Salam alaikum..
19 Jun 2016 - Happy Father's Day !
Hari ni baru berkesempatan nak update entry khas untuk papa ni haa. Ni pun curik masa jap. Masuk office terus sibuk dengan kerja *fuuhhhh*. Sibuk dengan meeting Jamuan Raya, sibuk dengan nak menghantar kad raya dekat orang luar, sibuk blogwalking *eyh*
Literally, mek ade dua ayah. Satu biological dan satu lagi steppapa.
Semua pulun panggil papa. Dua dua. My biological papa was chinese before. Convert bile nak kawen dengan mummy. So, boleh guess tak mek ikut rupa sape? Ehemm, ok. Mek dengan papa tak lame sangat. Dia meninggal since mek standart one. Mek pun ingat ingat lupa dialog mek dengan dia. Kecik lagi time tu kan. But, mummy told mek mase mek kecik kecik dulu papa balik keje je akan cari anak perempuan dia. Dia akan panggil 'girlll'. Its GIRL okei bukan GRIL. Then mek akan turun dengan green bear dekat tangan and huggg himmmm. Then kalau makan pun duk atas riba. Oh, dulu dalam rumah ade mini office. So malam malam dia akan settle up kerja dia. Mek pun buat keje jugak. Duduk atas riba dia. Sampai la tido. Dan ade jugak mummy cerita malam malam kalau dah tak de keje nak buat, so kita orang akan gather dalam bilik. Time tu papa akan offer diri dia jadi harimau la, kuda la, kambing la, macam macam la. So mek akan duk atas belakang dia sambil gelak gelak. Kids kann. Mudah sangat terhibur.
Papa ni garang. Kalau ikutkan cerita mummy la. Sebab pernah kita orang pergi bercuti, makan dekat hotel dan sudu hotel tu bengkok, papa marah kaw kaw dekat dia punya manager. So mek pun dapat rase mane baran mek ni datang. Memang kuah tumpah ke nasi. Feb 1999, papa meninggal sebab cancer aesophagus (salur makan). Time dia meninggal pun mek tak tahu ape ape. Tengok dia macam tido je. Tahu tahu balik rumah dah tak de. Typical kids la time tu.
Mek been grown up without papa guidelines. Semua mummy punya instruction je. Boleh ke tak boleh ke, semua keluar daripada mummy. Kawan kawan kat sekolah tu ade la jugak duk cerita kalau dia merajuk dengan mak, bapak dia akan pujuk. Kalau gaduh dengan bapak, mak akan pujuk. Tapi jarang la mek dengar kawan mek gaduh dengan bapak dia orang.
2003, mek dapat steppapa. Ok la dapat papa. Dia cikgu dulu. Jadi tahu je la kan corak cikgu cam mane. Hadap TV memang kena bahan la. Kena hadap buku je la keje. Ade jadual weeiihhh bila boleh on TV bile tak boleh. Biasanya time boleh on tu tak de cite best la. Sakit hati pulak mek. Sampai pernah la cakap tak payah ade bapak pun tak cam nih. Tapi lepas dapat kejayaan yang manis, tetiba rase bersyukur sangat ade papa. Kalau tak kerana papa yang drive mek, rasenya kelaut jugak mek ni sekarang.
2009, once again mek kena hadap realiti yang mek hilang papa. Mummy dan dia bawak haluan masing masing. Dah la time tu nak SPM, kena hadap benda ni pulak. Rase sedih, murung semua ade la time ni. Sebab dah used-to-be ade papa. Ade orang guide, ade orang nasihat semua, ade yang memantau. Tapi hilang papa cam hilang balik la guidelines mek. Nasihat bapak dan mak, berbeza okei. So nak tak nak, kena redha.
Both - Mek tak pernah cakap
'I Love You Papa'
'Happy Father's Day Papa'
'Thank You Papa'
Sekarang terasa sangat. Terasa kehilangan, terasa sedih. First papa, mek was too young for this. Second papa pulak still nerd-typical-student yang tak tahu pasal semua benda ni. Tahu belajar hadap buku, gumbira dengan kawan-kawan sahaja.
Now, mek ade Aimy, made my spouse became Papa. Mek tak nak tertinggal lagi kali ni. Tak de alasan walaupun Aimy masih kecik-tak tahu apa apa. Because you never know when time will cut this down.
So mek cakap dengan Aimy to wish her Papa, to celebrate it too! Tapi tula, Aimy tido pulak time celebrate semalam. At least Aimy sempat wish to her Papa time sahur 😂
Aimy, you gonna have a veryyy beatifull lonnggg relationship with your papa which mummy doesnt have so much time for that with your both grandpa. Once papa's daughter and it always be.
To my dearest spouse, Happy Father's Day. You had been great papa for this while and wish you to make it greater.
Okei mummy but DONT KISS ME TOO MUCH LAAA...
Soorrryyy dear.
Sekian..