tu tak reti reti nak bangun dah tahu orang nak bergambar --' Spouse, hmmm mcm tu je la dia.




Ni je pun hasil buruan pada fair kali ni. Satu baju untuk Raya Haji. Satu baju tido pon untuk raya haji




Haa, ini part paling best. Dah parentS yang pegi maka dapat dua la. Kalau mommy je yang pegi, dapat satu je la. Ini hasil gandingan. Milna ke cerelac ke, anak mek tak makan sangat. Tapi daripada membazir, paksa jugak makan. So dia akan buat muka pasrah kena makan :) Yang pampers jenama Goon tu, best je. Lembut. Ade presis Drypers Touch.


Itu lah hasil buruan yang mek dapat untuk kali ni. Moga bertemu lagi untuk fair yang akan datang :)


Sekian...





SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Salam alaikum..


Dua tiga hari ni takde modal nak post pasal cerita mek dekat blog. Tapi nak update jugak. So, mek join segmen / GA je la. Oh, ade satu story mek nak share. Dah hampir 2 - 3 bulan berlalu. Nanti mek karang and publish ye :)


Untuk kali ni, mek nak join segmen daripada AyuInsyirah - ayuinsyirah.com . Dia ajak kita kita untuk blogwalking sesama blogger supaya dengan ini dapat membina, mengeratkan hubungan kita. Kalau tak blogwalking, tak follow mane nak kenalkan? Dan tak mustahil satu hari nanti kalau ada jodoh dan kesempatan, boleh buat gathering pulak :)






Hijau, funky, dan cerah mata :)


Syarat untuk this segmen mudah je. Follow blog ayuinsyirah.com atau korang bleh click banner kat atas tu, dia akan direct bawak korang ke site ayuinsyirah :)


Kali ni mek tak nak tag sape sape sebab mek percaya korang auto join segmen ni sebab korang nak bina hubungan yang baikkan sesama blogger? Hihi, so, sila join :)


Sekian...


GIVEAWAY BY CERITERAIBU.BLOGSPOT.COM

Salam alaikum..


Mek sambung entry mek dengan join GA :) GA ni mek tertarik nak join sebab hadiah dia bagi (kalau rezeki mek) boleh la mek bagi dekat anak mek :) So jimat la duit bulan ni untuk beli toys *hahahahahahahaha* itu main point.


Mek di-tag oleh Mommy Cici yang pon same macam mek :) Jom kita tengok ape yang kena buat if nak dapat GA ni.



Oh hai, saya macam pernah nampak awak. Awak yang akan ke rumah saya kan nanti?



Macam biasa jugak, kena follow blog Kak Dilah kita ni - ceriteraibu.blogspot.my pastuh follow la sekali IG and fanpage dia :) Korang boleh click gambar atas tu untuk terus ke blog kak Dilah.


And kena tag kawan jugak :) So sape pulak yang nak kene tag niii. Errmmmmm :

1. CikLa
2. Dorsett Pink
3. Bashtiah Nahrul


Okei, jemput join ye.


Sekian...

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel

Salam alaikum...


Mek ade satu kegemaran jugak, suka KUMPUL fridge magnet. Tak kesah pegi travel atau orang belikan. Tapi yang mek pasti kat peti ais rumah mek banyak yang orang kasi. Tandanya mek tak travel --' Abaikan travel tu untuk seketika. Muhasakah banyak sangat sehingga mood travel dah hampir mati dalam diri :( Sedihkan?


So nak tak nak, mek kena la kumpul daripada korang yang sudi nak memberi ni. Buat semangat untuk mek supaya pergi travel - bila semua muhasakah tu dah selesai, dah errkkk - tak sampai hati pulak nak cakap. Faham faham je la.


Dua insan yang baik hati ni nak GA-kan fridge magnet yang dia orang beli time pergi Shanghai, China bulan lepas. Dua insan itu adalah, Jari Manis Travel - jarimanistravel.blogspot.my dan Scdha Sein - scdhaseinphoto.blogspot.my :)




Mane satu nak jadi rezeki mek ni haa? *verangan*



Untuk join GA ni kena follow la pihak penganjur dua orang kat atas. Sambil korang boleh bace entry dia orang, tambah pengetahuan :) Pastuh tag rakan blogger korang. So kali ni mek nak tag :

1. CikLa 


Jadi, jom join ye. Jangan lengahkan, jangan tangguh. Tak menang takpe, yang penting semangat tuuu :)


Sekian...

NOVEMBER BLOGLIST SEGMENT BY FATINA

Salam alaikum...


