So, the baby had come out!
Alhamdulillah, mek dah selamat deliver sorang baby girl on 19 Dec 2015 @ 0824am.
That pengalaman memang memorable sangat untuk mek. And mek rase sape2 yang dah mengandung and dah beranak mesti rase same cam mek jugak.
Hari tu, hari jumaat. Biasa mek balik kampung husband kalau tiap jumaat. And balik rumah around 11pm jugak la. Tapi that jumaat, mek bgtau husband yang mek nak balik awal. Kalau boleh lepas sembahyang asar dah nak balik. Lagi pulak mek nak cari tong air untuk bilik air mek. Nak cari yang tinggi sikit so senang lepas bersalin nanti tak yah tunduk2 lagi. So husband pun setuju.
Lepas solat asar, terus balik rumah. Singgah Wakaf Che Yeh, tong yang nak tu takde. Singgah bandar Pasir Mas. Dapat la tong yang diidamkan tu. Time tu dah nak maghrib. Sampai rumah, orang masjid dah start sembahyang dah. Mek and husband pun siap2kan diri, sembahyang, baca quran and siap2 untuk dinner. Mek tak rase papepon. Mek prepare dinner tu ok je. Cuma, mek rase tak nak makan nasi. Malam tu mek minum horlicks and biskut cap ping pong je. Padahal tanak nasi dua orang makan. Jenuh husband nak habiskan. Hehe.
Dah siap dinner, dah siap isyak, macam rutin biasa jugak, tengok tv. Malam tu jam 10 movie Italian Job kat astro citra. Dah tengok banyak kali pun, tapi sebab best, nak nonton lagi. Lepas siap sesi ngurut mengurut antara kami laki bini, mek terlelap. Husband je la yang tengok cerita tu. Dah jam 11 dia kejutkan mek untuk makan Iberect and Ganilia. Siap makan, mek baring kat sofa pulak. Time tu rase nak kencing tapi malas pegi toilet. Tunggu lah dulu. Lepas tu tetiba keluar air. Eyh, rase macam, takkan aku tak leh tahan kencing dah kot. Pegi bilik air, kencing kuning je. Ok la. Basuh2, keluar lagi air. Jernih. Ade lendir. Mek dah start rase, mungkin mek dah turun air ni. Keluar bilik air husband cakap lame betol dalam bilik air. Mek tak cakap apa pun. Sebab kalau cakap, takot salah pulak. Tak pasal2 buat orang panic. Mek duduk lagi dekat sofa. Husband duk buat maggy kat dapur. Siap dia buat maggy, air turun lagi. Kali ni kat sofa. Mek cakap, ni bukan kencing lagi dah, ni dah air ketuban ni. So husband mek ready nak pergi hospital. Perasaan kami time tu, campur baur. Teruja, mungkin balik nanti dah bawak balik baby sekali. Takot sebab, entah cam mane la nak beranak tu. Normal ke ceascer ke.
Dalam kereta mek tak banyak cakap. Perut tak sakit, pinggang pun tak sakit. Cuma baby dah mengeras. Husband pun tak cakap banyak jugak. Sesekali je tanya, sakit tak. So sampai hospital around 12am. Daftar siap masuk tunggu untuk check up. Ramai jugak la yang duk tunggu turn. Ade yang dah sakit perot, ade yang tak sakit lagi macam mek. Sekali dengan mek ade 3orang duk tunggu. Lepas tu kejap2 dengar baby nangis. Akak kat tepi tu cakap, yang nangis2 tu baby baru lahir. Time tu perasaan ya Allah, selamat la aku time beranak nanti. Selamat semuanya, permudah segalanya. Husband tunggu kat luar. Time check up, husband tak leh masuk teman. Kejap tu nurse suruh mek baring atas katil. Dah siap bagi tag pink suruh pakai. Hmmm, masuk ward la ni. Baring la mek kat atas katil tu dengan pasrah. Nurse pun pasang la benda alah yang nak check CTG baby. Mek sempat jugak la tido. Bangun2 tengok jam pkul 2pagi dah. Doktor datang check jalan, baru bukak 1cm. Hmm, lambat lagi la. Doktor suruh stay dekat ward and mungkin beranak around 10pagi. Redha dan pasrah, masuk ward. Lengang gile ward sebab pukul 3pagi. Orang tak ramai and most dah tido. Oh, check jalan tu kan, mungkin doktor yang treat mek tu buat lembut kot. Jadi tak sakit. Rase senak sikit je. Alah, senak yang macam time tutt je. Hehe..
