Assalamualaikum readers mekyunie.com
Selamat Hari Raya korang ! MasyaAllah, Tabarakallah ~ Dah dua tahun raya suam suam air sejuk kedinginan alhamdulillah tahun ni dapat beraya seperti sebelum ini, kan? Gembira rasanya bila dapat buat preparation hari raya macam dulu-dulu. Tambah pulak kena kejutan pada malam raya. Huru hara pun tak mengapalah asalkan kita dapat beraya seperti sediakala. Untuk mek sendiri dapatlah merasa baju raya tak siap untuk raya. Haha. Terasalah kejutan ini dan akan diingati sehingga akhir hayat. Yang penting esok raya tu terus buat lupa pasal baju tak siap, confident jelajah raya dengan baju raya tahun lepas. Apeadahallll ..
Udah beraya selama seminggu, menghadap jem di jalanan (phewww) maka kembalilah mek kepada rutin harian seperti biasa. Dah seminggu beraya menjamu lauk pauk hari raya. Lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, ketupat nasi, nasi briyani, ayam masak merah, gulai kawah kambing, tapai manis, satay, bihun, nasi kurma daging - pendek kata tahun 2022 ni memang tak ada satu menu yang terlepas selama bercuti raya. Memang sapu bersih semua menu walaupun tidak sehingga menjilat pinggan tapi semua menu merasa dilidah mek ini. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak, nikmat makan juga jangan dikufurkan. Hehe. Namun berpada-pada.
Ayat yang sebetulnya bukan lah muak makan makanan raya cuma bila straight in row ni maka terasalah tekak meminta untuk makan menu lain pulak selain daripada makanan yang berasaskan santan lemak kelapa muda. Maka bermulalah episod 'nak makan apa hari ini'. Fikir punya fikir, skrol punya skrol timbul idea nak merasa Marrybrown. Kebetulan Mydin Mall kat Tunjong, Kota Bharu, Kelantan baru dibuka and bila sampai je memang Marrybrown terpampang jelas di main entrance. Tanpa berfikir panjang, kezaassss mek ke Marrybrown. Anak-anak dah tersenyum lebar. Dah nampak dah apa yang mereka akan dapat lepas ni. Semasa beratur mek mencongak menu apa nak dipilih ni. Burger atau ayam? Nugget okei jugak. Bubur nasi semestinya. Apa lagi nak ditambah? Onion ring pun ada. Macam nak kena kaut semua ni.
Marrybrown Dah Ada APPS Rupanya !
Dalam mencongak kira nak beli apa, datanglah kakitangan Marrybrown menyapa mek, 'Kak, dah ada apps Marrybrown?' katanya. Wow, Marrybrown dah ada apps rupanya ! Teruslah mek mengakui yang mek belum register lagi untuk apps Marrybrown. Terus staff Marrybrown tu ajarkan mek untuk dapatkan apps Marrybrown. Udah siap semua segala, rupanya banyak tawaran menarik dalam apps Marrybrown ni weih. Harga memang murah daripada harga kaunter. Memang sesuailah untuk kita yang nak merasa banyak benda ni. Boleh redeem setiap satu dan untuk first time user dapat AYAM GORENG FREE ! Maka merasalah semua yang ada di Marrybrown tanpa perlu mek mencongak harga mereka dengan lebih mendalam. Hehe.
Cara Tebus Deals di Apps Marrybrown
Bagi korang yang belum tahu cara-cara untuk tebus tawaran di apps Marrybrown, korang boleh follow step yang mek sediakan di bawah ini. Mudah, cepat dan jimat.
1. Download apps Marrybrown kat apps store / playstore korang
2. Open Marrybrown apps
3. Tekan 'Deals"
4. Pilih tawaran mana yang korang suka
5. Sampai kat kaunter, hulur phone untuk cashier scan bar code yang terpampang
6. Bayar jumlah yang korang order
7. Siap dihidang untuk dimakan ketika itu atau dibawa pulang
Walla, 7 langkah mudah dengan Marrybrown apps. Jimat masa jimat duit. Harga tawaran ni bermula serendah RM2.90 jadi amat jimat untuk kita kita yang suka banyak menu terhidang di atas meja ketika menjamu selera. Bukan apa, kadang bukan nak makan banyak-banyak cuma nak banyak-banyak makanan ada atas meja supaya nampak meriah, dapat merasa sikit sorang pun jadilah. Tak gitu korang?
Tunggu apa lagi korang, marilah kita redeem tawaran Marrybrown di cawangan-cawangan mereka yang terpilih (tapi kebanyakkannya memang terpilih untuk penggunaan apps Marrybrown ini). Korang boleh check di sini https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets/ untuk check outlet yang berdekatan dengan korang. Dan korang juga boleh tekan sini https://mbapp.marrybrown.com/ untuk download apps Marrybrown secara percuma. Tawaran potong sehingga 40% masih lagi berlansung maka jangan lepaskan peluang ini. Together kita enjoy menu daripada Marrybrown.
Sekian terima kasih.