Sekali lagi mek kena tag dengan Kak Kin - starlavendarluna.blogspot.my . Mek is ok. Korang tag banyak kali pun takpe. Sebab kalau tak tag, mek tak join. hahahahahaha. Sejenis bajet nak kena pelawa dulu baru nk join --'


Okei, kali ni Fatina - fatinamdzfr.blogspot.my nak cari bloglist untuk November 2016. Dia nak dalam 15 blog untuk dimuatkan dalam list. So, kita kita yang join ni berpeluang la nak bertapak kat blog dia. Apabila bertapak, maka chances untuk bertambah follower, bertambah traffic akan meningkat. Haaaa gitu. 






Pastel, lembut, dan sejuk :)



Berminat nak join? Sila follow blog fatina yang macam mek mention kat atas tu. Atau korang tekan je la gambar tu, dia akan direct ke blog fatina :)


Mek nak tag sape pulak ye kali ni. Hmmm, Lets see :

1. Mommy Cici
2. Wani Sukarno


Selamat join semua :)


Sekian...



Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

Salam alaikum..


Dah habes seminggu untuk November 2016. Kejap je kan. Ke lame? Errm, depends pada masing-masing :)


So, sempena dah kena tag dengan Kak Kin - starlavendarluna.blogspot.my ni, mek dengan bebesor hatii nak join sebab nak support rakan-rakan blogger. Tak berharap ape-ape pon. Kalau menang rezeki :) *hihi*




Auuuuw chakk !


Korang tahu tak yang this GA ni gabungan daripada Blogger's Family untuk buat GA ni. So hadiahnya memang banyak la DAN memang ramai laa pemenangnya. They are looking 15 to 16 winners okeii gaissss ! Dah kenapa alasan hg tak nak join?


Syarat?


Allahu, mudah je :) Sape yang ade ig, syarat dia bertambah satu. Kalau tak dak, mention je tak de ig :) Macam mek, mek takdak ig --'


Yang lain macam biasa, follow as mention below :

1. Nur Nabila - nurnabla.blogspot.my
2. Lea Azleeya - www.leaazleeya.com
3. Rrai - www.bajuwarnacoklat.com
4. Aisyah Nyais - apple-crunchh.blogspot.my
5. Anis Khalilah - akhalilah.blogspot.my
6. Farrah - frrhnd.blogspot.my
7. Sayidah - www.sayidahnapisah.com
8. Kimchaa - kimchaa.blogspot.my
9. Azira - azirafreesia.blogspot.my
10. Amy - hilmirdadaud.blogspot.my
11. Huda - nurfarahudahud.blogspot.my
12. Om - ombakbergigis.blogspot.my
13. Faezah - thefzhmdnr.blogspot.my
14. Hanis Masturina - hanismasturina.blogspot.my


GA ni akan berjalan selama sebulan. Tarikh tamat will be on 10 Disember 2016 (Saturday) - Weekend :) Memang hari blogwalking kan? So, takde masalah la..


Mek nak tag blogger :

1. Nurin Amani - sisamanibercerita.blogspot.my
2. Unnie Anje - unnieanje.blogspot.my


Moh join belake :)


Sekian...

Taman Saujana, Putrajaya

Salam alaikum...


Walaupun dah seminggu berlalu, balik dari kursus, jadi ini cerita sebelum kursus. Disebalik kursus, ini antara yang dinantikan :)


HOLIDAY !


Mek curious nak pegi kursus pun sebab tu je. Pikirkan balik banyak pulak keje nak kene buat, memang la malas tapi ok la, management dah bagi mek holiday dulu sebelum mek start keje dengan sepenuh hati, jiwa raga, korban masa dan korban emosi --'


Kursus start isnin, mek bertolak dari kelantan hari sabtu. Dah sah sah sehari suntuk dah perjalanan. Memang sengaja spend ahad tu untuk jalan jalan ;) Biasa kalau pegi Putrajaya, mek akan pegi Alamanda, pegi IOI. Last visit pegi KLCC and Ikea. Kali ni mek request nak pegi tempat lain pulak. Asyik tempat same je, bukan boring tapi erkkkk, anggap la mek nak mencuba yang baru :) *mih mih* *cover line*


Disebabkan stay dekat Precint 11, makanya Taman Saujana Putrajaya tu memang dekat yang amat ! Dekat dekat jugak la, kena pegi dengan kete jugak. Lepas balik mamak untuk breakfast pagi tu, terus pegi taman :) Gumbiranya hati mak buyung :) La La La..



Salam alaikum Saujana :) Teriknya sinaran kat tempat awak, tapi awk masih lagi nyaman :)



First spot ambik gambar. Panaihhh oiii, cari tempat berteduh dan bunga kat belakang agak cantik, jari di empat segikan, dannnn ok. Snap !



Payung pano la satu :) Cenonet pulak kat sebelah kanan --'



Give me the umberalla !!! And of course the answer nope :) chill bie ..




What-so-ever mom-my --'


Itu je cerita.

Sekian..