Husband mek balik tido rumah atok dia. So tinggal la mek dengan mak mertua kat ward. Time husband balik, tak rase pun sakit. Sakit sikit2 je la. Macam senggugut period tu je. Still boleh tido lagi. Dalam fikiran mek, aku kena tido. Esok nak guna tenaga banyak. Tapi tido dapat 2jam je. 5.30pagi tu, mek dah rase contraction yang kerap. Bangun pegi toilet nak buang air kecik. Tengok pad dah ada darah. So no wonder kalau contraction makin dirasai. Pegi dekat katil, mek breakfast milo. Sebab ingat balik semalam makan biskut je. Around 6.30 rase sakit, pegi dekat kaunter nurse cakap nak check jalan. Terus naik katil, nurse check cakap 4cm. Kalau 5cm dia tolak masuk labor room. Nurse suruh balik kat katil. Mek dalam hati, 7.30 nanti nak check lagi sekali. Tapi, contraction makin kuat. Mata ngantok. Nak baring tak leh dah. Duduk kat kerusi je mampu. Time contraction bangun sandar kat katil jiran. Fuuuuhhhh, sakit. Sakit macam senggugut tu jugak la. Baby mengeras. Tu tambah sakit. Tunggu punya tunggu, 7.15 tak tahan dah, mek terus pegi kaunter, cakap contraction dah rapid sangat, check jalan dah 6cm. Nurse suruh baring nak tolak masuk labor room. Sempat la msg mak mertua and husband cakap nak masuk dah. Time kena tolak masuk labor room tu, memang sakit nak meneran dah. Kaki dah tak boleh nak straight. Nak angkat and kangkang je. Nurse berapa kali jugak la duk luruskan kaki mek. Pesan jangan teran sebab bukan masanya lagi. Wuuuhhh, tak leh tahan time tu. Mek teran jugak. Automatik.
Sampai dekat labor room, masuk room no 11. Dia tukarkan baju, bukak jam, letak handphone dalam satu beg. Naseb nurse yang handle mek tu baik. Tak kasar and garang. Elok je dia cakap. Time tu mek pegang kuat2 uniform dia, dia ok je. Tak nampak rimas la dengan kelakuan mek tu. Tengok jam dah pukul 8. Check jalan pun dah bukak habis. Doktor cakap tunggu husband mek kejap sebab husband dah sampai, tengah parking. Kejap tu husband sampai, siap pakai baju biru dah. Tanpa melengahkan masa, mek terus teran. Tak tunggu arahan dah. So, bermula la sesi pertarungan. Nurse 3orang, doktor lelaki sorang and husband. Dia orang la yang duk bagi semangat 'ayuni, sikit lagi, sikit lagi, teran macam nak yak sembelit'. Haaa, itulah antara ayat semangat. Tapi mek auto nak teran sebab kita dah sakit sangat.
Tapi, episotomy aka gunting jalan berpisah tiada kalau lahirkan anak sulung. Siesly, sakit kena gunting daripada sakit nak beranak. Dah la time teran tu, boleh imagine muka mek memang buruk giler. Naseb tak ada cermin depan tengok muka sendiri. Mek tanya husband, buruk tak muka time nak teran tu, dia gelak je. Yela tu, buruk la tu. Nak cakap direct kut terasa hati, kan? Hmm.. Dah kena gunting 3x, keluar la baby girl mek. Time dia angkat tu, mek nampak tapi mek cam tak larat nak sebut. Husband kat tepi dah senyum cakap 'Aimy'. Mek pun senyum jugak. Tapi tak ada la sesi air mata. Mungkin sebab sakit kena gunting kot. Dah baby kat atas perut, husband Qamat. Pun senyum jugak. Tak keluar air mata. Penangan kena gunting, habis mood hilang. Dalam hati, tak henti cakap alhamdulillah sebab semuanya dah selesai dengan baik. Walaupun kena gunting.
Inilah saya, Aimy Amani bt Mohd Khairulanwar.
Berat saya time lahir 3.5kg. Lepas 9hari, 3.7kg. Lepas 17hari, saya dah 4.2kg.
Semoga anak mummy and papa membesar dengan hebat, jadi kalangan orang yang berjaya akhirat dan dunia. Seimbang. InsyaAllah.
Sekian..
Alhamdulillah slmt semuanya..hai aimy amani ! ..eish..x puas hati..mmg beranak sulung kena gunting ke? x mau..x mau..!
ReplyDeletemcm dh wajib dik :( kesian kan.. ngiluuu ooiiii
DeleteAssalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah se orang TKW yg bekerja di kilang selangor malaysia, dan secara tidak sengaja sy lihat comentar pak Ramli dari singapur di internet tentang pesugihan dana hibah AKI SYEH MAULANA yg telah membuatnya sukses, saya pun coba buka situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya dan lihan no tlp aki, Saya pun langsug hubungi aki dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan uang RM 200 ribu yg sy minta benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam
ReplyDelete